Di saat kita sering memuat naik makanan enak dimasak setiap hari di laman fb masing-masing tanpa mempedulikan atau memikirkan adakah jiran tetangga atau sesama muslim juga mampu menikmati juadah yang sama, di luar sana ada insan lain yang hidup dalam serba kekurangan.
Perkongsian dari Pengerusi i-Sejahtera Malaysia, Dato Hamizan Bin Amzah yang dalam perjalanan ke Kelantan semalam bagi menyampaikan bantuan kepada golongan miskin di negeri itu menemukan beliau dengan sesuatu yang sangat menyedihkan.
REMAJA yang mengghubungi Dato Hamizan untuk mengetahui kejadian ini lebih lanjut di maklumkan, kejadian itu berlaku ketika rombangan dirinya dan skuad cakna I-Sejahtera Malaysia melalui kawasan Pengkalan Chepa menuju ke Ketereh, Kelantan untuk pengagihan barangan keperluan dapur untuk warga miskin.
Dato Mizan menjelaskan di tangan lelaki tua ini ada bungkusan roti gardenia yang telah dibuang di dapat tong sampah berkenaanDato Mizan menjelaskan ketika memberikan sumbangan ini, pakcik itu sempat membuka sarung tangan plastiknya dan mukanya berubah malu menerima sumbangan diberikan
“Kejadian ini berlaku sekitar jam 6 petang di kawasan Peringat menuju ke Ketereh semasa melalui jalan Pasir Hor dan kami berhenti di trafik light. Kebetulan di persimpangan itu tidak banyak kenderaan dan masa berhenti agak lama jadi saya dapat perhatikan pakcik ini sedang menyelongkar sesuatu. Dari dalam kereta, tak nampak seperti dia mencari tin atau kotak sebaliknya lain.
“Sebaik lampu bertukar hijau, saya terus arahkan pemandu memberhentikan kenderaan di tepi. Nampak jelas pakcik ini sedang mencari makanan kerana di tangannya ada roti gardenia yang dibuang orang.
“Allah memang sebak rasanya kerana memikirkan orang susah begini. Kebetulan dalam kereta ada barangan yang hendak disedekahkan. Terus saya beri beras, gula, minyak dan barangan lain selain berikan duit kepadanya.
Ads
“Saya pesan belilah makanan apa yang hendak dimakannya waktu berbuka nanti. Jangan ambil di tempat pembuangan sampah kerana mungkin sudah tidak elok. Masa nak hulur duit tu, nampak dirinya malu-malu menerima dan wajahnya nampak bukan seperti orang yang sering meminta-minta.
“Hatinya dapat saya rasakan ikhlas dan terharu dengan pemberian itu. Malah ketika sumbangan hendak diberi, pakcik itu siap buka sarung tangan plastiknya untuk menerima barangan diberikan. Sayang saya tidak tanya namanya dan di mana dia tinggal kerana rombongan kami agak rushing kerana ada tempat lain perlu diberikan bantuan,”katanya yang membuat posting itu di fbnya dengan harapan ada individu yang mengenali pakcik tersebut dan dapat disampaikan maklumat kepadanya.
“Tapi dari jam 9 pagi lagi, saya telah minta pertolongan dari skuad cakna I sejahtera di kawasan terbabit untuk mencari maklumat berkaitan pakcik berkenaan. Kami mahu tahu apa pertolongan boleh diberikan kepada pakcik berkenaan,”katanya yang membuat kerja-kerja kebajikan sejak 11 tahun lalu.
Ads
Dato Mizan mengakui di bawah skuad cakna I Sejahtera Malaysia, untuk hari ini pasukannya mengagihkan sumbangan ke sembilan negeri secara serentak. Dan beliau sendiri berada di Kelantan untuk pengagihan sumbangan
Dalam pada itu Dato Hamizan mengakui sebaik dia memuat naik posting mengenai pakcik tersebut, sudah ada individu memberi pandangan negetif termasuk bertanya kenapa pakcik itu dimalukan, kenapa tak hantar terus ke pusat zakat, kenapa tak buat itu, tak buat ini dan lain lagi.
