
Seorang pelajar lelaki hari ini berdepan pertuduhan membunuh rakan sekolah perempuannya di dalam tandas sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Pelajar berusia 14 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistreet Petaling Jaya setelah bedah siasat mendapati mangsa yang berusia 16 tahun meninggal dunia akibat tikaman berulang kali oleh suspek lelaki tersebut di bahagian dada dan leher di antara jam 9.30 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman gantung.
Mahkamah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

BACA: Tragedi Sekolah Bandar Utama: Ibu Dedah Anak Ditikam 200 Kali, Bukan 50 Seperti Tular!
BACA: Cinta Ditolak Jadi Punca Pelajar 14 Tahun Tikam Rakan Sekolah
Terdahulu pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Majistreet Petaling Jaya mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap tertuduh bagi membantu siasatan di bahah Seksyen 302 Kanan Keseksaan.
Laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian adalah akibat tikaman berulang pada bahagian dada dan leher.
Sebuah upacara penghormatan terakhir bagi mangsa telah dilangsungkan pada hari Selasa di Nirvana Centre KL di mana ratusan belon berwarna biru-putih dilepaskan sebagai simbol kenangan terhadap remaja berkenaan memandangkan ia merupakan dua warna kegemaran mangsa.
Dalam majlis tersebut, ibu mangsa yang dikenali sebagai Wong Lee Ping berkata, keluarga berterima kasih di atas kasih sayang dan keprihatinan yang diterimanya sekeluarga daripada orang ramai.
Wong turut merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong di atas kata-kata semangat dalam titah baginda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!








