“Kalau aku terjun, masih ada orang sayang aku?” – itulah kata-kata terakhir yang dikaitkan dengan seorang remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina (bukan nama sebenar), yang kini menjadi bualan hangat selepas prosiding inkues mendedahkan sisi gelap emosinya.
Luahan ringkas ini cukup menggoncang hati ramai. Ia bukan sekadar ayat kosong, tetapi isyarat betapa beratnya tekanan emosi yang sedang ditanggung oleh seorang remaja yang masih terlalu muda.
Kisah Zara Qairina Dalam Inkues
Dalam prosiding mahkamah, dua pelajar tampil memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar arwah mengajukan soalan-soalan hipotesis yang menyentuh hati. Antaranya: “Kalau saya terjun dari sini, apakah rasanya? Masih ada orang sayang saya?”
Peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa arwah pernah melontarkan lebih daripada 10 kenyataan seumpama itu. Walaupun catatan diari yang dikaitkan dengan arwah belum disahkan oleh Mahkamah Koroner, seorang saksi menyatakan tulisan tersebut memang menyerupai tulisan Zara.
Dalam catatan itu juga terdapat luahan yang pedih: “Ya Allah, kenapa aku dibenci?” dan “Kenapa aku tidak disukai?” – ayat yang cukup memberi gambaran jelas tentang perasaan terasing, sunyi dan tidak dihargai.
Ads
Seorang saksi lain pula mendakwa dua hari sebelum kejadian, Zara pernah dimarahi ibunya. Malah, ketika dihantar semula ke sekolah, salam yang diberi kelihatan seolah tidak ikhlas – seakan ada ketegangan emosi yang masih membekas.
Walaupun begitu, peguam menegaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai punca kematian arwah kerana ramai lagi saksi dijangka tampil memberi keterangan.
Ads
Tekanan Emosi Remaja Itu Real
Kisah Zara Qairina membuka mata kita bahawa tekanan emosi remaja adalah isu serius. Ramai anak muda hari ini kelihatan ceria di luar, tetapi di dalam hati mereka penuh luka. Buli siber, rasa tidak diterima, tekanan pelajaran, masalah keluarga – semuanya boleh jadi punca.
Bagi remaja di luar sana, jangan pendam sorang-sorang. Kalau rasa down, tertekan, atau pernah terlintas nak cederakan diri, luahkan pada orang yang dipercayai – sama ada kawan baik, guru kaunselor, atau ahli keluarga. Percayalah, ada orang yang sayangkan kita walaupun kita rasa sebaliknya.
5 Cara Remaja Boleh Jaga Mental Health
Berani bersuara – jangan simpan masalah sendiri. Cari tempat selamat untuk bercerita.
Circle positif – pilih kawan yang sokong kita, bukan yang buat kita rasa lagi tertekan.
Self-care rutin – tidur cukup, jaga makan, bersenam ringan. Semua ini bantu mood lebih stabil.
Hadkan media sosial – jangan terlalu bandingkan hidup dengan orang lain.
Dapatkan bantuan profesional – kalau rasa tak mampu lawan sendiri, jumpa kaunselor atau pakar.
Bantuan Sentiasa Ada
Kalau korang atau orang sekeliling rasa terlalu tertekan, hubungi:
Ads
Talian Kasih 15999
Befrienders 03-7627 2929
Minta bantuan bukan tanda lemah, tapi tanda kita sayangkan diri sendiri.
Kisah Zara Qairina ini bukan sekadar tragedi, tapi satu wake-up call buat semua. Setiap remaja berhak rasa disayangi, dihargai dan diterima. Hidup ini memang ada turun naik, tapi percayalah, dunia masih perlukan kita.
Tidak dinafikan perniagaan makanan sentiasa mendapat permintaan ramai kerana rakyat Malaysia sememangnya suka mencuba menu baharu yang dijual.
Sebelum ini, kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven telah pun meluaskan lagi perniagaan mereka dengan menjual pelbagai seleksi makanan ‘easy to eat’ dan terbaharu, jenama minuman boba terkenal, Tealive telah melancarkan stor berkonsep baharu atau Tealive Plus di Pavilion Kuala Lumpur.
