Ramai menganggap melamun atau zoning out sebagai tanda seseorang kurang fokus, bosan, atau tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling. Namun, kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) mendedahkan bahawa fenomena ini sebenarnya jauh lebih kompleks dan mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu otak pulih ketika melamun.
Otak ‘Cuci Diri’ Ketika Melamun
Kajian yang dijalankan oleh saintis MIT menggunakan dua teknologi terkini iaitu electroencephalogram (EEG) dan functional magnetic resonance imaging (fMRI) untuk mengesan aktiviti otak ketika seseorang sedang melamun.
Hasilnya mendapati bahawa ketika minda kita ‘melayang’, berlaku gelombang cecair cerebrospinal (CSF) yang mengalir keluar dan masuk ke dalam otak dalam masa satu hingga dua saat.
Ads
Fenomena ini mirip dengan proses yang berlaku semasa tidur nyenyak, di mana otak sedang ‘membersihkan’ sisa bahan buangan dan toksin yang terkumpul sepanjang hari. Menurut pakar neurosains MIT, Dr. Laura Lewis, ini membuktikan bahawa ketika seseorang kekurangan tidur, otak cuba meniru keadaan tidur untuk melakukan proses pemulihan dalaman.
“Gelombang CSF ini muncul walaupun individu masih terjaga. Ia memberi petanda bahawa otak pulih ketika melamun seperti komputer yang menjalankan fungsi ‘refresh’ di latar belakang,” jelas Dr. Laura.
Bila Melamun Jadi Tanda Otak ‘Reboot’
Dalam kajian itu juga, para peserta diuji dalam dua keadaan berbeza selepas tidur yang cukup dan selepas tidak tidur langsung. Keputusannya, mereka yang kurang tidur menunjukkan penurunan prestasi kognitif dan lebih kerap melamun.
Ini menunjukkan bahawa melamun ialah cara otak melakukan ‘microsleep’, iaitu tempoh rehat sangat singkat yang membantu otak menstabilkan semula tenaga dan fokus.
Ads
Ketua penyelidik, Zinong Yang, menjelaskan bahawa sistem CSF ini membantu otak beralih antara dua keadaan penting: fokus tinggi dan aliran cecair pemulihan tinggi. Apabila otak penat atau kekurangan tidur, proses otak pulih ketika melamun menjadi refleks semula jadi untuk mengimbangi tekanan mental.
“Otak yang letih cuba meniru proses tidur walaupun hanya beberapa saat, inilah cara ia memulihkan semula fungsi kognitif yang terganggu,” katanya.
Tidur Cukup, Otak Lebih Sihat
Walaupun melamun mempunyai manfaat, terlalu kerap berlaku boleh menjadi tanda otak tidak mendapat rehat mencukupi. Kajian ini menunjukkan bahawa tidur bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi juga asas penting untuk menjaga fungsi otak, emosi, dan tumpuan. Kekurangan tidur bukan sahaja mengganggu fokus, malah boleh meningkatkan risiko penyakit serius seperti kemurungan, tekanan darah tinggi dan Alzheimer.
Ads
Jadi, jika kamu kerap melamun ketika belajar atau bekerja, jangan cepat menghukum diri. Mungkin otak sedang pulih ketika melamun untuk berfungsi semula dengan lebih baik. Namun, pastikan juga kamu mendapatkan tidur yang cukup setiap malam agar otak tidak perlu ‘meminta tolong’ di waktu siang.
Baru-baru ini, Pegawai Kadet Muhammad As’ad Najmuddin dari Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, meraih perhatian ramai apabila berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama tujuh bulan di salah sebuah institusi paling berprestij di dunia, Royal Air Force College Cranwell, United Kingdom.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia, As’ad telah mengikuti kursus Modular Initial Officer Training Course No 33 yang berlangsung dari 2 September 2024 sehingga 3 April 2025.
“Sepanjang tempoh latihan, Pegawai Kadet Muhammad As’ad telah menjalani pelbagai modul yang menguji ketahanan mental, fizikal dan kepimpinan beliau dalam menghadapi cabaran di dunia ketenteraan yang penuh dinamik,” tulis perkongsian tersebut.
Sumber: Facebook TUDM
Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, namun dengan dedikasi dan semangat juang tinggi As’ad berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang selaras keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti.
Dalam pada itu, majlis perbarisan tamat latihan yang cukup berprestij itu juga disempurnakan oleh Air-Vice Marshall Townsend, Air Officer Commanding No 22 Group of the Royal Air Force dan beliau sendiri beri penghormatan atas pencapaian hebat As’ad.
Sumber: Facebook TUDM
“Kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah”
“Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin mencabar,” jelas perkongsian itu lagi.
Sementara itu, latihan ini turut menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam karier ketenteraan beliau serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengejar impian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah sampai ATM, kad pula tak bawa…jangan stress. Chill-chill je, setiap masalah tu kan pasti ada jalan keluar. Di zaman internet dihujung jari ni, tiada yang mustahil.
Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad. Caranya mungkin agak susah sikit tapi kalau inilah satu-satunya jalan keluar untuk anda memperoleh wang, why not kan?
Tapi nak diingatkan, perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank yang ada Mybank2u je tau.
So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad perkongsian daripada seorang wanita ini menerusi laman TikToknya.
1. Masuk di Maybank2u
2. Klik pada simbol mobile di bawah hujung.
3. Klik pada cardless ATM withdrawal
4. Letak nombor telefon
5. Pilih amaun yang nak dikeluarkan
6. Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
Kalau dalam keadaan kecemasan tip ni rasanya sangat berguna. Dan bolehlah keluarkan duit. Mudahkan. Lepas ni tak perlulah risau lagi kalau terlupa bawa kad bank bila nak keluarkan duit. Ikut je tips ni, mesti korang takkan menyesal.
Tapi pastikan dekat ATM tu tak ada ramai yang beratur dibelakang. Kalau tak mahu orang kena jeling sebab lama sangat depat mesin ATM tu.
Setelah berbulan lamanya polemik politik di Malaysia berterusan, akhirnya pada hari ini keseluruhan Jemaah Menteri yang baru dilantik telahpun menghadiri mesyuarat pertama mereka yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 10 pagi.
28 orang ahli politik berbilang parti dalam Kerajaan Perpaduan telah dilantik bagi mengisi Jemaah Menteri. Bagaimanapun pada mesyuarat pertama ini, ia gagal mendapatkan kehadiran penuh apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz tidak menghadirinya.
Ia berikutan keberadaannya kini di Abu Dhabi bagi menghadiri misi perdagangan di sana.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.
Memetik laporan Berita Harian, Tengku Zafrul tidak berada di negara Qatar seperti yang didakwa oleh beberapa laporan media pada tengah hari tadi.
Dek laporan-laporan itu, warganet telah mencemuh Tengku Zafrul kerana mempercayai beliau berada di Qatar atas urusan peribadi untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Untuk pengetahuan, barisan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim terdiri daripada dua orang Timbalan Perdana Menteri dan 28 orang menteri seperti yang diumumkan pada hari Jumaat, minggu lalu.
Beberapa pemilihan tersebut telah menerima pujian dan kritikan.
Dalam pada pemilihan lima daripada 28 orang menteri dalam kalangan wanita telah menerima pujian, Anwar Ibrahim tidak terlepas daripada dikritik rakyat dan beberapa bekas menteri senior termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz disebabkan perlantikan Tengku Zafrul yang tidak mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu serta perlantikan ahli politik yang masih diselubungi kes mahkamah seperti Datuk Seri Zahid Hamidi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!