Rahsia untuk cantik itu bermula dengan rutin penjagaan kulit setiap pagi.
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan paduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Dengan amalkan rutin ini, insyaAllah korang mampu memiliki kulit idaman. Kami kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat lakukan pada setiap pagi.
1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari
Jika sudah amalkan rutin ini, tahniah! Korang berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit merengsa.
Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Sapu SPF Tanpa Gagal
Ads
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Jangan sesekali skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
3. Guna Produk Antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
4. Merawat Bintik Seperti Pro
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.
Ads
5. Pakai Produk Mekap Yang Betul
Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit kita. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan korang memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah. Boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh korang pakai.
Nota kaki: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan wajah terutamanya bagi wanita merupakan satu penjagaan yang sangat penting. Disebabkan itu jugalah antara produk kosmetik yang paling laris di pasaran ialah produk kecantikan dan rawatan wajah. Tapi sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah cantik, bukanlah bergantung kepada produk kecantikan semata-mata.
Sebenarnya, kulit wajah yang baik akan datang dengan sendiri bila seseorang memiliki kesihatan kulit yang baik. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik?
Say hi to healthy skin! Jom ikuti 5 tip mudah ini.
1. Mendapatkan kualiti tidur yang cukup
Tahu kenapa sleeping beauty kulitnya flawless? Sebab dia tidr lama ke? Just kidding! Bagi seorang remaja korang memerlukan waktu tidur dalam tempoh 6 ke 8 jam sehari. Jika waktu tidur pendek bukan hanya metabodilisme yang terganggu malah kulit wajah juga akan terkesan. Jadi dapatkan tidur yang mencukupi agar kulit wajah tidak kusam, lesu dan nampak kepenatan.
2. Kurangkan stres
Bila berbicara tentang kesihatan kulit, perkataan ‘stres’ pasti akan muncul. Body kita tidak akan menipu, percayalah. Jika seseorang itu stres ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan bada tetapi yang penting sekali pada wajah. Selain itu stres juga mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil apatah bagi seorang remaja yang hormonnya tengah memberontak laju.
3. Peredaran darah yang baik
Ini juga salah satu faktor yang berkait rapat dengan kesihatan kulit wajah. Jika kamu mempunyai peredaran darah yang baik, ia akan membawa oksigen mencukupi ke bahagian wajah. Ini sekali gus membantu sel-sel kulit untuk melakukan proses regenerasi. Selain itu, kulit wajah juga tidak akan kering dan nampak segar.
4. Minum air secukupnya
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air. Dan disebabkan itulah kita sering disuruh untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau kira-kira 2.5 liter. Dengan meminum air yang mencukupi maka metabodilisme dalam tubuh bekerja secara optima, kulit wajah pun terjaga.
5. Cuci muka setiap malam
Usah bayangkan melakukan rawatan kulit atau produk wajah yang mahal. Cukup dengan mencuci muka menggunakan produk pencuci muka sesuai degan jenis kulit wajah. Selain itu jangan lupa untuk menggunakan pelembab terutamanya di waktu malam bagi menggalakkan proses regenerasi kulit. Penggunaan mask juga boleh membantu kulit wajah lebih berseri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan semula pengacara program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad semalam pada episod kedua menjawab persoalan mengenai ‘kehilangannya’ pada episod minggu lepas.
Menurut Nabil, dia tidak berdepan dengan simptom Covid-19 seperti spekulasi netizen. Bagaimanapun, dia sedang menghidap angin pasang ataupun hernia dan keadaan itu memaksa Nabil untuk tidak hadir pada episod pertama GV7.
Selorohnya, “Hidup ini ibarat laut, ada masa surut ada masa pasang. Hari itu, ia pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia,” maklumnya kepada rakan media semalam.
Bagi yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan angin pasang atau hernia ini, ia sebenarnya sejenis penyakit yang 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.
Menurut laporan Dr Mohd Daud Che Yusof menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, jenis angin pasang yang paling kerap berlaku kepada lelaki adalah Inguinal Hernia yang berlaku di bahagian kelangkang.
Kira-kira 75 peratus kes angin pasang adalah daripada jenis ini.
Simptom yang selalu dihadapi oleh remaja lelaki adalah apabila ruang abdomen membonjol keluar daripada kawasannya. Bonjolan tersebut biasanya adalah sebahagian daripada usus dan tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh membran.
