Baru-baru ini, jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia pada Selasa.
Berdasarkan kemaskini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Sementara itu, pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.
Ads
Nama Nor Farah terus mencuri perhatian selepas beliau berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lalu.
Ads
Pemain berusia 24 tahun ini juga turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.
Pada masa yang sama, Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki.
Ads
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budak-budak Twitter memang jarang hambar. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk menghiburkan netizen. Hiks!
Terbaru, mereka mengajar cara cakap Korea menerusi gambar. Memang kreatif. Bagi yang tidak pandai berbahasa Korea, mungkin ini cara paling mudah untuk korang belajar sedikit demi sedikit. Bolehlah setakat basic saja. Hehe!
Jom kita lihat antara bahasa mudah yang diajar oleh dak-dak Twitter ni.
1. Meanne
2. Kajja
3. Oppa
4. Saranghae
5. Yeoreobun
6. Eodie
7. Jinjja?
8. Araso
9. Ottoke
Ha amacam, power kan? Hiks!
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin baru bagi kita dan agak sedikit pelik bunyinya tapi sebenarnya Lembaga Zakat Selangor sudah memperkenalkan kadar bayaran mengikut harga beras ini sejak tahun 2018 lagi. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka tibalah masa umat Islam menunaikan tanggungjawab penting iaitu zakat fitrah.
Walau kadar sudah ditetapkan iaitu sebanyak RM7 bagi seorang individu tetapi golongan berkemampuan digalakkan membayar zakat lebih dari itu. Keputusan itu diambil bertepatan dengan kehendak hadis.
“Dalil ini disebut di dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari, Abu Said al-Khudri seorang sahabat nabi telah berkata bahawa mereka mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ makanan, mengikut apa yang mereka makan.”
Malah, hukum membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat. Dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya sekiranya :
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras
Kadar zakat fitrah mengikut harga beras turut mengambil kira jenis beras yang dimakan seperti beras tempatan, import, Basmati dan sebagainya.
Misalnya, individu hanya perlu membayar kadar fitrah umum RM7 seorang sekiranya beras yang dimakan adalah dari jenis Super Spesial Tempatan.
Manakala kadar fitrah yang dikenakan bagi mereka yang memakan beras jenis Basmati adalah sebanyak RM21 seorang.
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras untuk negeri Selangor boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Panduan Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Mengikut Harga Beras Yang Dimakan
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula kadar bayaran zakat fitrah ini dikira untuk ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar umum.
Berdasarkan jawapan soalan lazim di laman web LZS, sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7 atas sebab kesihatan, kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum (RM7).
Sementara itu bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan, mereka dibolehkan untuk membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7 dan seterusnya.
Hal ini seperti yang telah dipersetujui Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2017 yang menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah sebanyak RM7 seorang bagi tahun 2018.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan.
Selain itu, lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.
Bagi warga Selangor yang ingin membuat bayaran zakat fitrah melalui LZS, boleh klik pautaninidan tunaikan tanggungjawab anda sekarang.
Kongsi rezeki dengan zakat. Keberkatan rezeki, nikmat dikongsi. Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usia bukanlah penghalang bagi Ustazah Siti Zaharah Hamid apabila berjaya memperoleh kejayaan dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Islamiyyat, Universiti Islam Selangor pada usia 82 tahun.
Kisah kejayaan figura ini yang lebih selesa disapa ummi bukan sahaja tular di media sosial, malah memberi inspirasi buat golongan muda untuk menyambung pelajaran tanpa mengira usia.
“Latar belakang saya dari kecil memang dah merantau. Lain dengan adik-beradik lain. Sebab Ummi rasa seronok dan teringin sangat nak sambung belajar.
“Ketika beritahu mak ayah nak merantau, mereka benarkan sahaja sebab ada kakak sepupu di Kuala Lumpur. Ummi bujang sehingga sekarang, jadi rasa nak belajar tu sentiasa ada.
“Masa sambung PhD ini pun, Ummi paling berusia antara yang lain. Walaupun kecergasan tak sama macam orang muda, tapi sebab kehendak nak belajar itu tak terbatas, maka dapat juga Ummi habiskan,” katanya.
Dalam pada itu, Ummi berkongsi tiada petua lain yang diamalkannya untuk menguatkan ingatan bagi penghafalan selain mewajibkan bacaan al-Quran sebagai rutin harian.
Katanya, jika dirinya sudah berhenti mengkaji al-Quran atau tidak berinteraksi dengan orang lain sejak awal lagi, kemungkinan sudah nyanyuk pada usia lanjut sebegini.
“Belajar ini adalah tuntutan fardhu. Macam Ummi, tak ada harta lain-lain dah. Cuma ilmu ini sebagai bekalan nak bawa jumpa Allah. Jangan belajar sebab nak kejar KPI (petunjuk prestasi utama).
“Pada Ummi, tiada yang memotivasikan Umi selain Allah. Buat golongan muda di luar sana, perlu tahu matlamat kita belajar untuk apa. Ilmu ini kita belajar dan beramal untuk menjadi bekalan di akhirat nanti,” katanya,” ujarnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: K!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!