“Jujurnya saya dah lali dengan kecaman. Kami sebagai badan bukan kerajaan banyak membuat kerja-kerja amal terutama melalui Kit Ramadan Sejahtera dan Dapur Sejahtera kepada ribuan keluarga asnaf. Hari ini saja kita lancarkan bantuan kepada 9 negeri secara serentak dengan ramai sukarelawan membantu.
“Bagi Kit Ramadan Sejahtera kita agihkan barangan keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya. Bagi Dapur Sejahtera pula kita kenal pasti orang susah dan agihkan makanan untuk mereka berbuka setiap hari,”katanya memaklumkan di bawah I Sejahtera Malaysia, mereka banyak memberi penumpuan membantu golongan susah tanpa ada campur tangan pihak politik.
“ Ini kerana kita mahu bantuan sampai terus ke akar umbi. Kata orang lebih tepat dan bukan kroni. Saya ada pengalaman, bila ada campur tangan pihak tertentu, pihak yang sepatutnya dapat jadi tak dapat dan orang yang senang pula dapat bantuan,”katanya memaklumkan yakin bahawa maklumat mengenai pakcik di kongsi di fbnya akan ditemui dalam masa singkat.
“Saya juga kes sebelum ini di Gombak. Jumpa masa tengah kutip kotak. Bila diviralkan ada orang bagi maklumat. Tapi bila kita jengah ke kediamannya yang penuh kotak itu, dia tak mahu pindah sebab nak jual kotak tersebut tapi sangkut sebab PKP. Tapi kita bari bantuan untuknya secara berterusan,”katanya mengakhiri perbualan.
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan MRSM untuk tingkatan satu dan empat tahun 2022 pada Disember ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Ujian Kencenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.
Manakala, bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.
Calon akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga Januari 2022 dengan semakan tarikh, masa dan tempat ujian yang boleh disemak secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.
Calon juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan nanti.
Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh negaran dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.
Calon UKKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian dan semua calon diminta bersedia serta membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan.
Untuk rekod, Mara menerima sebanyak 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu, manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.
Kami di Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kesemua calon MRSM yang bakal menduduki peperiksaan akan datang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siti Najihah Zamani dan pasangan memilih mi segera sebagai doorgift di majlis perkahwinannya.
Menafikan bahawa dia merupakan orang pertama yang memberikan mi segera sebagai hadiah kepada tetamu, Najihah mendapat idea ini kira-kira 9 tahun lepas, apabila terlihat di Facebook dan terus berniat nak buat begitu juga.
Ramai yang memberikan respon positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga yang bercadang untuk memberikan doorgift mi segera ini juga di majlis kahwin mereka nanti.
Paling menarik apabila pihak Maggi Malaysia sendiri turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru serta berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya. Comel je. Hiks!
Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?
Kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Siti Najihah Zamani serta pasangan yang bakal mendirikan perkahwinan tidak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penemuan jasad pelancong, Nora Anne Quoirin sememangnya amat memilukan apatah lagi ramai yang berharap agar remaja berusia 15 tahun itu selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Di saat ini, masih terlalu banyak spekulasi oleh orang ramai malah ramai juga ingin mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi pada Nora sebelum ditemui.
Pun begitu, lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan berkongsi di laman Twitternya mengenai satu lagi kes yang hampir sama dengan kes Nora melibatkan kematian pelancong asing di negara ini satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, mangsa dalam kes tersebut iaitu Stephanie Foray, 30 tahun yang melancong seorang diri ditemui 3 bulan kemudian dan suspek pula telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2016 lalu.
Apa-apapun, masih terlalu awal untuk kita menilai apa yang terjadi pada Nora, namun yang pasti sama-sama kita berdoa semoga kebenaran mengenai remaja tersebut dapat diketahui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...