Dengan sekali lafaz sahaja, naib juara program Big Stage 2020; Muhammad Saiful Naim bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop telah menamatkan zaman bujangnya hari ini bersama pasangan pilihan, Nur Fatihah Md Hashim, 25 pada hari ini.
Majlis akad nikah yang dilangsungkan secara ringkas di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di Penaga, Pulau Pinang telah berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin dan dilangsungkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth iaitu Ustaz Haji Harun Idris.
Pihak pengantin lelaki telah menghulurkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang tangan serta tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang dari pihak pengantin perempuan.
Khabarnya juga, majlis resepsi pihak Nur Fatihah bakal diadakan pada malam ini. Manakala majlis resepsi pihak Usop pula dijadualkan berlangsung pada 13 Februari ini di Kulim Kedah.
Tidak ketinggalan juga ada yang terkejut apabila mendapat tahu Nur Fatihah berasal dari Malaysia. Disebabkan rupa parasnya yang menyerupai wanita berdarah kacukan, ada yang menyangka Usop telah memilih pasangan warga asing.
Untuk pengetahuan, Nur Fatihah yang mesra dengan panggilan Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sambil itu, Teha turut menjalankan pekerjaan sampingan iaitu dengan meniaga barangan kosmetik.
Usop dalam pada itu memohon agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan segala kebaikan kepada mereka sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada pasangan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih nama Aali Mateen untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan, pada Selasa minggu lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi lagu hit Temberang itu, dia ada memuat naik sekeping foto yang memperlihat bayi comelnya itu, namun masih menutup rapi bahagian muka daripada tontonan umum.
“Assalamualaikum semua! Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil,” tulisnya.
Justeru itu, ibu kepada dua pasang cahaya mata itu sempat menitipkan doa agar anakandanya itu menjadi seorang anak yang soleh buat mereka.
“Lama juga memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ini. Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa.. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Sayang semua…” coretnya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikutnya tidak lepas peluang untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan yang baik-baik buat Aali.
“Tahniah @aydajebat @nabilmahir, semoga Aali membesar menjadi anak yang soleh,” komen seorang pengguna.
“Waalaikumsalam @aalimateenofficial , comelnya dia. Insya-Allah jadi anak yang soleh dan bijak ya,” tulis pengguna yang lain.
Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada tanggal 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, pada 21 September tahun yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasa kita dengar bila orang sebut saja tentang anak bongsu pasti perkataan pertama yang terpacul dari mulut ialah ‘manja’. Tapi sejauh manakah benarnya bahawa anak bongsu itu manja? Bagaimana pula dengan anak bongsu lelaki.
Yang ini lagilah orang cakap manja dan anak emak. Tapi girls, tahukah korang bahawa lelaki anak bongsu ini memiliki beberapa karakteristik istimewa?
Jadi apakah kelebihan lelaki yang merupakan anak bongsu miliki? Jom ikuti perkongsian Remaja kali ini. Kepada anak bingsu lelaki sekalian, adakah ia sama dengan karakter kamu? 🙂
1. Seorang yang bersifat optimis
Lelaki anak bongsu biasanya mempunyai sifat optimis yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah juga sesiapa yang bersama dengannya pasti akan sentiasa rasa bersemangat. Kelebihannya untuk membangkitkan rasa semangat di saat orang kesayangan berasa sedih juga cukup hebat.
2. Berani mencuba sesuatu yang baru
Ada lokasi trekking terbaru yang sedang tular di laman sosial? Dia pasti akan laju sahaja merancang untuk ke sana. Berani mencuba sesuatu yang baru dan menjelajahi territory baru merupakan perkara yang sudah sebati dalam dirinya. Sifat inilah yang akan membuatkan hidup korang lebih ‘berwarna-warni’ dan tidak bosan.
3. Dia seorang yang cepat matang
Sepanjang tempoh membesar dia di kelilingi oleh abang atau kakak. Dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkara itu membuatkan si dia menjadi lebih matang dan cepat belajar. Sejak kecil juga dia telah didedahkan dengan pelbagai perkara seperti muzik, filem dan pergaulan.
4. Mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan
Anak bongsu biasanya cukup teliti merancang. Dia tahu apa yang dia mahu dan ingin lakukan dalam hidupnya. Walaupun kadangkala terpaksa berdepan pelbagai halangan namun cita-citanya tidak mudah terpadam. Sifat tidak mudah menyerah kalah yang sangat menebal.
5. Seorang yang punya sifat berani
Dibesarkan sebagai ahli keluarga yang paling muda dia telah terdedah dengan pelbagai perkara sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh kerana sentiasa dilindungi oleh abang dan kakak, dia jedi lebih berani dan tidak gentar untuk bersuara.
6. Pandai hormat orang lebih tua
Walaupun sejak kecil dia sudah mula bergaul dengan orang lebih tua, namun dia pandai menghormati mereka. Dan pendedahan inilah membentuk dirinnya menjadi seorang yang sangat menghormati orang lebih tua darinya.
7. Mudah bergaul dan menyesuaikan diri
Campaklah ke mana sahaja pasti dia akan dapat menyesuaikan diri. Dengan sifat independent dimiliki dia cepat untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Walaupun terkadang disalah anggap sebagai terlalu santai tapi sebenarnya dia merupakan orang yang serius bila bekerja atau belajar. Dan mereka juga biasanya menjadi individu paling berpengaruh di kalangan rakan-rakannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.
Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.
“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!