Dengan kehadiran tahun baru, pastinya trend cantik akan berubah-ubah mengikut musim.
Kalau diimbas kembali, banyak trend 2017 yang kami suka seperti trend rambut messy bun seperti Dua Lipa, trend rambut buzz cut seperti Cara Delevigne dan trend pupur muka (facial mask) yang digilai ramai.
Namun, ada sesetengah trend yang – hhm – mungkin elok dilupakan je secepat mungkin.
1 Kening Berombak
Squiggle eyebrow ataupun wavy eyebrow. Ada yang menyamakannya dengan emoji ular dan ombak. Apa yang diperlukan untuk korang create kening sebegini adalah washable glue dan concealer.
Tapi tak perlu kot nak cuba lagi.
2 Bibir Lolipop
Trend bibir ini dimulakan oleh jenama terkenal MAC Cosmetics pada sebuah persembahan fesyen, Mac lalu.
Kami juga pernah mencuba teknik ini pada penghias cover isu April tahun ini, Raysha Rizrose. Guilty!
Sebenarnya, teknik solekan gincu ini tidaklah pelik sangat JIKA untuk tujuan photoshoot saja. Kalau ke shopping mall dengan bibir sebegini, memang semua menjelinglah jawabnya.
Ads
3 Kuku Fidget Spinner
Permainan fidget spinner diakui sebagai antara trend terhebat 2017. Namun, kalau ya pun dah obses dengan figdet spinner, perlu ke sampai dekat kuku pun nak letak satu?
4 Bibir Glitter
Ooh la la! Solekan bibir berkilat atau glitter lips bukanlah perkara baru. Ingat tak Madonna pada era 80-an. (Okay masing-masing belum lahir lagi pada masa itu)
Kami rasakan bibir berkilat akan kekal trendy pada tahun hadapan. Tetapi kalau boleh, janganlah gunakan warna yang pelik seperti biru, ungu dan emas. Stick to pink, red, coral and brown.
5 Kuku Berambut
Comel atau ngeri? Kami pun keliru sebenarnya.
Ads
Bukan setakat kuku diletakkan rambut ala Ju-On, ia lengkap dengan lukisan ekspresi muka berlainan.
Mungkin kuku boleh menggantikan emoji. Kalau moody, tunjukkan kuku moody. Kalau marah, tunjukkan jari tengah korang. Eh, jangan!
6 Trend Unicorn
Unicorn coloured hair actually looks pretty cool.
Tapi kalau dah dari rambut, solekan mata, bibir, baju T hingga kasut pun nak bermotifkan unicorn, hhm.. Rambut siap bertanduk lagi pula tu.
7 Leggings Berbulu
Ya! Kami pun suka memakai stokin di dalam rumah lebih-lebih lagi apabila hujan lebat pada waktu malam. Tetapi, janganlah sampai sarungkan stokin dan leggings berbulu walaupun fabrik berbulu boleh menghangatkan kaki.
Ads
8 Bulu Hidung
Obviously, trend mengarut ini hanya direka-reka oleh Instagrammers dan YouTubers untuk tujuan suka-suka. Tetapi tak bermaksud ia boleh terlepas daripada senarai trend terburuk 2017.
Caranya? Ambil 2-3 bulu mata palsu dan tampal menggunakan gam di bahagian dalam sebagai ‘penapis’ ekstra untuk hidung.
9 Mata Sembab
Orang lain sungguh-sungguh nak hilangkan eye bag, dia makin suka nak tambah.
Ketika foto perkahwinan pelakon Song Joong Ki dan Song Hye Kyo tersebar di internet tahun ini, semua pelik mengapa mata mereka kelihatan sembab.
Rupanya, ia hanyalah satu trend solekan popular di Korea Selatan agar mata kelihatan lebih besar daripada kebiasaan.
10 Kening Krismas
Teknik ini hanya ditujukan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang tebal dan panjang. Hanya bermodalkan washable glue dan manik, asingkan kening ke bahagian atas dan bawah serta lekatkan manik mengikut kesesuaian.
