
Masyarakat hari ini mempunyai banyak pilihan yang memudahkan mereka untuk memasak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Sejak beberapa tahun lalu, produk ini sudah terkenal sebagai antara alternatif untuk mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak.
Menurut, Root of Science, air fryer dapat membantu menghadkan pengambilan lemak tepu dalam jumlah yang banyak, selain membantu mengurangkan pengambilan kalori harian. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kita di rumah menggunakan air fryer untuk tujuan memasak.

Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang korang nak makan, semuanya boleh dimasak dengan mudah menggunakan air fryer ini. Korang hanya perlu mengetahui suhu dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak.
BACA: Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Masak Corn Dog Guna Air Fryer
Seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @neorcent telah pun berkongsi senarai suhu dan tempoh masa untuk memasak sekiranya menggunakan air fryer. Informasi ini sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan ramai.




Nah, lepas ni kalau korang nak masak apa-apa guna air fryer, bolehlah rujuk disini ya. Selamat memasak. Hiks!
Sumber: Twitter @neorcent
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Labubu Buat Ramai Tak Keruan! Wang Ning Kini Jutawan Termuda China

Fenomena patung koleksi Labubu terus mencetuskan kegilaan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Patung berbulu dengan mata besar dan senyuman unik ini menjadi rebutan ramai, sehingga selebriti antarabangsa seperti Lisa BLACKPINK, Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian turut memiliki koleksi peribadi mereka.

Di sebalik populariti Labubu ini, terselit kisah kejayaan luar biasa seorang anak muda China, Wang Ning, yang kini bergelar individu ke-10 terkaya di China, selain merupakan yang paling muda dalam senarai tersebut.
Wang Ning, selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pop Mart International Group, berjaya mengumpul kekayaan bersih sebanyak AS$22.7 bilion, bersamaan lebih RM107 bilion, berdasarkan laporan terkini Forbes.
Labubu: Dari Ilustrasi ke Fenomena Budaya Pop
Watak Labubu diperkenalkan oleh Kasing Lung, seorang artis berdarah campuran Hong Kong-Belgium, melalui siri ilustrasi berjudul The Monsters yang diterbitkan pada tahun 2015.

Nama Labubu melonjak selepas Pop Mart memperoleh hak eksklusif untuk memasarkan watak tersebut pada tahun 2019. Mereka memperkenalkan konsep blind box, iaitu pembeli tidak mengetahui figura mana yang diperoleh sehingga kotak dibuka.
Konsep ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengumpul dan peminat budaya pop, khususnya generasi muda, yang sanggup berbelanja besar demi melengkapkan koleksi masing-masing atau mendapatkan edisi terhad.
Simbol Gaya Hidup Gen Z
Apa yang membezakan Labubu adalah reka bentuknya yang dikategorikan sebagai ugly-cute — gabungan unsur pelik, unik dan comel. Ciri ini ternyata menepati citarasa Gen Z serta penggemar barangan koleksi yang menghargai keunikan dan eksklusiviti.
Labubu kini menjadi lebih daripada sekadar patung mainan, malah dianggap sebagai simbol budaya pop global. Patung edisi khas bersaiz sebenar Labubu pernah dilelong sehingga 1.08 juta Yuan (lebih RM700,000) di Beijing.
Tidak cukup dengan itu, Pop Mart turut bekerjasama dengan jenama mewah seperti Coach dan Louis Vuitton, membuktikan pengaruh Labubu semakin kukuh dalam industri fesyen dan gaya hidup antarabangsa.
Usahawan Kecil ke Billionaire Termuda China
Wang Ning memulakan Pop Mart pada tahun 2010 sebagai sebuah kedai gaya hidup kecil di Beijing. Namun, kejayaan sebenar mula diraih apabila beliau memberi fokus sepenuhnya terhadap industri mainan koleksi dan art toys.

