Siapa sangka haiwan yang selalu kita jadikan hidangan menjadi penyebab sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Chamek, Paloh, Johor ditimpa malang.
Difahamkan, si isteri meninggal dunia manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) pada Sabtu lepas.
Ng Ai Lee, 51, anak kepada pasangan suami isteri itu memberi kenyataan terhadap tragedi malang yang berlaku kepada ibu bapanya. Menurut Ng Ai Lee, bapanya telah membeli ikan itu daripada seorang penjaja van yang datang ke rumah orang tuanya itu dan sudah sekian lama menjadi pelanggan tetap.
Beliau berkata, keluarganya berasa kesal dan sedih kerana penjual berkenaan tidak memberitahu ikan dibeli bapanya itu sebenarnya beracun.
“Ini kali pertama bapa membeli ikan jenis itu dan ketika adik lelaki ketiga membawa bapa dan ibu ke hospital, bapa sempat memberitahu dia tidak tahu ikan yang dibelinya itu adalah ikan buntal dan beracun.
Malah, menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon, mangsa mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada pukul 3 petang serta dikejarkan ke hospital oleh anaknya. Katanya, kira-kira sejam kemudian, suami mangsa pula mengalami gejala sama iaitu sesak nafas dan menggigil.
Justeru, kami kongsikan info penting untuk diberi perhatian tentang ikan beracun.
Ikan Buntal ( Foto Via Pexels)
1) Terdapat lebih daripada 100 spesies ikan buntal
Ikan buntal adalah spesies yang tergolong dalam keluarga Tetraodontidae. Ikan ini boleh didapati di kedua-dua air masin dan air tawar seperti Lautan Pasifik, Laut Merah, Sungai Mekong dan Sungai Amazon.
Ads
Ciri-ciri ikan beracun ini ia mempunyai badan yang panjang, meruncing, kepala bulat, bibir yang menonjol dan perut besar. Ikan buntal mempunyai keupayaan untuk menukar arah apabila berenang dan berenang ke belakang.
2) Boleh membesar sehingga empat kaki
Ikan buntal terbesar diketahui sehingga empat kaki panjang atau kira-kira 47 inci. Panjangnya juga melebihi buaya bayi. Ikan ini terdapat di Australia, Jepun dan Afrika.
Saiz terkecil ikan buntal ini kurang daripada satu inci dan terdapat di sekitar India Barat Daya. Walaupun kerdil tetapi mereka mempunyai keupayaan menonjol iaitu boleh memilih untuk menjadi ikan jantan atau ikan betina.
3) Mengembung badannya sehingga tiga kali saiz biasa
Oleh kerana ikan buntal bergerak perlahan dan berwarna terang, ia menjadikan pemangsa lain dapat memakannya dengan mudah.
Ads
Untuk mengatasi masalah ini, ikan buntal akan mengembung dirinya dengan mengambil udara dari perut tiga kali lebih besar daripada saiz badannya dan menyerlahkan tulang belakang supaya mereka tidak menjadi makanan pemangsa. Inilah sebabnya mengapa ikan buntal dipanggil ikan puffer, blowfish, baloonfish, globefish atau toadfish.
4) Salah satu haiwan yang paling beracun di dunia
Ikan buntal adalah haiwan beracun. Apabila dalam keadaan terancam, ikan ini akan mengembungkan diri dan melepaskan toksin dari kulit yang dikenali sebagai Tetrodotoxin atau TTX iaitu bahan kimia yang 100 kali lebih toksik daripada sianida.
Di samping itu, ikan puffer juga boleh mengeluarkan toksin yang boleh membunuh 30 orang dewasa. Sesiapa yang terdedah kepada racun ini boleh mengalami kebas, lumpuh otot, pening, kegagalan jantung dan kematian.
5) Ikan buntal boleh bina sarang
Ikan buntal berwarna putih ternyata mempunyai tabiat yang unik iaitu membina sarang. Ikan buntal jantan membuat sarang dalam bentuk sfera pasir dan diameter enam kaki.
