Jelitawan, Nadeen Ayoub yang dinobatkan sebagai Miss Palestine 2022 akhirnya dapat merealisasikan impiannya untuk mewakili negara Palestin dalam pertandingan ratu cantik, tiga tahun kemudian.
Nadeen Ayoub, wakil Palestin ke pertandingan Miss Universe 2025 di Thailand.
Bakal dilangsungkan pada 21 November 2025 di Thailand, Palestin secara sah akan menghatar wakil pertama negara tersebut di pertandingan Miss Universe yang telah memasuki edisi ke-74, tahun ini.
Bagi meraikan berita gembira itu, Nadeen yang menyarungkan busana tradisional ciptaan pereka fesyen Palestin, Hiba Abdelkarim memuat naik pengumuman tersebut di media sosialnya pada 13 Ogos lalu, dan pada masa yang sama menjelaskan mengapa impiannya itu tertunda selama tiga tahun.
“Pada tahun 2022, saya telahpun menjadi wanita Palestin pertama untuk bertanding di Miss Earth di mana saya menamatkan cabaran dalam kalangan peserta Top 5. Saya sepatutnya menyertai Miss Universe pula selepas itu namun terpaksa menangguhkan perancangan tersebut kerana krisis yang berlaku di negara saya.”
“Saya ingin menunjukkan kepada dunia bahawa wanita Palestin bukan hanya kental dan jelita; tetapi juga mempunyai kualiti sebagai pemimpin perekacipta dan boleh membawa perubahan.
“Saya berbangga dapat meneruskan hajat ini pada waktu-waktu di mana kita semua perlu menjadi suara kepada negara Palestin yang sedang berdukacita terutamanya di Gaza,” ujarnya.
Untuk pengetahuan korang, pertandingan Miss Universe 2025 di Thailand juga dijangka akan disertai oleh wakil dari Israel, Melanie Shiraz.
Ads
Miss Universe Palestin 2025, Nadeen Ayoub.Miss Universe Israel 2025, Melanie Shiraz.
Nadeen Ayoub Bijak & Bergerak Aktif!
Nadeen membesar di antara tiga buah negara iaitu Palestin, Amerika Syarikat dan Kanada. REMAJA difahamkan wanita ini mempunyai pencapaian akademik dan kerjaya yang menakjubkan!
Nadeen merupakan pemegang ijazah muda sastera dan psikologi. Pada masa yang sama, dia bergelar seorang jurulatih ‘wellness’ dan nutrisi.
Sejak tahun 2022 pula, Nadeen mendekatkan diri dengan banyak inisiatif yang menguatkan suara wanita Palestin dan menyokong perniagaan mereka di sana. Ini termasuklah inisiatif bersama Sayidat Falasteen yang merupakan buah fikiran organisasi Miss Palestine.
Ads
Selain itu, Nadeen juga merupakan pengasas Olive Green Academy yang mempromosikan kelestarian dan kempen kesedaran alam sekitar. Menerusinya, Nadeen melatih wanita-wanita Palestin menggunakan media digital bagi melancarkan advokasi alam sekitar masing-masing serta bertindak sebagau duta iklim (climate ambassador).
*
Dalam pada itu, pertandingan Miss Universe Malaysia 2025 masih dilangsungkan sehingga bulan September bagi mencari wakil negara ke Bangkok kelak.
Kami pasti ramai yang mempunyai masalah resdung dan seringkali mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini.
Macam-macam jenis ubat resdung yang kita selalu lihat di iklan-iklan media sosial dan juga flyers yang diedarkan. Persoalannya, apakah benar jenis rawatan yang diiklankan itu memang boleh merawat resdung?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh doktor ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam di laman twitternya.
Apakah itu resdung?
Resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu alahan hidung (allergic rhinitis) dan radang sinus (sinusitis). Alahan hidung bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tapi merupakan satu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama dan bulu binatang.
Sesetengah individu mengalami alahan teruk yang menyebabkan sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan daripada orang normal. Ia dikenali sebagai hypersensitiviti. Inilah yang menyebabkan hidung korang membengkak dan mengeluarkan cecair hingus secara berterusan.
