Setelah video yang menunjukkan aksi dua orang YouTuber tempatan ‘menampar’ orang awam secara rawak di eskalator sebuah pusat membeli-belah teruk dikecam oleh warganet sejak hujung minggu lalu, akhirnya tindakan keras bakal menanti mereka.
Video yang dimuat naik ke saluran YouTube seorang pencipta kandungan, Mizan Majid pada 7 Oktober lalu itu berdurasi 8 minit. Ia mempamerkan Mizan dan seorang rakan yang dikenali sebagai Man cuba melakukan kandungan berbentuk ‘prank’ yang pernah tular di luar negara; di mana mereka acah-acah ingin menampar orang awam atau menyergah mereka yang sedang menaiki atau menuruni eskalator bersebelahan.
Ia demi melihat reaksi ‘mangsa’ terhadap perbuatan mereka itu. Ada yang bertindak tidak melayan. Tapi, tidak semua orang membiarkan saja perbuatan mereka. Ada yang menjerit semula, “Apa benda?!” atau, “Apa hal?!” kepada mereka.
Tidak kurang juga ada mangsa perempuan yang ketakutan apabila Mizan yang berdiri di sisi eskalator merapatkan dirinya ke arah mereka. Sebelum sempat untuk Mizan mengejar demi memohon maaf, mereka terlebih dahulu telah melarikan diri.
Biarpun tindakan ini hanya dianggap sekadar gurauan oleh Mizan dan Man; malah dianggap mereka sebagai hiburan subscribers , ia tidak dipersetujui oleh warganet.
Bukan saja mereka tidak bersikap sensitif terhadap situasi di Lembah Klang kini di mana masyarakat berdepan risiko jangkitan COVID-19 lalu perlu menjauhi sebarang kontak fizikal dengan orang yang tidak dikenali. Warganet juga menganggap perbuatan menganggu ketenteraman orang awam itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.
“Niat, asalnya memang nak hiburkan orang. Tapi kalau korang ambil benda ini serius.. (prank sebegini) tak (diminati) dalam Malaysia.. memang tak bagus dalam Malaysia, jadi Mizan tak akan buat lagi lah. Tapi ‘prank’ still buat, akan ada prank lain..”
– Mizan Majid –
Ads
Untuk pengetahuan, video prank berkenaan telah diletakkan dalam mod private dan orang ramai tidak lagi boleh menontonnya sekarang di saluran YouTube Mizan Majid.
Video prank sama masih dimainkan sepanjang video mohon maaf mereka. Perlukah? Sumber Foto : Tangkap layar YouTube Mizan Majid. Warganet juga mempersoalkan mengapa video prank itu tidak dipadamkan saja, sebaliknya hanya diletakkan dalam mod private.
Biarpun Mizan telah memuat naik dua video susulan permohonan maaf bersama Man pada 11 Oktober lalu diikuti pada 15 Oktober 2021 atas perbuatan mereka serta berjanji untuk tidak lagi memuat naik kandungan sama, tindakan mereka itu nampaknya telah mencecah perhatian pihak polis!
Dalam laporan hari ini, polis mengesahkan sedang mengesan mereka yang terlibat dalam pembikinan video tular itu. Kata Ketua Polis Daerah Brickfield iaitu Asisten Komisioner Anuar Omar, pihaknya mengesan video tersebut pada 6.30 petang Jumaat lalu menerusi sebuah akaun Facebook.
Ads
Sehubungan itu, beliau memohon mana-mana saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan. Sekiranya didapati ada pelanggaran yang menyalahi undang-undang, maka tindakan boleh dikenakan.
Aduhh. Itulah guys, dah banyak kali REMAJA ulang kongsi nasihat yang sama. Walaupun hati berkobar-kobar ingin mengejar populariti, jumlah tontonan dan bertujuan menghiburkan orang ramai menerusi kandungan tular, ketahuilah adab dalam berkarya dan berlaku bijaklah semasa merancang kandungan.
Supermodel era moden, Bella Hadid tetap dengan pendiriannya untuk menginginkan pembebasan terhadap negara Palestin daripada rejim Zionis Israel.
Bella, 27 selama ini merupakan salah seorang selebriti Barat yang lantang terhadap isu kemanusiaan yang kian bergolak di bumi Palestin akibat tindakan rejim yang membedil negara mereka sekaligus mengorbankan ribuan nyawa rakyat di sana.
Bella Hadid
Operasi terbaru di Rafah, wilayah paling selatan di Gaza yang kini sesak dengan lebih 1.2 juta penduduk serta pelarian Palestin berlindung di kem sementara.
Ia merupakan satu lagi cubaan justifikasi oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang ingin menghapuskan saki baki pejuang Hamas.
Lalu, Bella terus-menerus melaungkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan menuntut keharmonian dalam kalangan mereka. Selain berharap agar kuasa dunia tidak berdiam diri, Bella bertegas menentang kekejaman yang berlaku di sana sekarang.
Dalam hantaran baharu sempena Hari Kekasih semalam, Bella seakan meneruskan tradisi dengan memuat naik poster berbunyi, “Will you free my Palestine” (Adakah anda akan membebaskan Palestin saya) dengan kapsyen, “Every year” (Setiap tahun).
Ini setelah Bella dan beberapa lagi personaliti popular seperti penyanyi, Dua Lipa diugut bunuh dalam lirik sebuah lagu ciptaan rapper Israel, Ness dan Stilla baru-baru ini.
Lagu berjudul Harbu Darbu itu meledakkan kontroversi setelah liriknya mengandungi ‘senarai mangsa bunuh’ yang dikaitkan dengan Hasbullah dan Hamas; termasuklah nama Bella dan Dua Lipa. Ia sekaligus menarik perhatian ramai pendengar untuk menonton video rasmi lagu tersebut di YouTube sehingga ia mencecah 18 juta tontonan buat masa ini.
Berikut adalah petikan lirik lagu berkenaan:
Every dog gets what he deserves in the end Haniyeh Every dog gets what he deserves in the end Abu Baqlawa Every dog gets what he deserves in the end Bella Hadid, Dua Lipa, Mia Khalifa Every dog gets what he deserves in the end
Model berketinggian 1.75m itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lagu terbabit dan memfokuskan diri pada kerjaya, keluarga dan sokongannya terhadap negara Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui pereka fesyen Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie pada akhir tahun 2021 telah dilantik sebagai Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia. Justeru sebagai pembukaan kepada koleksi yang dihasilkan oleh beliau dan pasukan Cheetah, sebuah pertunjukan fesyen berskala mega telahpun dilangsungkan pada bulan Mac lalu melibatkan sebuah gelanggang tenis yang dibina khas sebagai ‘comeback’ Cheetah di pentas peragaan Malaysia.
Kini, satu lagi bentuk penghargaan telah diserahkan kepada Jovian. Beliau telahpun dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif baharu pengeluar pakaian dalam, Caely Holdings dan perlantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan Jovian ini dibuat seminggu selepas beliau melancarkan cawangan keempat Jovian Selcare Pharmacy yang merupakan usaha sama antara Jovian Pharma Sdn Bhd dan Selcare Pharmacy di Kompleks PKNS Shah Alam.
Selain perlantikan Jovian, Caely Holdings turut mengumumkan pelantikan peguam Sandraruben Neelamagham Sandraruben (felo di The Chartered Institute of Arbitrators atau CIArb serta Malaysia Institute of Arbitrators atau MIArb) sebagai Pengarah bebas baharunya; juga pada hari ini.
Murah rezeki menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ini kan.
Untuk pengetahuan korang, Jovian turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di HEYHO Sdn Bhd yang menghasilkan pelbagai hidangan sedia untuk dimakan dan Dapur Mandagie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajal maut di tangan NYA, belum habis dengan isu masalah berkaitan syarikat penghantar makanan Foodpanda dengan para penunggang yang bekerja di syarikat itu.
Seorang rider motorsikal penghantar makanan Foodpanda maut selepas terbabit dalam kemalangan di Seksyen 20, Shah Alam petang semalam.
Lebih menyedihkan dan sadis, kemalangan maut yang melibatkan arwah Muhd Fadhil Asbullah yang berusia 20 tahun ini dilanggar dan dirempuh dari belakang ketika sedang bertugas menghantar makanan. Menurut rakannya mangsa merupakan seorang yang baik dan pendiam di dalam kelas.
Menurut pengguna yang menggunakan namaNur Irdina Nurazidinn melalui Page Negeri Sembilan Kini agar menghargai pengorbanan rider-rider ini dan jangan memandang rendah dengan perkerjaan mereka. Nur Irdina juga merupakan rakan sekelas mangsa kemalangan maut ini.
“Alfatihah untuk classmate saya . Muhd Fadhil Asbullah . Dia ni memang baik . Pendiam dalam kelas . Excident petang tadi dekat sek19/20 . Bawa foodpanda kena rempuh dari belakang ..
Info lanjut ..
اناللهواناليهراجعون
Kemalangan maut melibatkan penunggang motor food panda di ss 20 S Alam. Memang ajal maut di tgn Allah ttp sememangnya aku sangat tak sampai hati tgk rider2 food panda/ pizza dll. Sbbtu..bila order je..mesti aku lebihkan duit utk mrk. Nampak berserinya muka adik2 tu wpun hanya rm3/5 lebihan. Tak kesahlah mrk Muslim atau tidak. Rasa kemanusiaan itu melangkaui perbezaan agama, bangsa dan budaya.
Sedar tak? Kita tak tahu doa siapa yg boleh tembus ke arasyh Allah. Mungkin hanya dgn rm2 yg penuh rasa keikhlasan itu..ditambah dgn bunga2 keseronokan si penerima td menerima tips…ia dpt “menyentuh rahim” Allah.RM2 mungkin tk bernilai pd kita ttp amat bernilai buat mrk.
Budak2 rider ni ada juga di kalangan yg ada degree. Begitu susahnya utk hidup sekarang. Syabas kpd adik2 ini yg berusaha gigih utk dapatkan rezki yg halal. Sudah tentu ada di kalangan mrk yg bantu ibu bapa/ adik2 bersekolah/ utk memastikan anak bini dpt makan. Betapa pilu pula andai pintu rumah dibuka riang menunggu papanya pulang ttp polis yg datang memaklumkan satu kehilanganyg tak mungkin pulang.
Ya…maybe ada segelintir mrk yg tak berapa jaga keselamatan..bawa laju dsbnya, ttp..kita pemandu yg lain…sama2lah berhati2. Kasihani dan hormatlah mrk wpun kita di dlm kereta besar yg tak kena panas dan hujan.
Buat adik2 rider yg membantu kami mengenyangkan perut yg lapar… berhati2lah sentiasa ye. Alangkah pilu rasa hati seandai melihat makanan yg bertaburan bersama arwah. Semoga arwah sentiasa dlm rahmat Allah di hari penuh barokah ini. Melihat mereka…sentiasa teringat anak2ku jua yg semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, menerusi posting yang dibuat pengguna tersebut, beliau sempat menasihati semua rider Foodpanda supaya berhati-hati di jalanraya.
Apapun Remaja mengucapkan takziah buat keluarga mangsa dan Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah mendapat pembelaan yang sepatutnya.
Sumber Nur Irdina Nurazidinn
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!