Kini, nilai saham Pop Mart meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang tahun 2024, menjadikan syarikat itu antara peneraju utama dalam pasaran mainan koleksi global. Pop Mart juga memiliki rangkaian kedai di bandar-bandar utama dunia termasuk New York, Tokyo dan London, selain taman tema khas yang beroperasi di Beijing.
Dunia Koleksi Semakin Berpengaruh
Fenomena Labubu membuktikan dunia koleksi bukan sekadar hobi, sebaliknya telah berkembang menjadi satu bentuk pelaburan, simbol status dan budaya gaya hidup generasi moden.
Kejayaan Wang Ning turut membuktikan bahawa minat terhadap sesuatu yang dianggap unik atau berbeza, apabila digilap dengan kreativiti dan strategi perniagaan, mampu mencipta empayar berskala global.
Nota Remaja: Minat anda, walaupun nampak kecil atau pelik pada pandangan orang lain, tidak mustahil boleh menjadi titik permulaan kejayaan besar jika diusahakan dengan betul.
BACA LAGI : Kubur Arwah Nurly Shahirah Dipasang Tali Penghadang, Didakwa Berlaku Amalan Khurafat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minum Air Kosong Lepas Bangun Tidur Rahsia Kulit Cantik Wanita Jepun

Majoriti wanita Jepun memiliki wajah yang hampir sempurna, kulit yang halus, licin dan bersih. Pasti korang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka, bukan?
Yang pasti wanita Jepun banyak mengamalkan perawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi sejak turun-temurun lagi bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
![]()
ARTIKEL BERKAITAN : Bangun Seawal 4 Pagi RAHSIA Hawa Rizwana Kekal Cantik & Menawan
Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah lakukan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari. Hasilnya amat menakjubkan.
1. Mula berasa lebih segar dan sihat
Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan badan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.
2. Metabolisme saya bertambah baik
Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.
3. Bantu kurangkan berat badan
Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan kerja lain.

4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati
Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.
5. Perubahan kulit bertambah baik
Hilangkan kedutan di wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.

6. Saya mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.
7. Jarang sakit
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu menangani masalah menangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
- Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi untuk solat sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah nak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan mengikut masa ke semasa.
- Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air
- Selepas 45 minit anda boleh dapatkan breakfast
- Jangan makan atau minum apa-apa selepas 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.

Bila boleh nampak hasilnya ?
- Pesakit diabetes atau hypertension: 30 Hari
- Pesakit sembelit dan gastrik: 10 Hari
- Pesakit TB : 90 Hari
Okay selepas ini jom cantik sama-sama guna cara wanita Jepun!
BACA LAGI: Bangun Seawal 5 Pagi Untuk Ulang Kaji, Pelajar Ini Terima Biasiswa Presiden Amerika Syarikat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masak Lemak Cili Api Udang Pucuk Gelugor, Resipi Tradisi Penambah Selera

Penambah selera, tambah nasi berpinggan-pinggan…
Kecur liur apabila penulis menyaksikan perkongsian resipi tradisi ini. Masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang tidak asing bagi kita rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis dan cara pembuatannya.
Namun, pernahkan anda mencuba masak lemak cili api yang dipadankan bersama pucuk asam gelugor? Memang sedap!

Perkongsian masakan daripada SuiSan Aliezsha ini nampak menyelerakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini juga amat ringkas dan mudah untuk dibuat. Sesuai dijadikan juadah untuk dijamah sekeluarga hujung minggu ini.
Bahan-bahan
- Kelapa parut (perah untuk mengambil pati santan)
- Udang
- Cili Api (ditumbuk halus)
- Kunyit hidup (ditumbuk halus)
- Serai (dititik)
- Pucuk asam gelugor
- Garam (secukup rasa)
Cara membuat
- Sediakan kuali, masukkan bahan yang ditumbuk lumat (cilia pi & kunyot hidup), serai yang dititik dan santan.
- Kepekatan kuah bergantung kepada berapa banyak udang yang digunakan. Kalau bahannya banyak, lebihkan lagi santan.
- Apabila kuah mendidih masukkan pucuk asam gelugor.
- Kemudian masukkan udang.
- Garam secukup rasa
- Anda boleh juga masukkan asam keping namun jika tidak pun tak mengapa kerana pucuk asam gelugor sudah memiliki rasa yang masam.
Hidangan ini sesuai dipadankan bersama nasi putih dan juga ikan goreng panas-panas. Memang sedap, terangkat!
ARTIKEL BERKAITAN: Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezha via MAHN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

