
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson menyifatkan setiap individu tidak sepatutnya menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.
Menerusi perkongsian di Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memaklumkan setiap wanita seharusnya menghormati rumah tangga wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson

“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut (rosakkan rumah tangga),” coretnya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza berkata meruntuhkan perkahwinan orang lain, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.

“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zahirah Macwilson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petua Menarik Tanpa Guna Ubat Yang Perlu Ketahui, 100% Bahan Semula Jadi

Tidak kiralah petua kesihatan tradisional mahupun moden, penjagaan kesihatan amat penting.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini 4 Jenis Sayuran Yang Baik Untuk Dimakan Bagi Mengurangkan Keradangan Ekzema
Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada petua nak sihat tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
- Asam Jawa Hilangkan Sakit Tekak

Asam Jawa memng berkesan menghilangkan rasa sakit tekak. Mudah saja! Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.
2. Daun Pudina Melegakan Batuk

Helaian daun pudina yang campurkan kedalam air panas bersama gula batu sangat berkesan hilangkan batuk. Minum air ini setiap hari sehingga batuk lega.
3. Limau Nipis Untuk Selesema

Tidak selesa rasanya pabila hidung berair tambahan lagi jika hidung tersumbat. Perahkan limau nipis ke dalam air teh panas atau suam tanpa menambah gula. Kemudian, minum air tersebut. Jika anda sukar untuk menelan minuman masam, ambil batang sirih. Kemudian, lap batang sirih tersebut hingga bersih. Tumbukkan ia sehingga mengeluarkan lendir dan sapukan lendir itu di bahagian kawasan hidung anda. Lakukan antara dua petua ini secara berterusan sehingga selsema anda sembuh.
4. Buah Pala Untuk Susah Tidur
Banyak khasiat yang terdapat pada buah pala antaranya ia dapat mengatasi masalah sukar untuk tidur. Parut buah pala dan kemudiannya campur dengan sedikit air. Tekapkan buah pala tersebut di ubun-ubun kepala. Disamping itu juga, berikan haruman aroma terapi di bilik bagi memberikan suasana tenang kala anda beradu.
SEAFOREST 100% bahan semula jadi
Selain dari petua diatas korang juga boleh amalkan makanan tambahan dari SEAFOREST. Menariknya produk ini ia dihasilkan menggunkan 100% bahan semula jadi yang berkualiti tinggi; SEAFOREST adalah produk yang menggabungkan sains dan tradisi yang memberikan kesan positif pada manusia dan alam sekitar.

Rangkaian makanan tambahan SEAFOREST ini dihasilkan khas untuk mereka yang mahu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, rangkaian SEAFOREST menampilkan 4 pilihan makanan tambahan seperti;
Organic Mushroom Complex

Diperbuat lebih daripada 3 jenis cendawan termasuklah maitake, reishi, shiitake dan chaga; kesemua bahan ini bertindak baik ke atas tubuh badan dengan tawarkan kepekatan beta-glukan yang lebih tinggi.
Suplemen ini dipercayai memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional China kerana dapat menguatkan sistem imunisasi.
Bukan itu sahaja, suplemen cendawan ini turut mempunyai ciri anti-tumor dan anti-osteoporotik dalam ujian klinikal.
Organic Golden Tumeric

Kunyit yang terkenal dengan sifat anti-radangnya telah menunjukkan peningkatan kesihatan gastrointestinal, pernafasan dan kulit.
Suplemen Organic Golden Tumeric ini diperbuat dengan bentuk kurkumin dalam matriks kunyit asli sepenuhnya yang memberi manfaat kesan lebih 2000 sebatian kunyit pekat.
Inner Bloom Herbal Tea Blend
Inner Bloom pula adalah teh herba yang diperbuat daripada kekwa, senna dan ekstrak Garcinia Cambogia; buah tropikal Asia Tenggara. Manfaatnya pula adalah untuk proses detoksifikasi, penghadaman semula jadi badan dan pengurusan berat badan yang sihat.
Rasanya sedikit manis dengan nota madu untuk berasa lebih segar dan tenang sebelum tidur.