Bagi penghidap resdung, korang mesti faham sangat akan situasi seperti ini.
Gejala utama alahan hidung
• Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi
• Hidung kerap berair
• Hidung tersumbat
• Gatal-gatal pada kawasan hidung dan mata
Rawatan alahan hidung
Hindarkan allergen dan kawasan yang berdebu. Doktor akan memberi ubat anti histamine atau spray hidung; atau kedua-duanya sekali bergantung peringkat resdung korang (sekejap atau berterusan).
Radang sinus
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepala. Jangkitan virus/bakteria/kulit akan menyebabkan radang pada sinus sama ada radang akut atau kronik.
Gejala sinusitis
• Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat
• Hingus pekat kekuningan dan berbau
• Hidung tersumbat
• Kurang deria bau
• Sakit kepala dan sukar bernafas (teruk)
Rawatan sinusitis
Untuk radang akut, korang akan diberikan antibiotik yang sesuai, selai ubat anti histamine dan spray hidung. Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan konservatif (ubat) ini gagal, serta selepas dikesan melalui imbasan CT scan.
Komplikasi radang akut sinusitis yang tidak dirawat dengan betul boleh merebak ke kawasan mata dan juga merebak ke dalam otak.
Menurut doktor ini lagi, ulat resdung sebenarnya tak wujud dan ulat ini juga bukan penyebab utama kepada resdung. Jika ada ulat dalam resdung ini mungkin telah berlaku komplikasi yang sangat teruk dan tidak mendapatkan rawatan yang sebetulnya.
Lebih baik sekiranya korang terus mendapatkan nasihat daripada doktor, daripada mengambil rawatan yang belum tentu beri manfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barang-barang kulit memang timeless dan stylish, tapi penjagaannya perlu betul untuk pastikan ia kekal cun dan tahan lama.
Dalam dunia di mana gaya hidup kita penuh dengan aksi, memiliki gear kulit yang kekal menarik adalah must-have. Jadi, apa rahsia untuk menjaga barang-barang kulit supaya sentiasa nampak baru dan on point?
Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
Kaedah Disarankan:
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
Ini Yang Perlu Anda Buat:
– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
Ramai idamkan untuk memiliki badan yang agak kurus. Mungkin agak senang bergaya dengan pelbagai jenis baju bila badan agak ramping. Bila sebut bab kurus ini, ramai yang pasti ingat isu “peha melimpah” dan berat 60 kg ke bawahkan.
Di sebalik ramai menyebut tentang diet, ambil menu sihat dan sebagainya, pegawai dietetik dari Jabatan Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Puan Rafidah Othman telah menyenaraikan beberapa menu sesuai untuk diamalkan oleh pengguna dengan pengambilan 1200 kalori bersama senaman berkala (regular exercise) setiap hari. Insya Allah jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh, boleh nampak penurunan berat badan yang selamat secara berkala.
Tambahnya lagi, dalam memastikan pengambilan menu 1200 kalori bersama senaman berkala, kumpulan makanan ini boleh diubah mengikut kesesuaian pengamalnya kerana menu yang disenaraikan di bawah ini mewakili kapasiti Malaysia yang masyarakatnya majmuk.
Jadual agihan tersebut ialah berdasarkan bilangan porsi pertukaran makanan bagi setiap kumpulan makanan. Ia sangat penting bagi merangka menu mengikut kalori yang dikehendaki. Ianya juga dapat memastikan taburan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang berdasarkan saranan dietari, dapat dicapai.
Sebagai contoh, bagi mencapai menu dengan 1200 kalori, anda hanya dibenarkan mengambil lemak atau minyak sebanyak 5 porsi pertukaran sahaja. Distribusi porsi lemak itu adalah fleksibel dan bebas, asalkan ianya tidak melebihi 5 porsi pertukaran sehari. Begitu juga dengan kumpulan makanan yang lain seperti karbohidrat, protein, buah, susu dan gula. Sayur-sayuran selain sayuran berkanji seperti kentang, labu dan keledek tiada menyumbang kalori sekiranya dimasak tanpa minyak, oleh itu pengambilannya yang lebih adalah digalakkan kerana sayur-sayuran mempunyai serat yang baik serta memberikan rasa kenyang kepada anda.
