Hasrat, jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas kembali pingat emas lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian.
Pada aksi di Stade de France, Paris, Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi Tokyo 2020.
Atlet berusia 34 tahun itu memulakan saingan lontaran pertama 16.75m, 16.66m pada percubaan kedua diikuti 17.18m yang merupakan lontaran terbaiknya pada percubaan ketiga.
Pemenang emas Rio 2016 itu cuba bangkit namun tidak berupaya memintas catatan terbaiknya dengan lontaran terakhir sejauh 16.86m.
Oleksandr Yarovyi dari Ukraine melakar kejutan apabila memecah rekod dunia sebanyak dua kali sekali gus mengesahkan pingat emas menjadi miliknya. Yarovyi melakukan catatan 17.60m pada percubaan ketiga bagi memadam rekod dunia milik rakan sepasukan dan juara bertahan, Maksym Koval iaitu 17.57m dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris.
Ads
Atlet berusia 25 tahun itu kemudiannya mengatasi rekod dunia dilakarnya beberapa minit sebelum itu, dengan melakukan lontaran 17.61m pada percubaan keempat sekali gus merampas emas daripada Koval.
Prestasi Koval pula tampak kurang menjadi apabila lontarannya dibatalkan sebanyak empat kali dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi percubaan terbaiknya 16.99m yang hadir pada lontaran kedua.
Sementara itu, kejayaan meraih pingat perak pada edisi kali ini telah memadam episod gelap menghantui Ziyad yang dibatalkan penyertaannya gara-gara lewat ke bilik panggilan pada Tokyo 2020. Mengambil iktibar daripada insiden berkenaan, Ziyad hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki.
Ads
Menurut Ziyad, walaupun tidak berjaya merampas semula pingat emas namun tetap berpuas hati dapat kembali menaiki podium selepas kali terakhir melakukannya di Rio 2016.
“Alhamdulillah, untuk sumbang perak ia lebih baik daripada tiada langsung. Bagi saya memang harapan tinggi untuk pingat emas namun saya tidak rasa kecewa sangat kerana sudah cuba beri terbaik tadi”
“Kisah yang menghantui saya (Tokyo 2020) akhirnya sudah habis. Lega rasanya kerana detik tersebut memang menghantui saya sejak tiga tahun lepas hingga saya tertekan dan kini saya dapat buktikan dengan pingat perak, macam mimpi pun ada,” katanya.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Selangor itu terus memasang azam untuk kembali beraksi pada edisi 2028 di Los Angeles dengan menyasarkan membawa pulang pingat emas buat Malaysia.
Ads
“Saya tidak pernah terfikir untuk pencen lagi. Mungkin saya akan beraksi lagi untuk Sukan Paralimpik seterusnya dan bergantung pada keadaan badan saya ketika itu untuk cuba buat terbaik.
“Selepas ini, saya akan berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga,” tambahnya.
Pada masa sama Muhammad Ziyad mendedikasikan pingat perak dimenanginya buat bapanya Zolkefli Othman yang menyambut hari lahir ke-70 pada 1 September lalu.
Sumber artikel: Sinar Harian
Sumber foto: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menganggap kerja sebagai pramugari atau pramugara ini seronok dan glamor kerana dapat terbang ke sana ke mari, melihat tempat orang dan bisa borsolek serta memakai seragam yang sudah tentu sangat eksklusif!
Apabila korang beradi di airport untuk menaiki kapal terbang, mesti korang biasa lihat pramugari atau pramugara akan menarik luggage atau beg seret dorang. Selain nampak cool, ternyata ada sebab lain yang menyebabkan pramugari selalu membawanya.
Bagi menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian dari penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Umbrella.
Menurutnya, terdapat lima barangan yang wajib ada di dalam beg pramugari.
Pertama, pramugari sudah tentulah perlu membawa passport walaupun ditugaskan dalam penerbangan domestik.
Seterusnya, benda penting yang perlu dibawa adalah crew ID dan pas lapangan terbang untuk masuk ke dalam lapangan terbang. Jika terlupa membawa pas tersebut, mereka perlu mendapatkan pas sementara.
Selain itu, pramugari juga kebiasaannya akan membawa uniform ganti sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan berkaitan pakaian mereka ketika bertugas.
Akhir sekali, mereka akan membawa kit make up untuk mendandan ketika bertugas.
Ooo..patut la pramugari atau pramugara ini selalu ada dengan beg luggage dia rupa ini sebabnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia sekali lagi kehilangan seorang tokoh besar negara.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di laman media sosial.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, KL.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis Khairy.
Tun Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, sebelum ini pernah memimpin negara dari tahun 2003 hingga 2009, selepas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aniq Aqilah Abdul Rahman, pelajar tahun keempat Management & Science University (MSU) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan telah berjaya memperoleh dua anugerah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Kedua-dua anugerah tersebut adalah di bawah Program Pensijilan Tahfiz JKM. Anugerah yang pertama diperoleh gadis cantik berhijab ini adalah menerusi penguasaanTahriri. Tahriri merupakan salah satu seni menulis kembali ayat Al-Quran menggunakan tangan selepas menghafal kitab suci tersebut.
Al-Quran hasil tulisan tangan Anis Aqilah.
Dalam gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook MSU, dapat dilihat baris-baris Ayat Al-Quran yang ditulis oleh Anis cukup tersusun rapi. Menakjubkan! Kemudiannya anugerah kedua pula diberikan kepadanya atas kehebatannya menghafal Al-Quran sebanyak dua kali.
Seramai ratus tiga puluh tiga pelajar termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Politeknik Shah Alam, dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut serta dalam program tersebut.
Anis Aqila menyertai dua lagi pemenang anugerah dari UIAM dan IPG dalam kategori tahriri, dan tujuh lagi dari UIAM dalam kategori tahfiz.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa Pak Azad, mengambil tindakan tegas apabila mendedahkan wajah beberapa individu yang didakwa melakukan...