Pasport Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah apabila berjaya menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025. Khabar membanggakan ini telah meletakkan Pasport Malaysia sebaris dengan negara-negara maju lain, menandakan betapa dipercayainya dokumen perjalanan rasmi negara di mata dunia.
Pasport Malaysia Diiktiraf Antara Terkuat Dunia
Menerusi perkongsian rasmi di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pihaknya menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan antarabangsa ini sekaligus mencerminkan kecekapan serta kredibiliti sistem keselamatan negara.
“Pasport Malaysia kini terus membanggakan apabila menduduki tangga ke-3 dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, membolehkan warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia,” tulis kenyataan itu.
“Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia,” ujar JIM lagi.
Kedudukan Malaysia Dalam Ranking Pasport Index 2025
Menurut laman rasmi Passport Index, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini berada di kedudukan pertama dalam Passport Power Rank, diikuti Singapura dan Sepanyol yang berkongsi tempat kedua.
Ads
Pasport Malaysia pula berdiri megah di tangga ketiga bersama 15 lagi negara antaranya Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.
Kemudahan Tanpa Visa Untuk Rakyat Malaysia
Dengan capaian tanpa visa ke 174 buah negara, rakyat Malaysia kini lebih bebas meneroka dunia sama ada untuk belajar, bekerja mahupun bercuti. Maka, tidak hairanlah kalau ramai yang semakin menghargai nilai pasport biru gelap yang sering menjadi kebanggaan di kaunter imigresen luar negara.
Ads
Simbol Kepercayaan & Reputasi Negara
Kedudukan tinggi ini juga menggambarkan usaha berterusan pihak Jabatan Imigresen dalam mengekalkan mutu, keselamatan dan kecekapan sistem pasport negara agar terus dipercayai di peringkat global.
Menariknya, lebih daripada sekadar dokumen perjalanan, Pasport Malaysia kini menjadi simbol kepercayaan, kemajuan dan reputasi negara di mata dunia.
Masa Untuk Rakyat Malaysia Jelajah Dunia
Nah! Rasanya kalau tengok prestasi seperti ini, sudah tiba masa untuk anda buka kalendar, cari tarikh cuti dan mula rancang trip luar negara. Dengan Pasport Malaysia di kedudukan ketiga dunia, alasan “tak boleh travel” itu memang tak ‘valid’ untuk digunakan lagi kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena pengumuman sajian kandungan-kandungan terbaru dari hujung tahun 2022 sehingga awal 2023, Astroo semalam telahpun melakukan sesuatu yang istimewa di mercu tanda, Menara Kuala Lumpur dengan warna rasminya, merah jambu!
Dalam acara yang dihadiri oleh selebriti seperti Shaza Bae, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Dato’ Shafinaz Selamat, De Fam dan Shafiq Kyle itu, penganjur turut memancarkan logo drama Astro Originals, One Cent Thief selama lima limint pada menara tersebut dan ia menarik tumpuan warga kota.
Turut dipancarkan adalah logo penaja utamanya, Astro Fibre yang menawarkan rangkaian internet pantas serta kandungan hiburan tanpa henti.
Selain persembahan, Astro juga mengambil peluang untuk mengumumkan sekuel bagi beberapa program kegemaran ramai di salurannya tidak lama lagi. Ini termasullah rancangan variasi gergasi di Astro; All Together Now Malaysia 2 dan The Masked Singer Malaysia 3.
‘All Together Now Malaysia 2’ sekali lagi akan mencungkil bakat terpendam daripada rakyat Malaysia yang mencari peluang mengecapi impian mereka
Bakal disiarkan bermula 11 Disember pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria, ‘All Together Now Malaysia 2’ turut menjemput 50 selebriti-selebriti hebat termasuklah Kapten baharunya, Datuk Syafinaz Selamat.
‘The Masked Singer Malaysia 3’ pula akan mula bersiaran pada 23 Disember di Astro Warna dengan barisan baharu penyanyi di sebalik topeng untuk tontonan seisi keluarga.
Turut mendapat sorakan ramai adalah apabila Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz membuat kemunculan untuk pengenalan drama premium bersiri Astro Originals ‘One Cent Thief’. Setakat episod keempat yang telah disiarkan kini, ‘One Cent Thief’ telahpun menjadi drama no. 1 di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159,000 tontonan.
Astro juga mengumumkan beberapa buah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Ia terdiri daripada Mechamato The Movie pada 8 Disember ini serta Didi & Friends The Movie dan Polis Evo 3 yang akan menemui pawagam pada 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun industri penerbangan Malaysia dilanda gelombang kegawatan akibat pandemik sejak tahun 2020, nampaknya ia semakin bangkit dan bersedia untuk kembali cemerlang seperti dahulu.
Ini dibuktikan dengan pelancaran sebuah syarikat penerbangan komersil terbaru Malaysia bernama SKS Airwaysyang beru saja diperkenalkan Januari lalu.
Menarik mengenai SKS Airways adalah penerbangan yang ditawarkannya khusus untuk laluan jarak dekat ke tiga buah pulau pelancongan popular di Malaysia iaitu Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman – sesuailah dengan trend pelancongan domestik sekarang yang diminati rakyat Malaysia.
Dalam majlis pelancaran di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 25 Januari lalu, ia menyaksikan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 ke Pulau Pangkor.
Sebaik saja pesawat tiba di Pulau Pangkor.
Penerbangan ke Pulau Redang pula telah bermula sejak 31 Januari lalu. Manakala, bagi yang teringin untuk menaiki SKS Airways ke Pulau Tioman, korang perlu menunggu pengumuman terbaru SKS Airways pada suku kedua 2022 di mana mereka akan mengumumkan tarikh tepat.
Kesemua frekuensi penerbangan pergi balik ke tiga pulau berkenaan juga dilakukan sekerap setiap haribagi memudahkan penumpang untuk melancong.
Comel kan! Pesawat berkapasiti rendah seperti SKS Airways ini membuatkan momen melancong korang lebih mesra dan bermakna
Sebagai permulaan buat masa ini, SKS Airways telah membuka dua hab yang terletak di Lapangan Terbang di Subang ini dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. Ini bermakna, korang yang inginkan perkhidmatan penumpang, kargo atau charter akan dihubungkan ke Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman dari dua lapangan terbang itu.
Khabarnya, SKS Airways juga sedang merancang penerbangan antarabangsa untuk masa akan datang iaitu ke destinasi di rantau ASEAN dan selatan China! Macam menarik kan!
Untuk perkembangan terkini, korang boleh menempah percutian pulau korang dengan melayari www.sksairways.com dan mengikuti media sosial SKS Airways di Twitter, Faebook, Instagram dan LinkedIn.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula 1 Julai 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan kesemua bas ekspres dan bas persiaran untuk memasang serta memastikan penumpang memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengangkutan awam di Malaysia.
Menurut JPJ dalam satu kenyataan, langkah ini diambil susulan statistik kemalangan maut dan kecederaan serius yang sering melibatkan penumpang bas, khususnya dalam perjalanan jarak jauh. Ini termasuk insiden di mana mangsa tercampak keluar dari kenderaan atau mengalami kecederaan parah akibat ketiadaan perlindungan fizikal seperti tali pinggang keledar.
Terdahulu, Malaysia sudah sering berdepan dengan tragedi melibatkan bas yang meragut nyawa, berpunca daripada pelbagai faktor seperti keletihan pemandu, keadaan kenderaan yang uzur, serta kecuaian penumpang sendiri yang tidak memakai tali pinggang keledar.
Kredit foto: Berita Harian
Walaupun langkah mewajibkan pemakaian tali pinggang ini dilihat agak lambat berbanding negara maju, namun ia tetap dianggap sebagai satu permulaan penting ke arah membentuk budaya keselamatan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam.
“Penggunaan tali pinggang keledar terbukti mampu mengurangkan impak pelanggaran terhadap tubuh manusia,” kata JPJ.
Dalam pada itu, langkah ini juga boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya keselamatan diri, tidak kira tempat duduk atau jenis kenderaan yang digunakan.
Bagi pengusaha bas pula, arahan ini menuntut penyesuaian terhadap piawai keselamatan dan perlu memastikan semua bas dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar dan sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelakkan sebarang kecuaian teknikal.
Selain itu, usaha ini bukan sahaja akan memperbaiki tahap keselamatan penumpang, malah turut berpotensi meningkatkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam sebagai alternatif yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Walaupun begitu, kejayaan pelaksanaan inisiatif ini juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan dan sikap penumpang itu sendiri. Pada masa yang sama, usaha mendidik dan menyedarkan orang awam perlu dilakukan secara berterusan agar pemakaian tali pinggang keledar menjadi norma dan bukan semata-mata paksaan undang-undang.
Sementara itu, kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan saman RM300 kepada pemandu, penumpang dan pengendali syarikat, sebagai langkah meningkatkan keselamatan jalan raya.
Sekadar info, JPJ mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai hari ini dan ia melibatkan bas yang dibina mulai 1 Januari 2020, manakala bas lebih lama diberi tempoh untuk pemasangan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.