Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, akhirnya tampil menceritakan sendiri detik mencemaskan ketika ditahan rejim Zionis semasa menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin. Dalam temu bual eksklusif bersama Astro Awani, Zizi mendedahkan pengalaman perit itu sebagai sesuatu yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.
Dibiarkan berpanas dalam keadaan melutut
Menurut Zizi, dia dan penganjur misi telah dibiarkan berpanas di bawah terik matahari selama lebih satu jam dalam keadaan melutut ketika menunggu giliran berhadapan dengan pihak imigresen Israel.
“Saya bersama dengan penganjur saya dibiarkan berpanas berjemur selama satu jam lebih dengan keadaan melutut. Masa itu saya pakai topi, dia suruh buka,” katanya.
Malah, ketika cuba menenangkan diri dengan membaca al-Quran, tindakannya turut dihalang oleh tentera Israel.
“Saya nak tenangkan diri nak mengaji… dia ambil al-Quran, tarik dan tanya apa ini? Saya cakap ini al-Quran. Dia suruh simpan dalam beg,” kongsi Zizi.
Dipaksa buka tudung dan stokin
Lebih memilukan, penyanyi Terlalu Istimewa itu turut dipaksa membuka kasut, stokin dan tudung, namun dia tetap bertegas mempertahankan auratnya walaupun diugut dan ditarik dengan kasar.
Ads
“Saya buka kasut tapi tak nak buka stokin. Mereka tak bagi, kena juga buka. Saya cakap tak boleh sebab haram (dedah aurat). Dia paksa saya buka tudung. Saya cakap tidak. It’s haram, I’m Muslim. Tapi mereka tetap cakap ‘no’,” ceritanya dengan sebak.
Walaupun tudungnya ditarik dari belakang, Zizi tetap mempertahankan maruahnya sebagai wanita Muslim.
“Saya pegang tudung kuat-kuat sambil mereka tarik bahagian belakang. Kawan-kawan bukan Islam pun menangis dan jerit ‘be strong’. Masa itu saya doa, ‘Ya Allah, kau berikanlah balasan yang setimpal dengan kezaliman mereka ini,’” tambahnya lagi.
“Welcome to Israel” – sambutan penuh sinis
Apabila tiba di imigresen, Zizi disambut dengan sindiran yang menyakitkan hati.
“Mereka cakap ‘Welcome to Israel, have you been to Israel?’ Saya jawab, ‘Maybe you should see the front page of my passport. You are not recognised in my country.’”
Lebih mengejutkan, pegawai Zionis mendakwa mengenalinya melalui media sosial.
Ads
“Mereka cakap, ‘I saw you on TikTok, on Instagram, famous!’ Saya senyum sinis tapi mereka marah dan cakap ‘no smiling’,” katanya.
“Baju saya digunting, tudung ditarik lagi”
Zizi turut berkongsi bahawa bajunya digunting oleh tentera Israel, kononnya atas alasan keselamatan.
“Baju saya di bahagian dalam digunting sebab tak nak ada baju lain. Nak ada satu baju saja,” jelasnya.
Sebelum dibawa menaiki bas, tudungnya sekali lagi ditarik namun kali ini dia berjaya mempertahankannya.
“Masa itu saya betul-betul selamatkan tudung sebab itu saja yang tinggal,” ujarnya.
Walaupun berdepan penghinaan dan kekasaran, Zizi tetap tenang, berzikir dan berdoa agar Allah memberi kekuatan kepadanya untuk menghadapi dugaan itu.
Ads
Inspirasi kepada generasi muda
Kisah keberanian Zizi Kirana bukan sekadar pengalaman peribadi, tetapi simbol keteguhan seorang wanita Muslim yang mempertahankan maruah dan agamanya walau dalam tekanan hebat. Semangat juang dan keyakinannya menjadi inspirasi buat generasi muda hari ini untuk lebih berani, berprinsip dan berjiwa kemanusiaan.
Mungkin bagi sesetengah generasi muda ada yang tidak berapa mengenali sosok pelakon, Ezany Nizariff yang pernah popular dan sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama rantaian sebelum ini. Namun kini, kelibat aktor berusia 51 tahun itu sudah jarang membintangi mana-mana drama.
Menerusi laman sosial TikTok, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menjawab persoalan peminat dan warga internet yang sudah lama tidak melihat kelibatnya dalam industri hiburan.
Menjawab kepada persoalan yang diajukan, Ezany atau nama sebenar Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff menjelaskan beliau kini mempunyai beberapa pekerjaan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.
“Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan. Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, InshaAllah”
Kredit: BebasNews
Ezany yang popular menerusi drama Tanah Kubur dan Amukan Pocong itu kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar dari salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
“Sekarang saya adalah pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK. Saya peroleh lesen tersebut selepas jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang,” katanya.
