Jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, semalam.
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.
Ads
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pelari berusia 29 tahun memecah rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang pelari tempatan, Shi Ai Ai dengan catatan masa 12:45 saat untuk menawan menara setinggi 331 meter itu.
Ads
“Gembira apabila muncul juara juara keseluruhan tetapi paling gembira kerana dapat pecahkan rekod lampau kerana saya memang menyasarkan untuk melakukan pecah rekod.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Saya akan mengekalkan semangat juang sebegini sepanjang 2024,” katanya dalam satu kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, individu yang dikenali sebagai Purple Bloom menjelaskan bahawa kawasan parkir sering menjadi sasaran penjenayah kerana suasananya yang sunyi dan kurang perhatian orang sekeliling.
Situasi ini secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.
“Awak jangan sesekali masuk kereta seorang-seorang bila nampak ini sebab kereta awak dah kena aim! Parking ini kawasan kegemaran penjahat tau,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, beliau turut menyenaraikan empat tanda yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang masuk ke dalam kereta. Tanda pertama adalah apabila terdapat beg yang diletakkan berhampiran tayar kenderaan.
Selain itu, kehadiran wang kertas yang diselitkan pada ‘wiper’ juga antara taktik yang sering digunakan. Tidak ketinggalan, kertas yang diletakkan di celah pintu kereta turut menjadi satu lagi petanda yang mencurigakan.
Tanda terakhir yang dikongsikan adalah kehadiran troli yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan. Walaupun kelihatan remeh, situasi ini dipercayai digunakan untuk mengalih perhatian mangsa.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa waspada dan peka dengan keadaan sekeliling, memilih kawasan parkir yang terang dan selamat serta tidak teragak-agak untuk meminta bantuan sekiranya berasa curiga. Langkah pencegahan kecil mampu menjadi pelindung besar daripada risiko yang tidak diingini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang dua bulan Taliban menakluk ibu kota, Kabul dan satu demi satu perubahan dilakukan. Terbaru, Taliban dilaporkan melarang pemilik salun atau kedai gunting rambut di wilayah Helmand untuk mencukur atau memotong janggut.
Menurut BBC, memetik jawatankuasa agama Taliban, tindakan tersebut dianggap melanggar undang-undang Islam dan boleh dihukum. Hal tersebut turut diakui oleh beberapa tukang gunting rambut di sekitar Kabul yang menerima arahan serupa, tambah portal itu.
Dalam satu notis dikeluarkan di selatan wilayah Helmand, pegawai Taliban dipercayai memberi amaran kepada penata rambut untuk mengikut undang-undang syariah bagi pemotongan rambut dan janggut.
“Para pejuang Taliban sering datang dan meminta kami berhenti memotong janggut,” kata salah seorang tukang gunting di Kabul.
Getty Image
Sementara itu, seorang pemilik salun besar di bandar terbabit mendakwa menerima panggilan daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai kerajaan untuk berhenti ‘mengikut gaya Amerika’ serta dilarang mencukur atau memotong janggut sesiapa, tulis BBC.
Tapi betul ke haram memotong janggut bagi lelaki Islam?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan terdapat perbahasan berkenaan larangan mencukur janggut ini dalam kalangan ulama’.
1. Haram
Pendapat ini dipegang oleh Ibnu Taimiyah, jumhur fuqaha’ daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan satu pandangan daripada ulama Syafie. Ini kerana ia bertentangan daripada suruhan Nabi SAW supaya memelihara janggut. Lihat Al-Mausu’ah Al-Kuwaitiyyah Al-Fiqhiyyah (Jil 35, hlm. 226)
2. Makruh
Pendapat ini ada disebutkan dalam kitab Fath al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari yang menukilkan pendapat daripada Qadhi Iyadh.
Qadhi Iyadh berkata: “Makruh bagi seseorang mencukur janggut, mengguntingnya, memendekkannya serta meratakannya. Tetapi jika diuruskannya supaya jangan terlalu panjang dan lebat, adalah tidak mengapa dan yang demikian itu bagus.”
3. Mubah Atau Harus
Para ulama masa kini membenarkan mencukur janggut kerana mengikut kehendak masa sekarang.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat yang dinilai paling sederhana adalah yang menetapkan bahawa ia adalah makruh sahaja. Perintah untuk memelihara janggut pula tidak bermaksud perintah wajib yang pasti – hanya ditegaskan supaya kita tidak menyerupai orang kafir sahaja.
Penulis pula secara peribadi melihat bahawa amalan menyimpan janggut dan jambang kini telah menjadi satu trend dan gaya yang bukan hanya diamalkan oleh orang Islam, malah orang bukan Islam.
Walaubagaimanapun, ia tidak dikira sebagai suatu perbuatan yang meniru, kerana hukum menyimpan janggut pada asalnya adalah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri.
Kesimpulannya, perlu difahami bahawa perkara ini tergolong dalam isu mustahab sahaja iaitu suatu yang dituntut atau dianjurkan. Wallahu’alam.
Tarik nafas panjang-panjang dan bertenang ye gaisss!
Sejak penularan wabak virus korona 2019-nCoV berbahaya tersebar di Wuhan, seramai lebih 28,200 orang telah djangkiti di seluruh dunia.
outbreak-coronavirus-world-1024x506px
Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan dua lagi mangsa dikesan positif novel coronavirus (2019-nCoV) termasuk kes pertama membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China.Eh seriuslah!
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun iaitu adik kepada lelaki warga tempatan yang dilaporkan positif 2019-nCoV, sebelum ini.
Korang ingat lagi tak, mangsa pertama warganegara Malaysia yang sah dijangkiti Coronavirus lepas dia attend satu mesyuarat di Singapura?
Ia adalah kes pertama jangkitan tempatan kerana wanita berkenaan sebelum ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, menjadikan sebanyak 14 kes dilaporkan hingga hari ini.
“Pada 1 Februari lalu, wanita terbabit mengalami gejala demam dan sakit tekak sebelum mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 4 Februari lalu.
“Sebaik abangnya dikesan positif (coronavirus), Pejabat Kesihatan Kuala Muda, Kedah terus menjejaki wanita terbabit dan beberapa ahli keluarga lain bagi mendapatkan sampel klinikal.
“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes berkenaan dilaporkan positif semalam. Beliau kini dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan berada dalam keadaan stabil.
“Seramai 41 lagi ahli keluarga lain yang disaring dilaporkan negatif,” katanya pada sidang media harian mengenai 2019-nCoV, di kementeriannya, hari ini.
Dr Dzulkefly berkata, bagi kes kedua pula ia membabitkan pelancong wanita dari Wuhan, China yang berusia 37 tahun.
“Wanita berkenaan tiba di negara ini bersama ibu dan tiga rakannya pada 25 Januari lalu. Mereka dilaporkan turut melawat (beberapa) tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur.
“Pada 1 Febuari lalu, beliau mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami gejala demam ringan,” katanya.
Jadi, sila patuhi langkah yang sudah dikeluarkan oleh WHO bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berbahaya ini. Paling penting, awasi kebersihan dan kesihatan agar korang tidak menjadi salah seorang mangsa.
Wabak berbahaya Virus Corona ini sudah pun masuk Malaysia, Jaga-Jaga guys!
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!