Usahawan popular, Hanis Zalikha dan suami tercintanya yang juga pelakon, Hairul Azreen menjadi bualan hangat warganet di media sosial susulan hantaran terbaharunya di entri Instagram.
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik, memaparkan momen Hanis Zalikha bersama keluarga kecil tercintanya bercuti di Maldives.
“Makan dalam gelap bersama-sama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Salah satu foto menunjukkan Hairul Azreen bergambar sambil meletakkan tangannya pada perut isterinya itu menjadi tanda tanya pengikutnya.
Ads
Susulan itu, timbul spekulasi bahawa Hanis kini sedang berbadan dua malah para peminat dan rakan artis mula mengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana mereka mendakwa terlihat penampakan baby bump pada foto yang dikongsikan itu.
“Yey, tahniah,” komen pelakon Fasya Sandha.
“Eh, Omg ye ke eh okey,” komen pelakon Mira Filzah.
Ads
“Kita nampak baby bump!” komen juga seorang pengikutnya.
Namun menerusi perkongsian di Instastory, Hanis memberitahu bahawa melakukan posing meletakkan tangan pada perut isteri ketika bergambar adalah satu kebiasaan yang dilakukan para suami.
Ads
Sekadar informasi, Hanis dan Hairul berkahwin pada tanggal 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sememangnya merupakan salah satu nama pelapis baharu yang mempunyai kelompok peminat dari berbilang kaum dan peringkat umur yang setia menyokongnya sejak awal pembabitan sebagai pelakon.
Dek keikhlasan anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini dalam menghargai peminat terutama menerusi hantaran di media sosial, ramai yang selalu menantikan peluang untuk menemuinya di acara berkonsepkan meet and greet.
Nadhir Nasar
Terbaru, Nadhir bakal terlibat dalam acara Hello Miri yang dibawakan oleh Astro khas demi para peminatnya di Sarawak. Berlangsung dari 9 Mei hingga 11 Mei minggu ini di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall di Miri; Nadhir dijadualkan menemui korang dan berinteraksi secara lebih personal setelah sekian lama peminat Bumi Kenyalang menantikan momen ini.
Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Hello Miri turut dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis lain termasuklah Mierul Aiman, Siti Saleha, Wani Kayrie, Adira, Haneesya Hanee, Firdaus Rahmat, Ayu Damit, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, Isaac Voo, Dinda Dania, Priscilla Abby, Shahrul Kamal dan dua pelakon siri antarabangsa Little Nyonya iaitu Zhang Ze Tong serta Tyler Ten.
Menariknya, peminat Nadhir Nasar yang menggelar diri mereka sebagai Lucky Fighters itu boleh pula menyuarakan ‘demand’ mereka agar Nadhir selepas ini akan mempertimbangkan untuk menjelajah ke daerah lain di Sarawak pula seperti Mukah, Sibu dan Kapit. Tidak kurang juga yang berharap agar Nadhir akan ‘terbang’ ke ibu negeri, Kuching dan ke negara Brunei disebabkan popularitinya dalam kalangan peminat remaja khususnya di dua lokasi tersebut.
Amboi! Hehe… tidak mustahil Nadhir akan merealisasikan impian korang itu. Namun untuk hujung minggu ini, apa kata korang hadirkan diri dulu ke Miri sempena jelajah Hello Miri.
Selain sesi bertemu artis kegemaran korang itu, Hello Miri juga akan melangsungkan Uji Bakat Kilauan Emas 2025 pada 9 Mei dari 10 pagi hingga 10 malam dan Uji Bakat The Chosen One pada 10 dan 11 Mei dari 10 pagi hingga 3 petang.
Pengunjung juga diajak untuk mengunjungi booth Astro selama tiga hari di sana untuk mengetahui promosi terbaru Astro dan bagi memenangi hadiah istimewa daripada mereka.
Selang seminggu kemudian pada 17 Mei 2025 pula, Astro dengan kerjasama TVS akan membawakan Konsert MeleTOP TVS iaitu konsert MeleTOP pertama yang julung kali dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia.
Bakal dilangsungkan di Stadium Tertutup Bandaraya Miri, konset ini menggabungkan elemen kebudayaan muzik tradisional Sarawak dengan budaya pop masa kini. Korang tentunya akan teruja untuk menyaksikan persembahan live daripada nama-nama popular termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Mimi Fly, Marsha Milan, DOLLA, Stacy, Hafiz Suip, Floor 88 & Namie, Wani Kayrie, Noki, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong James, Hairee Francis, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh, Fattah Bolh dan ramai lagi!
