Wakil Ukraine, Angelina Usanova berjaya mengalahkan 41 wanita lain dalam pertandingan Miss Eco International 2024 untuk bergelar juara.
Wakil Filipina, Chantal Elise merupakan naib juara. Manakala wakil Malaysia pula, Jessica Gomez berjaya menamatkan saingan sebagai peserta top 10.
Seiring dengan kemenangannya, Angelina akan memainkan peranan sebagai Duta Muhibah PBB untuk ekologi dan alam sekitar untuk memberikan kesedaran tentang isu tersebut.
“Saya amat gembira untuk membawa pulang gelaran berprestij ini ke Ukraine.
Ads
“Dalam masa sebulan lagi, saya akan menjadi Duta Muhibah PBB untuk Ekologi dan Alam Sekitar untuk sekali lagi menyampaikan suara Ukraine kepada komuniti global menekankan isu-isu alam sekitar yang terjejas oleh pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.
“Hari ini, saya meraikan kemenangan saya dan berterima kasih atas sokongan semua peminat saya,” kongsi Angelina mengenai kemenangannya.
Selain memenangi anugerah utama, wanita berusia 26 tahun ini turut memenangi tempat pertama dalam kategori Miss Eco Best Resort Wear untuk penampilan pantai terbaik dan tempat ke-3 dalam pertandingan eko-kostum dengan tema “World on Fire.”
Imbas kembali penglibatan Angelina dalam dunia ratu cantik, tahun lalu dia mewakili Ukraine ke pertandingan Miss Universe namun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Walaupun begitu dia tersenarai sebagai silver finalist dalam segmen Voices of Change dalam pertandingan berprestij itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inisiatif keluarga atlet, Asyiil Raziin Razman membuahkan hasil dengan menghantarnya ke kelas renang seawal usia sembilan tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan pada Isnin, beliau berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun.
Walaupun ini merupakan penampilan pertamanya di Bumi Kenyalang, remaja yang mewakili Kuala Lumpur dalam 100 meter gaya bebas S14 (kecacatan intelektual) wanita itu berkata, beliau tidak berasa gugup kerana acara kolam renang sudah ‘sebati’ dengan dirinya.
“Alhamdulillah rezeki, gembira sebab ini SUKMA pertama saya. Dalam keluarga saya seorang sahaja yang berenang sebab dulu ayah hantar ke kelas renang dan cikgu yang pilih saya untuk mewakili Kuala Lumpur”
Kredit: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu terdahulu merekodkan 1 minit 23.35 saat (s) untuk memadamkan catatan 1:26.29s yang dibuat perenang Kedah, Puteri Nur Diyana Megat pada 2022, sekali gus menyaksikan beliau menuai pingat emas pertamanya dalam temasya dwitahunan itu.
Wakil Negeri Sembilan, Aleeya Fariesya Faizul Rizal memperoleh pingat perak selepas merekodkan 1:23.41s manakala Selangor menuai pingat gangsa dengan catatan 1:23.46s bagi acara sama menerusi Ainun Hanifah Yulizaruna Affendi.
Sementara itu, perenang negara, Abd Halim Mohammad memaklumkan ketenangan menjadi ‘kunci’ untuk beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 m gaya bebas lelaki S8-S9 (kecacatan fizikal) selepas wakil Sabah itu merekodkan 5:21.99s sekali gus meleburkan catatan 5:50.54s dibuat Rusdianto Rusmadi tahun lepas.
“Saya tidak pernah bertanding dalam acara ini jadi memang ikut cakap jurulatih tapi sebenarnya ketenangan memang membantu. Saya suka suasana senyap sebab bising buat saya hilang fokus,” katanya.
Sementara itu, Rusdianto memperoleh perak (5:24.27s) manakala Firdaus Fariduddin merangkul gangsa dengan catatan 5:54.24s.
Sebelumnya, BERNAMA melaporkan Abd Halim bertekad untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik dan beliau ketika ini sudah mengumpul dua pingat emas menerusi acara 100m gaya kuak dada lelaki S8 dan 400 m gaya bebas lelaki S8-S9.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Yuna baru-baru ini berkongsi pengalamannya apabila dia menyatakan solidariti buat penduduk Palestin yang teruk diserang oleh zionis Israel pada ketika ini.
Melalui akaun Instagram, Yuna menyatakan bahawa dia pernah dilabel ‘gila’ dan tidak waras selepas bertindak untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan satu jenama antarabangsa pada November tahun lalu.
