Setiap individu pastinya mempunyai kenangan manis yang dicipta sepanjang hidup mereka. Seperti yang dilalui seorang siswazah meraikan dua berita gembira dalam satu hari, pagi bernikah dan petang menghadiri hari konvokesyen.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali sepatutnya bernikah pada Mei ini namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel.
Graduan itu hanya mengetahui hari konvokesyen pada bulan lepas dan mustahil baginya untuk menunda atau mempercepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.
Jelasnya, dia pada awalnya terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir di majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki, namun sebaik sahaja dimaklumkan kepada pihak UniSZA bahawa dia tidak dapat hadir kerana majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk Ameerul Hakim hadir pada sesi petang.
Inilah yang dikatakan rezeki kahwin. Hiks! Semua urusannya dipermudahkan dan kedua-dua majlis juga berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan, tetapi semuanya berbaloi kerana dapat meraikan dua majlis bahagia ini dalam masa serentak.
Tahniah kami ucapkan kepada Ameerul Hakim dan pasangan.
Ads
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai R250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri ada memaklumkan beberapa kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Terdapat beberapa kategori dan pendapatan bulanan iaitu B40 isi rumah RM4000 ke bawah akan menerima RM1600. B40 Bujang RM2000 ke bawah akan menerima RM800 manakala M40 Isi Rumah RM4001 hingga RM8000 dan M40 Bujang RM2001 hingga RM4000.
Memandangkan kerajaan sudah membuat bayaran sebanyak dua kali kepada individu yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional ini namun timbul beberapa persoalan bagaimana kriteria kiraan dibuat oleh pihak LHDN terhadap pemohon yang mendapat jawapan TIDAK LULUS.
Antara jawapan tidak lulus diterima adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM8000.
Antara lain ialah tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/ pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.
Anda juga ditulis Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi.
Malah mulai semalam juga ada yang membuat pertanyaan, mengapa bantuan orang bujang yang berpendapatan di bawah RM2000 hanya menerima RM500 bukan RM800 seperti diumumkan.
Antara luahan disuarakan oleh pemohon adalah, mereka tidak tahu makenisme bagaimana kiraan pendapatan mencecah sehingga RM8000 sedangkan pendapatan mereka tidak sebegitu. Malah ada yang menganggap mendaftar di SSM hanya untuk menjadi agen dropship sahaja dan bukannya menjalankan perniagaan. Malah ada mahu pihak LHDN membuat semakan dengan telus bagi memastikan pemohon yang berhadapan dengan masalah kewangan memperolehnya.
Boleh semak mulai semalam ya!
Walau isu ini berlegar di kalangan rakyat, Menteri Kewangan, YB Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion.
Status permohonan baru boleh disemak mulai 9 Mei di pautan https://bpn.hasil.gov/my. Bagi mereka yang layak pembayaran BPN akan dibuat secara sekaligus mulai 15 Mei 2020.
Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 biion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.
Cubalah buat semakan mana yang tidak lulus sebelum ini. Mana tahu ada rezekikan di bulan Ramadan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramaikan yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.
Malah baru-baru ini, kisahnya yang menyewakan van jenazah hanya pada harga RM1 juga mendapat perhatian. Bukan itu saja, kalau korang menjengah fb miliknya, atas nama Kuan Chee Heng, tentu korang dapat membaca pelbagai kisah perkongsiannya yang membantu golongan tidak berkemampuan termasuk menghantar peti ais baru yang disumbangkan oleh seorang individu yang tak mahu dikenali dan Uncle Kuan tolong menyampaikannya. Bukan itu saja, Uncle Kuan hari ini turut membawa satu ibu yang lumpuh dan ayah seorang nelayan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM. Mulianya hati Uncle inikan.
Inilah keluarga yang dibantunya untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM hari ini
Memandangkan hari ini, Israk Mikraj, bersamaan 27 Rejab di mana ada beberapa peristiwa penting berlaku di mana Nabi Muhammad SAW yang diangkat ke langit bertemu Allah taala. Turut dicatatkan juga semasa peristiwa Israk (bermaksud dibawa berjalan) dengan menggunakan buraq, berlaku kejadian Malaikat Jibrail melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, Baginda Nabi turut diperlihatkan keadaan syurga dan neraka, bertemu Rasul-rasul terdahulu dan apa yang paling penting solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (pada malam kejadian Israk Mikraj) ini.
Ternyata sebegitu besar peristiwa hari ini dan tidak terkecuali berlaku keajaiban seperti dikongsikan oleh Uncle Kuan ini dalam catatan FBnya. Apa keajaiban dilaluinya?
