Yayasan Khazanah mengumumkan bahawa Hoh Jia Da, iaitu seorang pelajar Malaysia telah dipilih sebagai penerima biasiswa berprestij Rhodes Scholarship dari Universiti Oxford.
Hoh, yang merupakan graduan Kolej Yayasan Saad dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ijazah dalam Kejuruteraan Perisian, akan menyertai kumpulan pelajar elit global, Rhodes Scholars, pada Oktober 2025.
Pemilihan ini memberi peluang kepada Hoh untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di Universiti Oxford, di mana beliau akan mengambil Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Komputer Lanjutan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Menurut laporan NST, Hoh berkongsi matlamatnya untuk meneroka teknologi, dasar, dan impak sosial di Oxford, sambil menjalin hubungan dengan individu yang berfikiran sama yang komited untuk menangani cabaran global.
“Saya percaya teknologi baru muncul, apabila dipandu oleh empati dan inovasi, mempunyai potensi besar untuk meningkatkan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan mengubah kehidupan.
“Melalui perjalanan ini, saya berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada transformasi digital Malaysia dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan aspirasi mereka dan membuat perubahan,” kata Hoh.
Ads
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut mengucapkan tahniah kepada Hoh atas pencapaian membanggakan ini, yang sekali gus memberi inspirasi kepada Malaysia.
“Semoga beliau terus menginspirasi dan menyumbang kepada transformasi digital Malaysia. Selamat maju jaya di persada antarabangsa!” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Hoh memperoleh Biasiswa Rhodes, yang ditubuhkan pada tahun 1903, selepas melalui proses pemilihan yang sangat kompetitif di Malaysia, termasuk dua pusingan penilaian dan temu bual akhir dengan panel antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan yang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak pada 10 Jun 2021, iaitu Khamis hadapan.
Beliau membuat pengumuman tersebut melalui satu perkongsian video pendek di laman Facebook miliknya pada hari ini..
Sumber: News Straits Times
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka bermula jam 10 pagi melalui dua kaedah.
Kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan penuh.
Menerusi perkhidmatan SMS dengan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan hanya menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.
Kesemua perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021.
Walaupun begitu, buat calon yang tidak mempunyai akses kepada Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai kepada mereka untuk mendapatkan keputusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua graduan cemerlang yang berasal dari Sarawak baru-baru ini telah menerima Anugerah Pelajaran Di-Raja di atas kecemerlangan akademik dan dedikasi mereka di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-28, pada 4 November, semalam.
Menurut salah seorang penerima, Annie Lau Siew Ming dari Sibu, beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan CGPA cemerlang iaitu 3.93.
Antara kunci kejayaan yang sempat dikongsinya adalah untuk sentiasa menekankan kepentingan pengurusan masa sebagai pelajar. Selain itu, kerja keras juga menjadi rahsia utama jika seorang pelajar ingin berjaya.
Kredit: FB UNIMAS
“Pertama adalah kerja keras, sebab tiada siapa yang boleh berjaya tanpa usaha. Kedua adalah pengurusan masa. Selain itu, mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum memerlukan saya menguruskan masa dengan baik”
Dalam pada itu, Annie juga merancang dan bercita-cita untuk mengambil peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) bagi mendalami kepakarannya dalam bidang perakaunan.
Kredit: FB UNIMAS
Sementara itu, bagi seorang lagi penerima, Dayang Nurina Nazihah yang merupakan graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling dengan CGPA 3.85.
“Pendekatan saya amat mudah kerana saya hanya melakukannya sehabis baik. Saya juga bersemangat untuk meneroka potensi diri dan mendorong diri melepasi zon selesa saya,” katanya.
Menurut Dayang, beliau telah hadir temu duga bagi mendapatkan lesen kaunselor berdaftar dan berharap boleh bermula sebagai kaunselor bebas sambil meneroka peluang kerjaya lain.
Kredit: FB UNIMAS
Tambahnya, beliau juga akan memulakan program pengajian Sarjana di UNIMAS pada Januari tahun hadapan.
Sekadar info, Majlis Konvokesyen itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan situasi pandemik seperti hari ini, rasanya jika boleh lebih baik sekiranya segala urusan dilakukan secara dalam talian. Masyarakat tidak perlu berpusu-pusu menuju ke satu tempat semata-mata untuk melakukan urusan harian.
Antara yang boleh dilakukan secara online adalah memesan makanan, barangan runcit atau barang basah memasak dan untuk memperbaharui lesen memandu juga korang boleh lakukannya secara online.
Gambar hiasan
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan portal JPJ online yang dikenali sebagai mySIKAP. Melalui portal ini korang boleh renew lesen JPJ secara online dan melakukan banyak lagi transaksi bagi urusan yang melibatkan kenderaan motor dan lesen pemandu.
Tapi sebelum itu, korang kena daftar dulu untuk log in portal mySIKAP ini. Berikut merupakan cara-caranya:
7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emal yang telah didaftarkan
Macam mana nak renew lesen secara online? Jom kita lihat perkongsian daripada gambar yang telah dimuat naik oleh Cik Yaya ini.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Cara ini juga dapat mengelakkan orang ramai daripada berkumpul ditempat awam dan secara tidak langsung dapat mengekang penularan COVID-19.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...