Kalau ya pun bersemangat untuk cuti, tak perlulah sehingga nak menjadi pokok krismas. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.
Foto: Weverse Jeonghan SEVENTEEN
Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.
Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.
Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu
Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah kenyataan pendek tetapi padat yang dinyatakan oleh Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, anak sulung kepada mantan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Instagram Story.
Kenyataan itu disertakan dengan tangkap layar perbualan grup WhatsApp ‘KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA’ milik bapanya. Ia memaparkan mesej daripada Ismail Sabri yang berbunyi, “Saya sedia dipecat… tetap tidak akan bersama PH (Pakatan Harapan)”.
Pendirian Ismail Sabri yang sanggup dipecat daripada parti dan gagasan Barisan Nasional (BN) itu mendapat respon positif daripada beberapa pemimpin parti UMNO seperti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan bekas ahli parlimen Pasir Salak serta Dato’ Yahaya Mat Ghani aka Dato’ Abbas yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu.
Rata-rata warganet menghormati integriti yang ditunjukkan oleh Ismail Sabri yangkekap dengan pendirian tidak bersetuju jika perlu bergabung tenaga dengan parti Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu pada sebelah pagi tadi, sentimen sama telah dilaungkan oleh bekas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein di Facebook. Beliau menolak kerjasama BN dengan PH dan rela dipecat daripada terpaksa menerima sebarang kerjasama dengan mereka.
“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.
Terdahulu, REMAJA melaporkan kenyataan Presiden MCA yang mengakui tidak terlibat dalam pertemuan tertutup antara ahli-ahli parlimen daripada BN dan PH di hotel sama yang dikunjunginya pada hari ini untuk pertemuan sesama ahli parlimen BN dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut tentang ‘midnight’ movie, rasa-rasanya semua di antara kita pernah merasai pengalaman menonton wayang pada tengah malam, bukan?
TAPI, tak semua yang pernah bermalam di dalam pawagam dari tengah malam sehingga ke awal pagi. Tengok wayang apa sampai enam jam tu?!
Sebilangan peserta kempen WONDA #StayStrong baru-baru ini telahpun menyahut cabaran untuk menonton tiga ke empat buah filem bergenre seram di pawagam MBO Atria, Petaling Jaya selama dua hari berturut-turut!
Tayangan yang bermula dari 11.30 tengah malam hingga ke 6.30 pagi itu telahpun dianjurkan oleh WONDA Coffee bagi melihat siapa yang kental dan sanggup bersengkang mata dengan menonton kesemua filem seram yang ditayangkan.
Syaratnya mudah sahaja, mereka perlu menonton tanpa menutup mata, tanpa menutup telinga, tanpa menutup muka dan perlu kekal berjaga sepanjang termpoh tersebut. Haa, jika mereka ditemui tertidur, serta-merta penyertaan penonton tersebut boleh terbatal!
Dengar seperti mustahil, tambahan pula waktu tayangannya bukan kaleng-kaleng. Waktu nak tidur tu!
Namun, segalanya membuahkan hasil dengan adanya stok minuman WONDA Coffee yang membolehkan mereka menahan rasa ngantuk (dan takut!) di pawagam tersebut.
Mereka yang berjaya bertahan sehingga ke minit terakhir itu akhirnya membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.
Terdahulu, kempen WONDA #StayStrong ini bertukar tular di media sosial akibat kelibat ‘makhluk menyeramkan’ yang dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur. Ada warganet yang mendakwa mereka terserempak dengan tiga kelibat misteri berdekatan KLCC dan di beberapa lagi ‘lokasi panas’ pada waktu malam.
Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada gimik kempen #WondaStayStrongChallenge ini untuk mengajak orang ramai menonton beberapa filem seram secara maraton bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 itu.
Menarik juga kan! Harapnya cabaran #WondaStayStrongChallenge ini akan dikembalikan semula pada bulan Oktober tahun ini sempena keraian pesta Halloween.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!