Antara kepingan nota yang ditulis suspek kes tikam.

Negara masih belum pulih daripada kejutan tragedi berdarah di sebuah sekolah di Bandar Utama apabila polis mengesahkan penemuan satu nota dipercayai ditulis oleh suspek berusia 14 tahun. Nota itu mengandungi ayat yang menyentap hati ramai: “Dunia ni palsu. Saya sudah menang.”

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, surat tersebut ditemui ketika tangkapan dilakukan terhadap suspek, bukan di lokasi kejadian seperti yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan bahawa nota itu kini berada dalam siasatan pihak pegawai penyiasat.

“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas (lokasi pembunuhan). Ia sedang disiasat oleh pegawai penyiasat,” katanya pada sidang media hari ini.

Lapor Kosmo Online, setakat ini, pihak polis telah merekodkan 57 keterangan termasuk daripada pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah. Siasatan juga melibatkan rakaman CCTV dan penilaian latar belakang kedua-dua pihak iaitu mangsa dan suspek.

Nota “Dunia Ni Palsu, Saya Sudah Menang” – Tragedi Remaja Bandar Utama Undang Peringatan Besar

“Siasatan pada peringkat ini mendapati tiada unsur buli terlibat,” tambah beliau sambil menyeru agar masyarakat dan pihak sekolah bekerjasama memastikan keselamatan pelajar sentiasa terpelihara.

Ads

Nota Misteri Yang Buka Seribu Persoalan

Ayat “Dunia ni palsu. Saya sudah menang” menimbulkan pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen. Ada yang melihatnya sebagai luahan jiwa yang tertekan, ada pula menganggapnya tanda kehilangan arah dan realiti yang terganggu.

Apa pun tafsirannya, mesej ini membawa satu peringatan besar — tekanan emosi dalam kalangan remaja kini semakin serius. Dunia digital, tekanan akademik, dan kesunyian sosial boleh membuatkan jiwa muda terperangkap dalam dunia sendiri tanpa jalan keluar.

Ads

Remaja Perlukan Telinga Yang Mendengar

Kes tragedi remaja Bandar Utama ini bukan sekadar kisah jenayah. Ia adalah cerminan kepada keperluan mendesak untuk memberi ruang kepada anak muda meluahkan isi hati tanpa takut dihakimi. Kadangkala, satu perbualan kecil atau perhatian tulus daripada ibu bapa, guru, atau rakan boleh menyelamatkan seseorang daripada kegelapan emosi.

Tragedi ini harus dijadikan pengajaran. Jangan biarkan kata-kata seperti “dunia ini palsu” menjadi jeritan terakhir anak muda yang tidak sempat diselamatkan.

Ads

Mereka bukan perlukan dunia yang sempurna — cukup dengan dunia yang mendengar, memahami dan tidak mengabaikan.

BACA LAGI : Bapa Suspek Kes Bunuh Pelajar Bandar Utama Luah Penyesalan Mendalam

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads