Sebentar tadi telah diumumkan senarai menteri kabinet yang akan berada dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebanyak 28 kementerian telah diumumkan dengan Perdana Menteri sendiri akan menyandang portfolio sebagai Menteri Kewangan.
Namun yang menarik perhatian REMAJA adalah mengenai pelantikan lima figura wanita hebat yang bakal menerajui lima kementerian masing-masing. Jom kita lihat siapakah mereka dan kementerian manakah yang bakal mereka terajui.
HANNAH YEOH
Penulis dapat rasakan yang ramai terkejut apabila nama beliau tidak tersenarai sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berdasarkan kerja yang cemerlang pernah dilakukan sebelum ini, ahli parlimen Segambut ini wajar diberikan jawatan Menteri. Akhirnya di penghujung pengumuman tadi, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ini merupakan kali kedua seorang wanita memegang jawatan ini. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia.
DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID
Ads
Ahli politik verteran ini sememangnya seorang yang lantang bersuara. Beliau memiliki latar pendidikan dalam jurusan pentadbiran awam dari Universiti Teknologi MARA dan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan London School of Economics and Political Science. Kini sesuai dengan pendidikannya, Azalina dilantik sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi. Beliau yang merupakan ahli parlimen Pengerang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan.
DATUK SERI NANCY SHUKRI
Anak jati Sarawak ini bukanlah nama asing dalam dunia politik. Datuk Seri Nancy Shukri yang bernaung dibawah Parti Bersatu Sarawak telah diberikan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ahli parlimen Santubong ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Beliau mendapat pendidikan di UiTM dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam dan kemudiannya menyambung pengajian di University of Hull dalam jurusan Undang-Undang.
Ads
FADHLINA SIDDIQ
Merupakan kali pertama bertanding dan menang di parlimen Nibong Tebal pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu. Beliau yang memiliki latar belakang dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Sebelum ini beliau merupakan senator mewakili DUN Pulau Pinang ke parlimen Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Fadhlina merupakan anak kepada presiden ABIM yang pertama, Dr Siddiq Fadzil.
Dr Zaliha Mustafa merupakan seorang doktor perubatan yang merupakan graduan jurusan perubatan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat dengan kerajaan dan kemudiannya bekerja pula dengan klinik swasta. Kini beliau memiliki kliniknya sendiri yang terletak di Bandar Putra Kulai. Sesuai dengan latar pendidikannya, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Khairy Jamaludin. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli parlimen Sekijang di Johor Darul Takzim.
Selamat menjalankan tugas buat semua wanita-wanita hebat ini! Semoga berjaya memacu setiap kementerian dengan baik bagi memberikan manfaat kepada masyarakat secara khusus dan negara secara amnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam telah tular sebuah video kemalangan yang melibatkan kenderaan Myvi melanggar sebuah van. Khabarnya, pemandu Myvi itu ingin melarikan diri namun sempat ditahan oleh orang awam.
Menurut Berita Harian, polis telah menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Bandar Kinrara petang semalam.
Kejadian berlaku dalam pukul 2 petang melibatkan pemandu kereta berusia 26 tahun merempuh van dan Proton Waja telah mengakibatkan pemandu van cedera parah.
Pemandu Myvi itu seterusnya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah.
Namun begitu, pihak polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Suspek akan direman mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Setakat ini, butiran pemandu tersebut masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Pada usia yang masih muda, Lamine Yamal telah menunjukkan bakat yang luar biasa dan menjanjikan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
Terbaru, remaja berusia 17 tahun ini, dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dunia tahun ini setelah memenangkan Kopa Trophy 2024 berkat penampilannya yang gemilang bersama Barcelona dan team Sepanyol.
Penghargaan ini diberikan semalam, selepas Yamal berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama Barcelona dan memberikan sumbangan besar dalam kejayaan Sepanyol di Euro 2024.
Lamine Yamal
Yamal meraih trofi ini sebagai pemain terbaik di bawah usia 21 tahun, menggantikan pemenang tahun lalu, Jude Bellingham dari Real Madrid.
Dengan pencapaian ini, dia mengikuti jejak rakan sepasukannya di Barcelona, Gavi dan Pedri, yang juga pernah memenangi anugerah serupa, sementara Kylian Mbappe dan Matthijs de Ligt turut berada dalam kalangan pemenang terdahulu.
Yamal Turut Berada di Kedudukan 10 Teratas Ballon d’Or 2024
Selain merangkul anugerah Trofi Kopa 2024, Lamine Yamal juga berjaya mencatatkan namanya dalam 10 teratas Ballon d’Or 2024.
Beliau menamatkan persaingan di kedudukan ke-8 dan menjadi pemain Barcelona yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai 30 teratas Ballon d’Or 2024 kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti dinantikan. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.
Hari ini sekali lagi seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini berkongsi peristiwa ekuinoks yang akan berlaku pada minggu ini. Melaluinya, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari, membawa kepada peristiwa yang dinamakan ekuinoks. Untuk tahun ini, peristiwa berkenaan akan berlaku pada Rabu, 20 Mac 2024
Berikut lapan info perlu anda tahu kejadian alam yang unik dan menakjubkan ini:
Di Malaysia, peristiwa menarik ini akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks. Putrajaya dijangka akan mengalami “tengahari tanpa bayang” pada 27 Mac 2024 (Rabu), manakala Kuala Lumpur akan mengalaminya pada 28 Mac 2024 (Khamis).
Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.
Bagi kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia, dan Quito, Ecuador, akan mengalami fenomena yang lebih menarik iaitu waktu tengahari “tanpa bayang”.
Fenomena ini menarik perhatian ramai kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap individu, menyebabkan bayangan kepala dan badan jatuh ke tapak kaki, sehingga tercipta kesan seolah-olah tiada bayangan.
Kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara dari garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada hari ini.
Peristiwa ekuinoks bukan sahaja memikat para saintis dan peminat sains, tetapi juga menyentuh rasa ingin tahu dan kekaguman masyarakat umum terhadap keajaiban alam semesta. Hari ini juga dijangka keadaan akan menjadi lebih panas daripada biasa. Jadi, stay safe dan mohon cakna tahap dehidrasi diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...