Uncle Kuan memperkenalkan sewa RM1 bagi van jenazah bagi keluarga kurang berkemampuan kira-kira 5 hari lalu dan mendapat perhatian netizen yang memuji kemuliaan hatinya itu.
TUHAN YANG MAHA ESA, MAHA PENCATURAN SEGALA NYA…. kebetulan hari ini Israk Mikraj……….
Pagi pagi satu wanita Melayu yang saya tak pernah jumpa, tak kenal langsung. Masukkan RM2000 kepada akaun peribadi saya dan suruh saya gunakan dengan baik. Selang 15 minit saya terima satu call dari satu gadis Melayu merayu menghantar ayah saudara nya dari surau Hospital Kuala Lumpur ke Klau Pahang kerana tak mampu sewa Van Jenazah dengan harga RM1500.
Saya telah mengumpulkan pilot saya untuk pergi ke KL untuk urus jenazah. Saya tidak perlu pergi, tapi saya tergerak hati untuk ke sana kerana hati saya kurang senang dan mau ucap takziah dan maka saya pandu van tersebut ke surau tersebut.
Saya tiba di surau KL hanya ada 5 orang sedang menunggu saya. Satu ialah isteri arwah, anak saudara arwah, kawan arwah dan isteri kawan arwah dan seorang penjaga surau.
Isteri arwah dalam keadaan sungguh sedih. Saya masuk surau dan lihat jenazah arwah terkaku tiada berteman. Isteri arwah dalam keadaan panik kerana TIADA WANG LANGSUNG untuk menjelaskan kos mandi dan urusan jenazah berjumlah RM 850. Beliau sedang membuat beberapa panggilan talipon tetapi saya boleh sense jawapan yang di beri.
Uncle Kuan banyak berbakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Katanya KITA ANAK MALAYSIA
SAYA TERINGAT RM2000 TADI yang telah dimasukkan kedalam akaun saya dan saya mengeluarkan dompet dan KEBETULAN DOMPET PUN ADA WANG. Saya lantas jelaskan kos jenazah, berikan extra wang kepada isteri arwah untuk balik ke kampung di Klau, Pahang.
Saya imbas kembali, kesemua nya seperti SUDAH DI ATURKAN OLEH MAHA KUASA. Pagi pagi ada orang masuk wang kedalam akaun saya., tiba tiba pulak ada orang mohon bantuan jenazah, tiba tiba saya PULAK SIBUK PERGI MENZIARAH, tiba tiba saya lihat air mata bercucuran kerana kesukaran dalam membayar kos mandi jenazah, dan tiba tiba dompet saya pulak penuh dengan duit yang saya selalu tak bawa banyak macam tu….. SEMUA NYA TELAH DI CATURKAN …… dari awal pagi sehingga selesai segala nya…… Ya Tuhan … kau yang Maha Mengetahui segala nya dan mengaturkan segala nya……… Kebetulan atau percaturan…. hanya Mu yang tahu……
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar petang ini di Grup Pantai Dalam Community, tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan di tangan mereka sudah dikenakan gelang tangan berwarna pink iaitu merujuk kepada individu yang berada di bawah pengawasan PUS Covid-19.
Dapat dilihat sekumpulan pelajar ini menunjukkan mereka sudah mengenakan gelang pink yang memberi makna perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di dalam rumah dan hanya perlu berkurung di dalam bilik tanpa bertemu ahli keluarga lain.
Masa yang sama, dengan lebih 30 ribu ahli di dalam grup berkenaan, ada ahli-ahlinya yang bertanya benarkah ada pelajar sekolah menengah di komuniti tersebut positif COVID-19?
Dalam beberapa WhatsApp yang beredar di grup berkenaan, ada dakwaan pelajar kelas 5 Inovatif sudah diminta menjalani pemeriksaan swab hari ini dan kemudian dipakaikan gelang berwarna pink tersebut.
Malah dimaklumkan juga, pelajar berkenaan tinggal di flat kawasan perumahan berkenaan dan sebuah klinik di komuniti tersebut juga sudah sudah disanitasi kerana dikunjungi oleh pelajar berkenaan sebelum dirujuk ke PPUM kerana gejala-gejala dijangkiti COVID-19 ada pada pelajar berkenaan.
Sebagai sebuah grup komuniti dihuni ramai orang Melayu, Pantai Dalam sememangnya amat terkenal sebagai syurga makanan yang enak malah banyak restoran di kawasan ini tular di media sosial antara yang agak enak masakannya dan dicari individu “pemburu” makanan sedap.
Apa pun kita doakan jika benar ada pelajar dijangkiti, semoga semuanya cepat sembuh dan jika ia tidak benar, tidak perlu rasa panik. Apa yang penting jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai mask dan sentiasa basuh tangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!