Itulah perumpaan yang tepat bagi menggambarkan kecemerlangan puteri kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam pengajian beliau di Qatar, baru-baru ini.
Nusaybah Maszlee telah membuktikan bahawa pelajar Malaysia juga mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa setelah dia menjadi pelajar Malaysia dan dari Asia Tenggara pertama yang menggondol enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown Qatar.
Selain mencatatkan CGPA 4.0, Nusaybah juga memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat dekan, tesis terbaik cemerlang dan anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Adakah Nusaybah juga akan mengikut jejak langkah Dr. Maszlee selepas ini dalam bidang politik? Haa, sama-sama kita nantikan.
Ads
FOTO: Twitter Dr. Rais Hussin
Apapun, kejayaannya ini telahpun diraikan oleh ramai pihak temasuklah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah di atas kejayaan ini.
“Ianya juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.
Ads
“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya, semalam.
Turut berbangga ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau memuat naik ciapan bagi menggalakkan lebih ramai remaja dan pelajar Malaysia untuk terus berusaha menggapai impian.
FOTO: Twitter Syed Saddiq
“Anak muda Malaysia terus mengejutkan saya dengan pencapaian luar biasa mereka. Dan mengenali @maszlee secara peribadi, saya tidak terkejut anak perempuannya juga salah seorang daripada anak-anak muda itu.
Ads
“Keluarga yang menitikberatkan pentingnya menimba ilmu dan amalkan membaca. Nusaybah ialah contoh bahawa rasa dahaga terhadap ilmu itu akan membawa anda ke tahap luar biasa. Tahniah Nusaybah!” ciapnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pasangan kembar yatim piatu menghadiahkan ijazah sarjana muda yang diterima buat nenek tersayang setelah beliau berkorban menghidupkan mereka sejak kehilangan ibu bapa.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda, (23) telah mengukir senyuman apabila akhirnya perjalanan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang penuh liku sampai ke akhirnya.
Kedua mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di Dengkil telah kehilangan bapa pada tahun 2006 disebabkan kemalangan jalan raya dan ibu telah pergi kira-kira tiga tahun selepas itu disebabkan kanser paru-paru.
Menurut S Yamuna, mereka sekali lagi diuji apabila datuk pula mengalami kemalangan jalan raya pada 2010 dan meninggal dunia. Selepas kejadian itu, dia dan kakaknya dibesarkan nenek dengan bergantung kepada bapa saudara dan bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).”
“Nenek, L Letchumy (70) merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan kembar itu telah menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-68 tempoh hari menjelaskan bahawa setiap cabaran yang dihadapi dalam hidup sama sekali tidak membuatkan diri mahu berputus asa mengejar impian menjadi akauntan.
Tambah mereka lagi, kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hadiah buat nenek yang sudah banyak berkorban buat mereka sejak kecil serta mengakui bahawa kejayaan diperoleh adalah berkat sokongan nenek dan abang yang tidak berbelah bahagi.
Difahamkan, abang mereka, Dr. Shatesh Kumar Sangar juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan menjadi salah satu inspirasi kepada pasangan kembar berkenaan dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, yang baru berusia 10 tahun tetapi sudah menunjukkan jiwa besar apabila berhasrat mahu menghadiahkan sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Momen bangga seorang ibu, tak sangka Hayla kecil-kecil dah berjiwa besar. Sayang, semoga membesar jadi anak yang baik ya,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Dalam video yang dimuat naik, Hayla menjelaskan niatnya untuk menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diterima daripada Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel, bagi membeli televisyen tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Hayla turut merancang untuk menggunakan baki wang tersebut bagi membeli makanan buat anak-anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV.
“Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” katanya.
Terdahulu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Hayla menerima hadiah istimewa berupa wang tunai RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya.
Kanak-kanak itu bagaimanapun menegaskan wang tersebut akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di mana ada kemahuan, pastinya ada jalan untuk korang.
Tanpa sebarang latar belakang dalam bidang perakaunan, remaja Malaysia berusia 18 tahun, Hakeem Mohammad Akmal telah mencatatkan skor sempurna 100% untuk kertas FA1 Recording Financial Transaction selepas mengambilnya bagi sesi Julai-Disember 2019.
Secara tak langsung, Haqeem mencipta sejarah dunia apabila menjadi pelajar pertama yang berbuat sedemikian dan berada di tempat pertama subjek berkenaan.
Selepas cemerlang dengan keputusan cemerlang 9A ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, Haqeem mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT) di Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di sekolah menengah. Namun saya putuskan untuk tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
"Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Rakan dan tenaga pengajar juga tidak kisah membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya," katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Ingin Teruskan di UiTM
Menerusi kejayaan ini, Haqeem menerima anugerah kurniaan badan profesional perakauanan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari United Kingdom.
Buat masa ini, Haqeem sedang merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM menerusi ACCA kerana jurusan itu membuka peluang pekerjaan luas walaupun agak mencabar.
"Saya perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk masa hadapan.
"Saya masih keluar menonton wayang dan bersukan juga, tetapi saya selalu letakkan had agar tidak leka. Kena pandai control.
"Selain itu, saya juga kelilingi dengan orang yang positif dan rajin, itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. InsyaAllah."
UiTM turut memuat naik ucapan tahniah kepada Haqeem sebelum berita ini tersebar.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...