Semangat Malaysia boleh memang sudah lama tersemat di sanubari setiap anak muda dan rakyat Malaysia. Jadi tidak hairanlah semakin hari semakin banyak usaha untuk mencipta rekod atau menempa nama dalam apa jua bidang demi membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Musim cuti sekolah ini memang ramai yang suka ke taman tema hiburan. Salah satu lokasi yang sering menjadi pilihan ialah ESCAPE Penang. Apa yang menariknya, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan gelongsor air terpanjang di dunia dikenali dengan nama Speed Racer.
Gelongsor air Speed Racer ini mempunyai jarak sepanjang lebih kurang satu kilometer meter sekali gus itu mengalahkan pemegang rekod terdahulu yang memegang rekod 600 meter iaitu Action Park, New Jersey, Amerika Syarikat.
Ads
Terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, gelongsor air ini merupakan salah satu daya tarikan utama di ESCAPE Waterplay di ESCAPE Penang. Pengunjung yang merasai pengalaman ini akan mendaki setinggi 420 meter dengan menggunakan chairlift di puncak bukit.
Foto – FB Escape.my
Menurut Pengasasnya, Sim Choo Keng pengunjung yang menaiki Speed Racer akan turun melintasi Jalan Teluk Bahang di sebelah jambatan pejalan kaki dan berakhir di kolam renang taman tema airnya.
Ads
Menurutnya lagi, ESCAPE Waterplay akan dibuka bermula Sabtu ini. Ia merupakan fasa kedua daripada Adventureplay yang telah dibuka pada tahun 2012. Dan sehingga kini ia telah menjadi antara daya tarikan paling menarik di negeri Pulau Pinang.
Ads
ESCAPE Penang di buka pada hari Selasa sehingga Ahad dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Untuk makluman lanjut kamu boleh kunjungi laman sesawang rasmi mereka www.escape.my.
Hampir seminggu YouTuber masakan popular tempatan, Sugu Pavithra berdiam diri dan tidak memberi penjelasan mengapa mereka bertindak memadamkan kesemua video daripada akaun YouTube mereka.
Akhirnya video terbaru dimuat naik kelmarin bagi menjelaskan situasi sebenar.
Untuk pengetahuan korang, nama Sugu Pavithra menjadi topik bualan hangat netizen Malaysia setelah terseret dalam kes mahkamah minggu lalu.
Sudah menjadi tugasan rakan media seluruh negara untuk melaporkan perkembangan terbaru kejadian tersebut mengikut sumber yang benar.
Namun, niat rakan media seakan disalah erti oleh Pavithra dalam kenyataannya menerusi video semalam.
*
“Berita fasal kami bukan isu penting dalam negara kita. Saya pun hairan mengapa media nak buat berita fasal kami walaupun kami tak beritahu apa-apa cerita, tetap mereka membuat tetap buat cerita.
“Kami kesal tentang hari itu. Media juga adalah salah satu sebab kami kehilangan privasi dalam keluarga kami selama 3 bulan ini. Selepas Mei, mereka (media) mula ‘masuk’ ke dalam keluarga kami dan kami tiada masa bersama. Media merumitkan lagi keadaan dengan membuat berita palsu mengenai saya dan Sugu selepas kejadian hari itu.
“(Disebabkan media), kami tiada lagi masa untuk masak dan memberi makan kepada anak-anak kami.
“Kami meminta maaf kerana video telah dipadamkan (daripada akaun YouTube Sugu Pavithra) dan kami akan upload semula secepat mungkin,” jelasnya dalam video berdurasi kurang dari 6 minit itu.
Sugu Pavithra telah memuat naik video Dalca Tulang Kambing sebagai resepi pertama untuk comeback mereka.
Isu Duit Jadi Punca Mengamuk
Dalam pada itu, Pavithra sendiri yang membuka cerita dalam kain mengenai punca sebenar salah faham di antara dirinya dan suami, Sugu sehingga tersabit dalam kes mahkamah. Katanya, duit adalah lubuk permasalahan itu.
“Sebab Sugu ke hospital adalah kerana keluarga saya sendiri. Keluarga saya yang tidak menyokong saya selama 7 tahun berkahwin (dengan Sugu) kini muncul kembali dan mula pinjam duit daripada suami saya. Malah mereka membuat masalah dengan keluarga kami.
“Sugu pun salah kerana minum, tapi dia bukan pemabuk.
“Kami faham isu ini terjadi kerana duit. Hari itu, kami telah sakit hati dan delete video yang lama.
“Tanpa Sugu, saya memang tidak boleh buat video itu sendiri. Seperti yang anda tahu, Sugu yang merakam video, menyediakan bahan masakan dan menjaga anak-anak. Kalau dia tiada memang saya tidak boleh buat video di YouTube.
“Saya berharap kawan-kawan akan menyokong kami seperti biasa. Terima kasih kepada semua subscribers yang iklhas dan sentiasa menyokong kami walaupun kami dalam keadaan susah. Kami minta maaf atas apa yang terjadi, teruskan menonton video kami,” katanya lagi panjang lebar.
Penulis berharap agar akaun Sugu Pavithra kembali aktif.
Mereka merupakan di antara wajah Malaysians’ Sweetheart, malah ramai yang mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga bertambah baik lagi selepas ini.
Namun, penulis merasakan adalah tidak adil untuk Sugu Pavithra meletakkan kesalahan di atas bahu rakan media yang melaporkan berita. Itu sudah menjadi sebahagian daripada tugasan kami setiap hari dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkan perkara yang benar.
Sekiranya Sugu Pavithra merasakan ada pihak media yang telah melaporkan berita palsu mengenai kejadian yang berlaku, mereka seharusnya bertindak terhadap pihak tersebut dan bukannya ‘generalize’ hukuman terhadap kesemua pemain media.
Apapun, kita semua mengharapkan Sugu Pavithra tabah berdepan dugaan ini dan lebih banyak lagi video masakan menarik akan dimuat naik oleh mereka berdua.
Pasangan suami isteri yang berdepan dengan tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 7 tahun, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malik akan didakwa di mahkamah Air Keroh, Melaka esok.
Kedua-dua suspek itu dijangka berdepan dua pertuduhan iaitu mendera dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Assistant Commisioner Muhammad Sukri dalam kenyataan beliau memaklumkan, kedua-dua suspek itu akan didakwa mengikut sesyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 34 sesyen sama. Mereka juga akan berdepan pertuduhan di bawah sesyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tinjauan REMAJA kepada respon warganet yang mengikuti perkembangan kes ini rata-rata inginkan keadilan ditegakkan demi membela maruah mangsa.
Herry Ramd misalnya berharap agar hukuman seadilnya dijalankan ke atas pembunuh ini. Zaharah Kodri pula bersyukur apabila mendapat tahu kedua-dua tertuduh akhirnya akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, AMK 475 mengharapkan agar hukuman yang bakal dikenakan akan memberi pengajaran kepada ramai lagi pelaku jenayah bunuh yang masih terlepas di luar sana.
Terdahulu, mangsa kanak-kanak tersebut dipercayai telah didera oleh ibu kandungnya dan bapa tirinya sebelum ditemui lemas di dalam sebuah tong air di hadapan rumahnya pada 29 Januari lalu.
Hasil bedah siasat baru-baru ini mendapati terdapat banyak kecederaan termasuk luka baharu di bahagian belakang kepala mangsa.
Laporan kematian tersebut telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Ini kerana ramai yang mengikuti kisah di mana mangsa diserahkan semula oleh ibu angkatnya kepada pasangan tersebut pada akhir tahun lalu setelah keluarga angkat menjaganya selama lebih 6 tahun.
Penemuan satu mayat pelajar Kolej Vokasional Port Dickson, Nur Alya Damia Hairi dipercayai dijerut semalam sekitar jam 10.30 malam membuatkan rakan sebilik mangsa begitu terkejut. Pelajar berusia 19 tahun dan penuntut akhir Diploma Rangkaian Komputer ini dikatakan mahu bertemu bekas teman lelakinya namun rakan sebiliknya berasa tidak sedap hati lalu menelefon lelaki berkenaan yang kemudian mendakwa Alya tiada bersamanya.
“Saya mengajak seorang lagi kawan menaiki motosikal mencarinya tapi kami nampak polis sudah ada di tempat kejadian,”kata Ain Zulaika Zamuri, rakan sebilik pelajar mangsa dijerut.
“Kami menjerit, Allahuakbar…. ‘
“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur AlyaDamia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.
Allahyarham Alya dipercayai mati dijerut malam tadi dan mayatnya ditemui orang awam
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
“Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan. Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia). Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis. Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam. Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.