Selain menghiburkan warga Borneo, Konsert MeleTOP TVS ini juga merupakan salah satu cara Astro menghargai sokongan penonton serta pendengar setia mereka dari Sarawak dan Sabah.
Bagi korang yang tidak berkesempatan ke Stadium Tertutup Bandaraya Miri nanti, jangan risau kerana korang boleh menyaksikannya secara langsung di TVS (saluran 122) pada jam 9 malam dan juga di Astro ONE serta sooka. Manakala siaran ulangannya akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei, jam 9 malam.
Ya semua orang masih bercakap mengenai kemenangan 5-0 Rusia ke atas Arab Saudi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia Rusia 2018 semalam.
Walaupun ramai penganalisis sukan berpendapat bahawa Rusia tidaklah bermain pada tahap terbaik, cuma permainan pasukan Arab Saudi yang teruk semalam. Namun kita tak dapat menafikan jaringan berkelas dunia yang dilakukan oleh penyerang Rusia.
Antara ialah pemain berusia 22 tahun, Aleksandr Golovin yang menjaringkan gol freekick yang cukup cantik pada minit terakhir perlawanan (93+). Serius, tiada siapa yang menyangka Golovin akan menjadikan skor Rusia kepada 5-0!
Tapi, siapa sebenarnya Golovin ini?
01
Golovin berasal dari daerah kecil Kaltan, Kemerovo yang didiami oleh 20 ribu penduduk saja. Ayahnya merupakan seorang pelombong, seperti kebanyakan penduduk lelaki di sana. Ibunya pula ialah seorang akauntan. Kini, dia masih pulang melawat keluarga di Kaltan 2-3 kali setahun untuk tempoh seminggu setiap kali.
02
Golovin merupakan antara pemain bola sepak Eropah yang tidak suka menonjolkan kehidupan harian demi privasi. Namun menurut akaun Vk.com miliknya, Golovin masih sedang mencari temah wanita. Wooo..
03
Permainan kegemaran Golovin ialah Fifa 13 dan Dota-2. Eh samalah!
04
Golovin memilih nombor 17 untuk jersinya kerana dia sukakan nombor tersebut sejak kecil.
05
Bayaran gaji Golovin tidaklah setinggi purata gaji pemain bola sepak Rusia yang lain, kurang daripada 1 juta Euro setiap tahun.
06
Walaupun sudah bergelar pemain profesional Rusia pada usia 22 tahun, Golovin sangat mengambil berat mengenai pemain junior di bawahnya. Ia dibuktikan apabila dia menaja pertandingan bola sepak remaja dan memberikan hadiah daripada duit kocek sendiri.
Sweet sangat!
07
Pada ketinggian 180sm, Golovin bukanlah pemain tertinggi dalam pasukan Rusia. Namun, bakat dan skilnya mendapat pujian beberapa pemain senior seperti Roberto Carlos dan Petr Cech. Penolong jurulatih Brazil, Kleber Xavier juga menggelar Golovin sebagai pemain paling berbahaya dalam pasukan Rusia.
Dengan jaringan freekick seperti itu, memang dia berbahaya!
08
Bekas pemain tengah Arsenal, Alezander Hleb pernah berkata bahawa Golovin mempunyai potensi yang baik jika dibeli oleh kelab Inggeris tersebut. “Pada pendapat saya, dia mempunyai bakat yang cukup untuk menyertai Arsenal.”
Setelah permainan semalam, ramai yang menjangkakan kelab besar seperti Arsenal, Chelsea dan Juventas akan menyambar Golovin selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memandangkan sekarang musim hujan dan ribut petir, ada perkara yang harus diberi perhatian dan amat penting untuk kita pelajari dan harus ketahui demi menjadi mangsa.
Sejak dahulu lagi, kita ditakutkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit lebih-lebih lagi jika keadaan diluar ribut petir dengan kilat sambar-menyambar yang boleh membawa maut.
Bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.
Ini disebabkan telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir.
Meskipun begitu, kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wajar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir.
Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.
Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.
Antara ciri-ciri kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku.
Info sekiranya korang berhadapan dengan mangsa yang disambar petir :
# Jangan bimbang, mangsa tidak membawa sebarang cas elektrik, malahan mangsa mungkin memerlukan perubatan dan perhatian segera.
# Awasi keadaan mangsa dan mulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), jika perlu.
# Hubungi talian 999 untuk bantuan
Hati-hati guys!
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.