Khabarnya, Tealive Plus ini menawarkan seleksi makanan dan minuman ekslusif yang tidak ditawarkan dimana-mana rangkaian cawangan mereka yang lain. Tealive Plus memberikan tawaran lebih menarik dengan bahan premium bagi memenuhi permintaan di lokasi eksklusif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, syarikat itu merancang untuk membuka 10 lagi stor berkonsep baharu ini di pusat bandar Kuala Lumpur termasuklah di Bangsar dan Mont Kiara. Secara keseluruhan, Tealive kini mempunyai lebih daripada 700 stor di seluruh Malaysia. Setakat ini, Tealive telah bertapak di Australia, Brunei, Myanmar, Filipina, United Kingdom, Vietnam dan Kemboja.
Untuk info, sebelum ini jenama aiskrim Wall’s telah pun berkolaborasi dengan Tealive dalam menghasilkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Ia diperbuat dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal, aiskrim ini direka khusus bagi memberikan pengalaman baru keapda minuman yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vietnamese rolls menjadi antara makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan ‘diet’ bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Mungkin korang dah tahu jika Vietnamese rolls ini dijual di pasaran, harganya agak mahal juga. Sebenarya kalau nak buat sendiri pun boleh sahaja kerana bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah dicari. Cuma mungkin korang terfikir untuk menyediakan sos pencicahnya agak renyah.
Nah, tak perlu risau kerana kami akan berkongsikan satu resepi mudah untuk menyediakan Vietnamese rolls yang korang boleh buat sendiri di rumah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Syahr Musafir ini.
Bahan-bahan:
– Udang
– Crab stick
– Timun
– Lobak merah
– Suhun
– Rice paper
Bahan sos:
– Sos cili Thai
– Limau nipis
– Daun ketumbar
– Gula
– Garam
Cara menyediakan:
1. Cucukkan udang dan crab stick pada lidi sate supaya bila direbus nanti akan kekal terbentuk cantik
2. Rebus udang dan crab stick tersebut, jangan lama-lama nanti overcooked tak sedap
3. Rendamkan suhu dengan air panas. Kemudian, toskan dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu toskan semula
4. Hiriskan timun dan lobak merah
5. Basahkan rice paper dengan air, sekali lalu sahaja dan terus letak ke pinggan sedia untuk digulung
6. Letakkan suhun terlebih dahulu, kemudian udang dan crab stick, seterusnya timun serta lobak merah. Selepas itu, gulungkan dengan kemas
Cara menyediakan sos
Guna sos cili Thai, perahan limau nipis dan daun ketumbar sebagai bahan asas. Kacau dengan sedikit air bersama gula dan garam secukup rasa. Rasanya sama sahaja seperti yang dijual.
Senang sahaja kan?
Bolehlah cuba sendiri di rumah. Kami pasti kosnya juga jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar sana.
Sepanjang kira-kira lima hari yang lalu, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengambil peluang untuk menghabiskan masa berharga dengan anak tunggalnya, Khalish Aryan Faisal sempena cuti Hari Kebangsaan.
Namun, perkhabaran menyedihkan pula menunggunya pada hari ini apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap pemain tersebut.
Berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim sekitar jam 2.30 petang, sebutan kes berlangsung dengan lancar. Memetik laporan mStar yang meninjau di kawasan mahkamah berkenaan, sebutan kes pasangan itu tertera pada papan info jadual kes harian pada hari ini.
Terdahulu, Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey telah mengahwini Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil ikatan selama enam tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Nama Faisal menjadi perhatian setelah memenangi anugerah Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023.
Namanya sekali lagi menjadi tumpuan dunia pada tahun 2024, namun malangnya kali ini akibat insiden disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Akibat insiden terbabit, Faisal mengalami kecederaan parah sehingga memaksanya menjalani empat pembedahan pada wajah dan tubuhnya. Faisal kemudia bangkit membina semula kerjayanya dalam sukan bola sepak tempatan.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!