Hari ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mohamad V di Istana Negara. Ia sekaligus memberi laluan untuk proses Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia juga menandakan hari pengundian yang ditunggu oleh semua pihak terutamanya golongan belia dan remaja yang mengundi buat pertama kali untuk memilih siapakah yang bakal metadbir dan diberi mandat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pada PRU14 kali ini perhatian yang diberikan oleh semua parti bertanding kepada golongan muda amatlah besar sekali. Ini pada PRU kali ini, golongan mudalah yang diramalkan menjadi penentu utama siapakah yang diberikan mandat sebagai pemerintah.

Dianggarkan kira-kira lima juta orang muda yang akan mengundi buat kali pertama dalam PRU14. Ia meliputi kira-kira 32 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

IKLAN

Jadi sebab itulah ramai di antara korang sebagai pengundi pertama kali perlu tahu apakah yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan esok.

KERAJAAN SEKARANG?

Selepas Parlimen dibubarkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak dipanggil sebagai ‘caretaker government‘.

IKLAN

TUGAS PM NAJIB RAZAK?

Ya, beliau masih memimpin kerajaan sementara dengan kuasa-kuasa sementara.

IKLAN

PILIHANRAYA PERINGKAT NEGERI?

Melainkan Sarawak, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dinasihatkan PM untuk menghadap Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk mendapatkan persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

PENGUMUMAN TARIKH PILIHAN RAYA

Tugas mengumumkan tarikh PRU14 hanyalah boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia juga badan yang ditugaskan untuk mengendalikan proses pilihanraya. Selepas menerima makluman pembubaran dewan, SPR akan menjalankan mesyuarat penuh terdiri daripada anggota-anggoota suruhanjaya bagi menentukan tarikh penamaan calon. SPR mempunyai tempoh selama 60 HARI untuk mengadakan pilihan raya bermula tarikh pembubaran Palimen dan DUN. Berdasarkan PRU yang lalu, ia akan dijalankan dalam tempoh sebulan selepas pembubaran parlimen.

KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

Walaupun Parlimen dibubarkan esok, Yang di-Pertuan Agong masih ada kuasa pentadbiran seperti biasa termasuk kuasa-kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Sepanjang tempoh ini, semua jemaah menteri berfungdi sebagai kabinet sementara sebagai pemegang amanah kepada kuasa pentadbiran.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI