Ramai menganggap melamun atau zoning out sebagai tanda seseorang kurang fokus, bosan, atau tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling. Namun, kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) mendedahkan bahawa fenomena ini sebenarnya jauh lebih kompleks dan mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu otak pulih ketika melamun.
Otak ‘Cuci Diri’ Ketika Melamun
Kajian yang dijalankan oleh saintis MIT menggunakan dua teknologi terkini iaitu electroencephalogram (EEG) dan functional magnetic resonance imaging (fMRI) untuk mengesan aktiviti otak ketika seseorang sedang melamun.
Hasilnya mendapati bahawa ketika minda kita ‘melayang’, berlaku gelombang cecair cerebrospinal (CSF) yang mengalir keluar dan masuk ke dalam otak dalam masa satu hingga dua saat.
Ads
Fenomena ini mirip dengan proses yang berlaku semasa tidur nyenyak, di mana otak sedang ‘membersihkan’ sisa bahan buangan dan toksin yang terkumpul sepanjang hari. Menurut pakar neurosains MIT, Dr. Laura Lewis, ini membuktikan bahawa ketika seseorang kekurangan tidur, otak cuba meniru keadaan tidur untuk melakukan proses pemulihan dalaman.
“Gelombang CSF ini muncul walaupun individu masih terjaga. Ia memberi petanda bahawa otak pulih ketika melamun seperti komputer yang menjalankan fungsi ‘refresh’ di latar belakang,” jelas Dr. Laura.
Bila Melamun Jadi Tanda Otak ‘Reboot’
Dalam kajian itu juga, para peserta diuji dalam dua keadaan berbeza selepas tidur yang cukup dan selepas tidak tidur langsung. Keputusannya, mereka yang kurang tidur menunjukkan penurunan prestasi kognitif dan lebih kerap melamun.
Ini menunjukkan bahawa melamun ialah cara otak melakukan ‘microsleep’, iaitu tempoh rehat sangat singkat yang membantu otak menstabilkan semula tenaga dan fokus.
Ads
Ketua penyelidik, Zinong Yang, menjelaskan bahawa sistem CSF ini membantu otak beralih antara dua keadaan penting: fokus tinggi dan aliran cecair pemulihan tinggi. Apabila otak penat atau kekurangan tidur, proses otak pulih ketika melamun menjadi refleks semula jadi untuk mengimbangi tekanan mental.
“Otak yang letih cuba meniru proses tidur walaupun hanya beberapa saat, inilah cara ia memulihkan semula fungsi kognitif yang terganggu,” katanya.
Tidur Cukup, Otak Lebih Sihat
Walaupun melamun mempunyai manfaat, terlalu kerap berlaku boleh menjadi tanda otak tidak mendapat rehat mencukupi. Kajian ini menunjukkan bahawa tidur bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi juga asas penting untuk menjaga fungsi otak, emosi, dan tumpuan. Kekurangan tidur bukan sahaja mengganggu fokus, malah boleh meningkatkan risiko penyakit serius seperti kemurungan, tekanan darah tinggi dan Alzheimer.
Ads
Jadi, jika kamu kerap melamun ketika belajar atau bekerja, jangan cepat menghukum diri. Mungkin otak sedang pulih ketika melamun untuk berfungsi semula dengan lebih baik. Namun, pastikan juga kamu mendapatkan tidur yang cukup setiap malam agar otak tidak perlu ‘meminta tolong’ di waktu siang.
Masya Allah..itu lah satu ungkapan yang boleh diucap dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ketika ini.
Sebagaimana kita tahu hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Tiada siapa tahu pengakhiran hidup seseorang itu. Sebagaimana kita tahu, baru-baru ini Ebit Lew ada pergi ke Sabah dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
Terbaru menerusi perkongsian di Laman sosialnya Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira dan sedih apabila dapat membantu suku Bajau Laut memeluk Islam seperti ditulis di laman FBnya.
Alhamdulillah, seramai 157 orang telah mengucap syahadah sekaligus memeluk Islam. Besar sungguh usaha dakwah Ustaz Ebit Lew sehingga mampu menarik minat suku kaum itu.
Dikala kita dikejar oleh arus kemodenan dan teknologi namun masih ada lagi mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.
Untuk pengetahun korang, kaum Bajau Laut ini sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara. Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.
Sumber : Ustaz Ebit Lew, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.
Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.
Pasangan sama cantik dan sama padan, Atta dan Aurel.
Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.
Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.
.
.
.
.
.
Hasil wang kutipan derma ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan, selain itu ia juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi menampung rawatan warga Palestin yang tercedera. Dalam nota mesej itu lagi, kutipan ini juga bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti hospital dan tempat ibadah yang telah terkesan akibat serangan tentera rejim Zionis.
Waktu kutipan derma ini masih lagi berbaki selama 7 hari dan setakat ini telah berjaya melepasi sasaran RP 2 miliyar yang diletakkan pada permulaan. Semoga usaha Atta dan kemurahan hati para penderma untuk membantu warga Palestin ini diberkati Allah SWT.
Dianggarkan seramai 32.66 juta jumlah penduduk Malaysia pada suku kedua 2021, meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding suku kedua tahun 2020 (32.58 juta).
Menurut Harian Metro, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.96 juta orang (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta orang (8.2 peratus) bukan warganegara.
Jelasnya, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua tahun ini.
Penurunan ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik COVID-19.
Data penduduk yang diperoleh itu berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2010, pertambahan semula jadi kelahiran dan kematian serta migrasi bersih sebelum disemak semula selepas hasil dapatan Banci Malaysia 2020 dibuat.
Melalui hasil bancian tersebut, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh sama. Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk.
Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun kedua ini ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti oleh Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). Manakala, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 0.3 dan 0.4 peratus.
Sebanyak 3,898 kematian pada tempoh itu disebabkan oleh covid-19, meningkat daripada 78 kematian pada suku kedua 2020. Data juga menunjukkan kematian tertinggi disebabkan covid-19 direkodkan oleh kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun, dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236 manakala rekod terendah dicatatkan Putrajaya dengan empat kematian sahaja disebabkan wabak itu.
Sebagai generasi muda, korang juga perlu mengambil tahu tentang populasi masyarakat di Malaysia jika tidak mahu menjadi individu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Info-info seperti ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan korang.
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.