Bila lihat menu2 ini terasa laparkan. Ingat makan tu berpada2 ya untuk tampil kurus.Gambar hiasan
Ini pun boleh tahan godaannyakan, gambar hiasan
Berikut adalah beberapa contoh porsi pertukaran makanan berdasarkan kumpulan makanan.
1 porsi pertukaran karbohidrat ialah 1 senduk @ ½ cawan nasi / 1 cawan bubur nasi / 1 keping roti / 3 sudu oats yang belum dimasak / 3 keping biskut krakers / ½ cawan mi @ kuey teow / ½ cawan keledek @ ubi kentang / 1 keping putu mayam / ½ keping capati
1 porsi pertukaran protein ialah 1 biji telur / 1 kotak mancis daging @ ayam @ kambing @ ikan / ½ ketul ayam / ½ ekor ikan saiz sederhana / ½ cawan isi kerang / 1 keping tempe @ tauhu / ½ cawan kuah dhal / 1 keping keju / 10 ekor udang saiz sederhana
1 porsi pertukaran lemak ialah 1 sudu teh minyak @ marjerin @ mayonis @ mentega kacang @ mentega / ¼ cawan santan kelapa / 2 sudu makan kepala parut / 20 biji kacang tanah.
So, bagi sesiapa yang berimpikan peha tak melimpah, teringin nak pakai kebaya semasa Syawal nanti, nak beli baju saiz M atau S, bolehlah cuba menu yang disediakan ini ya. Insya Allah, dengan azam yang kuat dan dengan niat kerana Allah untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, boleh mencuba menu di bawah ya.
HARI 1
Sarapan pagi 2 keping roti bijirin milpenuh
1 sudu teh mentega
1 sudu teh jem
1 cawan teh tanpa gula
Minum Pagi 1 gelas teh cina
Makan Tengahari 1 cawan nasi putih
1 ketul ayam panggang tanpa kulit
1 piring sayur tumis
1 biji buah pir
1 gelas air mineral
Makan malam 1 mangkuk bihun sup ( kuantiti bihun adalah 1 ½ cawan)
+ sayur-sayuran +1 kotak mancis isi ayam + 1 biji telur
½ biji buah jambu
1 gelas air mineral
Makan Malam 1 keping tosei
½ cawan kuah dhal
1 piring kecil coconut chutney
1 biji buah pisang
1 gelas air mineral
HARI 5
Sarapan pagi 2 keping roti milpenuh
1 keping keju cheddar
Daun salad, timun & tomato
1 gelas air mineral
Makan Tengahari 1 cawan nasi putih
1 ketul ayam masak sup
1 piring sayur tumis
1 potong buah tembikai
1 gelas air mineral
Minum Petang 1 keping putu mayam
1 cawan kopi + 1 sudu teh gula
Makan Malam” 1 mangkuk laksa utara ( 1 ½ cawan laksa)
1 biji telur rebus
lebih sayur-sayuran
1 cawan air barli tanpa gula
Supper 3 ulas buah durian
HARI 6
Sarapan pagi 2 keping roti bakar
1 sudu makan kaya
1 sudu makan mentega
Makan Tengahari 1 cawan nasi putih
1 keping tauhu stim bersama sos tiram
1 piring sayur rebus
4 ulas buah nangka
1 gelas air mineral
Minum Petang 1 keping plain roll
1 gelas air teh + 4 sudu makan serbuk susu skim
Makan Malam 1 ½ cawan spagetti
3 kotak mancis daging dicincang dalam sos bolognese
Daun salad, tomato, timun + lime sauce
1 biji epal
1 gelas air mineral
HARI 7
Sarapan pagi 1 bungkus nasi lemak
1 ekor sotong saiz sederhana masak sambal
1 gelas air mineral
Makan Tengahari 1 cawan nasi putih
1 ekor ikan masak asam pedas
1 piring ulam-ulam sayur kampung yang segar
5 biji buah rambutan
1 gelas air mineral
Makan Malam 1 cawan nasi
1 keping tempe dimasak lodeh bersama sayur-sayuran campur menggunakan susu skim
1 biji buah pelam saiz kecil
1 gelas air mineral
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.