Itulah kandungan yang akan membentung kantung hernia dan ia tidak menonjol pada setiap masa. Kadangkala ia kelihatan, kadangkala ia tidak kelihatan. Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai angin pasang surut.
Mesti ramai di kalangan korang yang tertanya-tanya apakah punca utama angin pasang ini. Antara yang selalu dikesan oleh pakar adalah obesiti, kerap batuk, perlu meneran semasa membuang air kecil atau besar dan selalu mengangkat objek berat.
Bila bercakap mengenai soal simptom yang boleh dikesan oleh lelaki, ia sebenarnya berbeza bergantung kepada lelaki itu sendiri. Malah, tiada spesifikasi mengenai usia mangsa pun, walaupun statistik menunjukkan lelaki berusia lebih terdedah kepada angin pasang.
Namun, simptom yang paling jelas adalah apabila mucul bonjolan baru di bahagian kelangkan atau kawasan abdomen lain.
Bonjolan ini membuatkan seseorang itu merasa sedikit senak walaupun bonjolan tersebut tidak semestinya menyakitkan. Simptom-simptom lain bergantung kepada tahap kritikalnya angin pasang mereka. Ada pesakit yang boleh menghadapi demam malah muntah-muntah.
Selalunya, apa-apa jenis angin pasang ini tiada pilihan selain pembedahan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan komplikasi terbelit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak mahu memiliki bentuk tubuh yang ideal bukan? Namun harus diingatkan bahawa tubuh yang ideal bukanlah menjadi terlalu kurus, sebaliknya ukuran berat anda di dalam linkungan BMI (Indek Tubuh Normal) iaitu di antara 18.5 ke 24.9. Nak kurus bukan bererti harus menahan lapar sebaliknya jaga pola pemakanan dengan berhemah dan nikmati makanan yang memberikan nilai positif kepada tubuh.
Jangan Tidur Selepas Makan
Setiap kali selepas makan malam pasti anda akan berasa mengantuk dan terus tidur. Sebaiknya, makan tiga jam sebelum waktu tidur untuk mengelakkan kalori yang anda makan disimpan dalam bentuk lemak kerana tidak digunakan. Kalau boleh cuba amalkan makan malam sebelum jam 8 malam dan nikmati makanan yang tidak terlalu berat dan berkabohidrat tinggi.
Hati-Hati Menikmati Pencuci Mulut
Bukanlah tak boleh makan pencuci mulut seperti kek yang manis. Namun hadkan pengambilan kek dan kuih muih manis sebagai pencuci mulut bagi mengelakkan pertambahan kalori, mungkin boleh menikmatinya seminggu sekali dalam hidangan yang kecil. Sebaiknya gantikan dengan buah-buahan segar yang lebih berkhasiat.
Buah-buahan lebih bagus berbanding manisan seperti kek dan kuih. Kredit gambar : Jaya Grocer, The Starling
Peka Dengan Kandungan Makanan
Jangan malas untuk membaca label kandungan makanan yang anda beli. Dari situlah anda boleh tahu jumlah gula garam dan juga bahan kimia yang dicampurkan. Kadang-kadang produk makanan yang dilabel sebagai kurang manis sebenarnya mengandungi lebih banyak dari kandungan gula makanan yang tidak dilabel sebagai kurang manis. Hati-hati dengan kandungan makanan anda ya!
Minum Air Kosong Selalu
Sebelum menjamu selera, minum segelas air kosong. Tip ini membuatkan anda berasa lebih kenyang dan makan dalam portion yang lebih kecil. Pastikan anda minum lapan gelas air sehari untuk tubuh yang seihat terhidrat.
Air kosong lebih bagus berbanding air berperisa. Kredit gambar: Evian
5. Berhati-hati Dengan Jus. Bukan Semua Bagus.
Kebanyakan jus buah yang anda nikmati dan beli di restoran atau kedai sudah dicampur dengan gula yang banyak. Sebaik-baiknya nikmatilah jus buah tanpa gula berbanding telah diproses dan dicampur pelbagai jenis bahan. Kandungan vitamin dan mineral lebih terjamin.
***P/S – Kalau diet sahaja pun tak berkesan, kena bersenam juga. Biar keluar peluh demi kesihatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir Hatyai menyebabkan banyak lokasi pelancongan rosak dan operasi perniagaan terhenti. Pemulihan dijangka hingga akhir Januari. Pelancong disaran tangguh perjalanan demi keselamatan.