Kredit: Instagram Yuna
“Saya cuma nak cakap, bila saya beritahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023”
“Rakan-rakan cakap saya ‘gila’ dan ‘ia tak bagus untuk awak’, malah ada di antara mereka malah menukar topik”
Kredit: Instagram Yuna
Yuna atau Yunalis binti Mat Zara’ai (37) juga turut diancam oleh beberapa individu lelaki yang mengganggunya dengan mengambil foto ketika dirinya memakai rantai berbentuk tembikai.
“Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang genocide?”
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Yuna memuji sikap Yuna yang tetapi berani menyokong Palestin walaupun menerima ancaman daripada sesetengah individu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya, adakah bantuan STR bujang 2026 masih diteruskan tahun depan? Jawapannya: ya, masih ada! Cuma kali ini ia datang dalam bentuk baharu yang lebih tersasar dan praktikal.
Mulai tahun 2026, penerima STR bujang di bawah umur 60 tahun tidak lagi akan menerima bayaran tunai seperti sebelum ini. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bantuan berbentuk kredit tanpa tunai bernilai RM600 setahun, bersamaan RM50 setiap bulan.
Kredit ini akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, barangan dapur dan produk harian di pasar raya terpilih seluruh negara.
Kenapa STR Bujang Ditukar Kepada SARA RM600?
Langkah ini bukan sekadar perubahan nama bantuan, tetapi satu inisiatif untuk memastikan setiap sen bantuan digunakan untuk keperluan sebenar. Dengan bentuk kredit tanpa tunai, kerajaan mahu memastikan penerima tidak menyalahgunakan wang tunai untuk tujuan selain kelangsungan hidup harian.
Selain itu, perubahan ini juga menjadi strategi untuk menangani isu kos sara hidup yang kian meningkat dalam kalangan anak muda bujang terutamanya mereka yang baru bekerja, masih mencari arah kerjaya atau tinggal di bandar dengan kos kehidupan tinggi. STR bujang 2026 direka untuk memberi impak terus kepada golongan ini.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) & STR
📋 Syarat Kelayakan STR Bujang 2026
Warganegara Malaysia berstatus bujang, ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda tanpa anak.
Berumur antara 21 hingga 59 tahun.
OKU bujang layak jika berumur 19 tahun ke atas.
Bukan pelajar sepenuh masa di mana-mana IPTA atau IPTS.
Mempunyai pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Nota penting: Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas (atau OKU 19 tahun ke atas) yang masih belajar sepenuh masa, anda tidak layak memohon sebagai individu bujang. Sebaliknya, anda hanya boleh didaftarkan sebagai tanggungan di bawah kategori isi rumah.
Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda.
Klik pada butang “Semakan Permohonan”.
Status kelulusan dan jumlah bantuan yang layak diterima akan dipaparkan di skrin.
💡 Tip: Pastikan semua maklumat peribadi seperti alamat, pendapatan dan status pekerjaan dikemas kini agar proses semakan dan kelulusan berjalan lancar.
Cara Guna Bantuan SARA RM600
Bantuan dikreditkan terus ke MyKad penerima.
Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih seluruh negara.
Nilai bantuan diagihkan RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
Tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai.
Antara barangan yang dibenarkan termasuk:
Beras, minyak masak, gula, susu, telur, roti, sayur, buah, serta barangan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi dan tisu.
Reaksi Terhadap Perubahan STR Bujang 2026
Walaupun ada yang berpendapat bantuan tunai lebih fleksibel, ramai juga yang menyambut baik langkah kerajaan ini kerana ia lebih tersasar kepada keperluan sebenar rakyat. STR bujang 2026 dalam bentuk SARA RM600 dapat mengawal perbelanjaan asas bulanan dan memastikan bantuan digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang betul.
Kesimpulan
Walaupun STR bujang 2026 tidak lagi dalam bentuk wang tunai, penerima masih mendapat manfaat penuh melalui bantuan SARA RM600 setahun. Ia membantu mengurangkan tekanan kos hidup, membina disiplin kewangan dan memastikan bantuan kerajaan digunakan dengan lebih berkesan.
Jadi, kalau anda tergolong dalam kategori bujang berpendapatan rendah, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan anda hari ini di portal rasmi STR dan gunakan bantuan ini dengan bijak!