Menurutnya lagi, lesen ini boleh digunakan di pelbagai negara seluruh dunia. Selain itu, Ezany juga menjelaskan beliau kini sibuk memenuhi undangan dalam program meningkatkan produktiviti pekerja.
Kredit: Instagram @ezanynizariff_official
“Saya dijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka,” jelasnya.
Perkongsian Ezany itu telah tular di media sosial dan meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum melihat beliau yang tetap mementingkan pendidikan di samping kerjayanya sebagai seorang pelakon sebelum ini.
Sekadar info, Ezany Nizariff sebelum ini melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Gloucestershire University United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Soh Wai Ching sekali lagi mengharumkan negara di persada dunia apabila beliau berjaya memecah rekod dunia bagi kategori jarak simulasi pendakian terjauh menggunakan mesin tangga dalam masa satu jam. Lebih membanggakan, pelari menara negara ini turut mencipta empat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records menerusi percubaan yang sama.
Dalam satu hantaran di Facebook, Soh berkongsi detik bersejarah itu yang menyaksikan beliau mencatat jarak 1.788 kilometer dalam tempoh 60 minit — bersamaan dengan empat kali ketinggian Menara Berkembar PETRONAS (KLCC). Rekod ini sekaligus memadam rekod lama milik atlet United Kingdom, David Mahoney yang mencatat 1.748 kilometer.
Cabaran Mental dan Fizikal Yang Ekstrem
“Sukar tetapi saya berjaya mengharunginya! Terima kasih atas semua sorakan!” tulis Soh dalam perkongsiannya.
Menurutnya, sesi simulasi ini jauh lebih mencabar daripada pertandingan mendaki sebenar kerana tiada gangguan luar. Ia menguji ketahanan minda dan fizikal kerana pendakian dilakukan secara berterusan tanpa henti selama satu jam. “Mencabar minda, tanpa henti selama satu jam. Memang sukar. Masih tidak percaya bahawa saya berjaya mengharunginya,” katanya penuh semangat.
Empat Rekod Malaysia Serentak
Selain mencipta rekod dunia, Soh turut mencatat empat pencapaian dalam Malaysia Book of Records, iaitu:
Fastest Time to Climb the Height of PETRONAS Twin Towers on a Stair Climb Machine (451.9m)
Fastest Time to Climb the Height of Merdeka 118 on a Stair Climb Machine (678.9m)
Fastest Vertical Kilometer Climb on a Stair Machine
Longest Vertical Climb Distance on a Stair Machine in One Hour
Pencapaian ini menjadikan Soh bukan sahaja atlet larian menara terbaik negara, malah antara yang terunggul di dunia dalam kategori ini.
Jarak Yang Setanding Bangunan Ikonik Dunia
Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jarak 1.788 km yang didaki Soh dalam masa satu jam bersamaan dengan:
4 kali Menara Berkembar PETRONAS
4 kali Menara Empire State, New York
2 kali Menara Burj Khalifa, Dubai
2.5 kali Menara Merdeka 118
Angka ini membuktikan betapa luar biasanya pencapaian Soh, dan mengangkat standard baharu dalam sukan larian menara.
Dari Malaysia ke Dunia
Di usia 30 tahun, Soh Wai Ching kini bukan sahaja ikon sukan ekstrem negara, malah juga sumber inspirasi buat remaja Malaysia. Beliau membuktikan bahawa dengan latihan konsisten, fokus dan mentaliti kental, tiada impian yang mustahil walaupun impian itu setinggi 1,788 meter!
Setelah memuat naik permohonan maaf di atas kekhilafan menjalin kerjasama dengan satu jenama pro-Israel pada hari Khamis, jenama kopi tempatan Zus Coffee tampil melakukan permohonaan maaf susulan pada hari Jumaat.
Ia setelah jenama tersebut menerima pelbagai bentuk kecaman terutamanya dalam kalangan pelanggan setia mereka yang meluahkan kekecewaan dek kolaborasi tersebut.
Foto Hiasan.
Menerusi hantaran terbaru di platform media sosial, Zus Coffee mengakui kenyataan pertama yang mereka keluarkan semalam gagal menjelaskan pendirian mereka terhadap isu pembunuhan rakyat Palestin beramai-ramai yang sedang berlaku di negara mereka sendiri.
Justeru, Zus Coffee ingin menegaskan bahawa mereka teguh menentang sebarang kezaliman yang berlaku di bumi Palestin dan menyokong perjuangan untuk mendapatkan semula kebebasan Palestin.
“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” catatnya.
Tinjauan REMAJA di ruanga komen mendapati majoriti netizen berterima kasih terhadap usaha Zus Coffee yang menetapkan pendirian dalam isu konflik yang sedang berlaku sekarang.
Mereka turut berharap ia tidak terjadi lagi di masa hadapan memandangkan Zus Coffee begitu digemari oleh pelanggan Malaysia dek kesedapan minuman yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!