Sweet Spot Herbal Tea Blend
Campuran daun Yerba Mate, kekwa dan ekstrak tembikai pahit; teh ini menyokong paras gula darah yang sihat, meningkatkan metabolisme dan kesejahteraan badan. Teh herba Sweet Spot ini telah disyorkan untuk diambil selepas waktu makan.
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambut Kelahiran Ke-18, Kenali Pewaris Takhta Norway Yang Cantik : Puteri Ingrid Alexandra

Bakal menjadi Ratu Norway kedua selepas Ratu Margaret yang menjadi pemerintah wanita pertama dari 1387 sehingga 1412. Si cantik manis Puteri Ingrid Alexandra merupakan anak pertama Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit.
ARTIKEL BERKAITAN : Sentuhan Magis Bernard Chandran Jadi Pilihan Puteri Diraja Brunei

Baru menyambut hari kelahirannya yang ke-18 tahun pada 21 Januari yang lepas, ia juga merupakan tahun bermakna bagi rakyat di Norway kerana puteri mereka telah dewasa secara rasmi.
Ramai di antara kita apabila bercakap tentang kehidupan di dalam istana, mesti teruja lagi-lagi bila membayangkan betapa kayanya kerabat dan keluarga diraja selaian kecantikan yang dimiliki si tuan puteri.
Menariknya pada hari lahir Puteri Norway ini, ada beberapa keping gambar baharu Ingrid yang berlegar di media sosial. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.
Tidak keterlaluan dan sesuai dengan usiannya, Puteri Ingrid dilihat hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.
Ingrid mendapat pelajaran bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.


Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.
Puteri Ingrid dilahirkan pada 21 Januari 2004 di Oslo, Norway. Dia kini menjadi pewaris takhta kedua selepas bapanya, mendahului adik lelakinya, Putera Sverre Magnus selepas penggubalan undang-undang pewarisan pada 1990.
Fuh, memang pakej lengkap Ingrid ni, cantik, kaya, bijak dan aktif bersukan.
BACA LAGI : Puteri Aiko Sambut Ulang Tahun Ke-20 Tanpa Tiara Baru, Fakta Puteri Tunggal Maharaja Jepun
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melaka Tunggu 4 Tahun Lagi Untuk Ada Taman Tema Bertaraf Dunia

Bila sebut Melaka, kita terus terbayang bandar bersejarah itu yang mempunyai peninggalan kisah legenda, bangunan dan monumen dari zaman penjajahan Portugis serta artifak yang mencecah usia setengah alaf.
Khabarnya, tidak lama lagi Melaka akan memiliki taman tema bertaraf antarabangsa sebagai satu lagi tarikan pengunjung ke negeri itu.
Taman tema yang masih belum bernama itu bakal menjadi sebahagian daripada pembangunan Melaka Gatewayy di Pulau Melaka dan dijangka siap hanya pada 2026. Nampaknya kita semua perlu menantikan empat tahun untuk ke lokasi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion ini.

Pengumuman tarikan baharu ini telah dilakukan oleh EXCO Kanan Pelaburan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas mengadakan lawatan rasmi ke Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Ahmad dan lain-lain tetamu kenamaan.
Ujar Ab Rauf, Melaka Gateway pasti memberi pulangan kepada KAJD dan mampu menaikkan lagi ekonomi masyarakat di Melaka apabila menyambut ketibaan pelancong dari seluruh negara nanti.
“Saya melihat taman tema yang bertaraf dunia dan saya kira ia jauh lebih barik daripada Genting Highlands seperti yang digambarkan kepada kita tadi. Dan lebih besar daripada Genting Highlands; seluas 36 ekar akan menjadi kenyataan seawal tahun 2026.
“Sebagai sebuah negeri pelancongan, infrastruktur dan ruang perniagaan moden akan berada di sepanjang kawasan Melaka Gateway ini. Ini termasuklah pengenalan kawasan zon bebas cukai dan beberapa jenis produk bertaraf dunia serta berimpak tinggi di kawasan ini,” katanya.

Sedikit info menarik mengenai taman tema yang dijangka akan menarik lima juta orang pengunjung setiap tahun. Dibina pada tanah keluasan 14.56 hektar di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway, ia adalah lebih besar berbanding taman tema Genting Highlands Skyworld.
Projek berkenaan kini telah dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dari sekarang.
BACA LAGI: ESCAPE Penang Pegang Rekod Gelongsor Air Terpanjang Dunia – REMAJA
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