Ads
Tujuan mereka membuat sarang untuk menarik perhatian ikan betina. Di samping itu, ikan buntal jantan lain juga membuat sarang dengan tujuan yang berbeza. Mereka membuat sarang sperma untuk melindungi diri daripada pemangsa.
Ikan buntal sebenarnya mempunyai empat gigi. Dua di bahagian atas dan dua di bawah. Kedua-duanya bersatu agar kelihatan seperti satu gigi besar seperti tikus. Gigi ikan buntal sentiasa berkembang jadi untuk memastikan ia pendek, mereka menggunakan gigi untuk membuka cengkerang, makan alga dan ikan-ikan di dasar lautan.
7) Ikan buntal adalah hidangan yang lazat di Jepun
Walaupun ia merupakan ikan beracun, ikan buntal adalah salah satu hidangan lazat di Jepun. Namun begitu, hidangan ini hanya boleh dimasak oleh chef terlatih yang mempunyai banyak pengalaman kerana mereka perlu mengeluarkan organ-organ beracun dan memasaknya dengan betul supaya tidak meracuni pelanggan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak disangkal lagi, aplikasi dari China iaitu TikTok telah banyak mengubah landskap muzik sedunia. Lagu dan penyanyi yang tidak terkenal pun boleh menjadi tular di seluruh dunia – segalanya disebabkan oleh TikTok.
Seperti yang korang tahu, lagu terbaru yang tular secara serta merta adalah lagu ‘Mi Pan Su Su Sum’ (Mi Pan) yang kerap digunakan sebagai lagu latar untuk menari di TikTok.
Selepas ia menerima tempias populariti itu, TikTok kini telah mengumumkan bahawa lagu tersebut telahpun digunakan untuk lebih 1.6 juta video di TikTok!
Pergh, banyak tu.
Sama ada populariti Mi Pan akan bertahan lama di TikTok ataupun tidak, itu kami sendiri tak boleh jangkakan. Namun buat masa ini, semua orang masih obses dengannya.
Siapa Sebenarnya Pencipta Lagu?
Mi Pan pada asalnya digunakan untuk sebuah iklan komersil untuk bijiran sarapan di Rusia bernama Miel Pops.
Menurut laporan The Moscow Times, lirik lagu tersebut sebenarnya berbunyi seperti;
Miel Pops, buzz buzz buzz, buzz buzz buzz.
Miel Pops, so delicious, om nom nom.
Honey balls for breakfast.
Miel Pops, honey drip drip drip, drip drip drip
Tak percaya? Cuba dengarkan iklan tersebut di bawah.
Tak lama selepas itu, jingle Miel Pops tersebut telahpun dinyanyikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @chernaya.princessa. Versi ini adalah lebih ringkas seperti yang kita biasa dengar sekarang.
Versi yang lebih ‘membingitkan’ telinga datang daripada seorang lagi pengguna TikTok bernama @isterrrika, hasil daripada suntingan audio agar ia lebih pantas. Itulah video yang mempopularkan lagu tersebut. Sehingga kini, ia telah menerima lebih daripada 1.8 juta likes.
So, daripada Miel Pops, bagaimana pula ia boleh dinyanyikan sebagai Mi Pan?
Ada yang berpendapat bahawa ‘Mi Pan’ diambil daripada judul panjang video @isterrrrrika iaitu ‘This Song Isnttt About Bread Stop Mipansusus’. Malah, Mi Pan dalam Bahasa Sepanyol juga bermaksud ‘Roti Saya’ – props yang digunakan oleh @isterrrrika dalam videonya itu.
Sama ada korang gemarkan lagu di TikTok ini ataupun merasakan ia menjengkelkan, kami merasakan ia akan kekal popular untuk satu tempoh masa yang panjang.
*
Ingat lagi tak lagu popular di TikTok dahulu iaitu Lathi?
Apabila raja dunia fesyen tanah air memberi komen mengenai isu yang melanda Raja Permaisuri Agong pada hari ini..
Jika korang masih tidak tahun mengenai hashtag #AmpunTuanku yang sedang tular di media sosial hari ini, where have you been all day long?!
Hari ini, pengguna Twitter dan pengikut akaun @cheminahsayang yang dimiliki oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilanda kecewa apabila mendapati akaun ‘ibu’ kita itu telahpun ditutup.
Ini berikutan rakyat yang tidak gentar untuk berkelakuan biadap di bahagian komen setiap posting Tuanku.
Salah seorang insan berpengaruh yang dekat dengan Tuanku ialah pereka fesyen, Dato’ Rizalman Ibrahim. Saban kali tiba acara istiadat berprotokol, pastinya khidmat Rizalman dipanggil untuk menyiapkan bukan saja busana Tuanku. Malah busana anakanda dan adinda Tuanku juga dihasilkan Haute Couture by Rizalman.
Tidak hairanlah apabila ramai netizen yang meminta agar Rizalman memberi komen berkenaan apa yang terjadi.
Mudah saja jawapan beliau. Segelintir daripada kita tidak tahu mensyukuri nikmat.
Apabila Tuanku rapat dengan rakyat di media sosial, kita menjadi pembuli siber. Apabila Tuanku menjauhkan diri, kelak Tuanku mungkin digelar golongan atasan. Apa saja yang dilakukan tidak kena di mata semua rakyat Malaysia, jadi apa lagi yang kita nak dan harapkan sebenarnya?
Tambah beliau, “Apabila satu nikmat sudah hilang, terus kita rasa tak ketahuan.”
Sama ada Raja Permaisuri Agong kita akan kembali ke dunia Twitter, biarlah masa yang menentukannya. Sama ada Tuanku kembali atau tidak, apa yang penulis tahu rakyat Malaysia sebenarnya amat bertuah untuk memiliki seorang raja dan permaisuri yang amat berjiwa rakyat.
Jika di negara lain, tak semestinya itu akan terjadi.
Hujung minggu ni kalau korang rasa bosan, bolehlah serbu panggung wayang untuk menonton filem terbaru Hellboy.
Sudah mula ditayangkan hari ini, Hellboy antara filem terbaru yang korang wajib tonton kerana aksinya kini lebih ‘mengganas’ dan boleh buat korang seriau dalam panggung. Cewah!
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan semula seorang ahli sihir, Nimue (Milla Jovovich) yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia, lalu menjadikan Hellboy (David Harbour) sebagai ‘alat’ untuk memenuhi impiannya itu.
Namun begitu, Hellboy tidak bersekutu dan mencari jalan bersama dua orang temannya yang juga mempunyai kuasa luar biasa untuk mempersiapkan diri bagi menentang Nimue.
Lebih ‘ganas’ daripada biasa
Aksi-aksi yang ditonjolkan dalam filem ini sedikit sebanyak membuatkan korang ketap gigi kerana banyak memaparkan unsur keganasan dalam satu pembunuhan. Nah, sudah pasti ianya ditayangkan hanya untuk penonton berumur 18 tahun ke atas.
Scene pembunuhan dan perlawanan dalam filem ini selayaknya dipuji kerana setiap aksi yang ditonjolkan dalam filem memang real gila. Berderau juga bila tengok lagak mereka bunuh-membunuh. Hiks!
Penampilan Hellboy kali ini juga lebih menyeramkan dan kami tengok macam Undertaker pun ada. Haha!
Dibintangi oleh David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane dan Daniel Dae Kim, Hellboy kali ini bukanlah sekuel pada mana-mana filem terdahulu, sebaliknya ia adalah daripada sumber filem asal tetapi dengan garapan yang berbeza.
Kami tak nak la bagi spoiler, so apa kata korang tonton Hellboy yang sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.