Walaupun baru kali pertama memegang watak untuk lakonan drama, finalis Dewi Remaja 2018/2019 ini nampaknya meninggalkan kesan di kalangan penonton.

 

Zeera Azizi merupakan salah seorang daripada 12 finalis pencarian Dewi Remaja. Walaupun jodoh bersama rakan finalis lain tidak begitu panjang setelah Zeera meninggalkan program pada episod ketiga,  dia pantas disambar oleh pengarah drama terkenal, Michael Ang.

“Dibenci Bermaksud Saya Berjaya” – Zeera Azizi Kena Kecam Sebabkan ‘Hani’

“Mike sarankan saya untuk datang ke sesi casting bagi drama Setelah Terlafaznya Akad beberapa hari selepas tamat perjalanan saya di Dewi Remaja. Tak lama selepas itu saya  terima berita gembira terpilih untuk memainkan watak Hani (bekas isteri Hannan lakonan Kamal Adli).

“Walaupun excited, saya masih gementar pada hari pertama di set memandangkan ini adalah projek drama pertama saya. Dan watak yang diberikan juga agak mencabar kerana saya perlu memainkan peranan bekas isteri, seorang ibu tunggal dan perempuan yang meminta cerai tetapi kemudiannya ingin rujuk kembali. (ketawa)

“Mujurlah saya ikuti kelas lakonan bersama Amar Asyraf dan memperbaiki ekspresi dialog serta body language lakonan,” katanya yang masih bergelar pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

“Dibenci Bermaksud Saya Berjaya” – Zeera Azizi Kena Kecam Sebabkan ‘Hani’

BACA: Zeera Azizi Kongsi 5 Tempat Best Di New Delhi

IKLAN

Bercakap mengenai watak Hani, Zeera telah mengejutkan ramai penonton apabila meminta cerai daripada suaminya, Hannan seawal 10 minit pertama, pada episod pertama!

“Bagi saya, keistimewaan drama Setelah Terlafaznya Akad bukan saja terletak pada pemilihan pelakonnya tetapi juga pada jalan cerita yang pantas, mudah difahami dan membuatkan penonton ingin tahu ‘what is next?’

“Dibenci Bermaksud Saya Berjaya” – Zeera Azizi Kena Kecam Sebabkan ‘Hani’

“Saya ada terima sokongan yang berkata mereka sukakan lakonan pelakon baru seperti saya. Tetapi ramai juga yang mengecam kerana terkesan dengan watak Hani yang ingin kembali kepada bekas suaminya walaupun Hannan sudah bergelar suami orang.

IKLAN

“Pada mulanya, saya terkejut juga dengan kecaman netizen. Tapi bila difikirkan balik mungkin saya telah menyakinkan penonton dengan watak itu. Tapi janganlah kecam keterlaluan guys… Itu semua lakonan.”

Zeera juga dilihat rajin melayan soalan penonton yang bingung atau geram dengan watak Hani tersebut.

“Dibenci Bermaksud Saya Berjaya” – Zeera Azizi Kena Kecam Sebabkan ‘Hani’

“Dibenci Bermaksud Saya Berjaya” – Zeera Azizi Kena Kecam Sebabkan ‘Hani’

IKLAN

Ditanya sama ada masih akan meneruskan kerjaya lakonan walaupun terikat dengan syarikat penerbangan, Zeera serahkannya kepada tawaran yang hadir dan rezeki.

“Saya kini perlu mengikuti semula training setelah tidak berkhidmat dengan syarikat selama lebih setengah tahun.

”Jika ada tawaran yang datang, sudah tentu saya akan pertimbangkannya,” simpul kakak kepada Neera Azizi ini.

 

 

View this post on Instagram

 

Bitchy mode on!👿 Episod 13 #setelahterlafaznyaakad

A post shared by A Z E E R A (@zeera.azizi) on

 

Bagi peminat drama Setelah Terlafaznya Akad, jangan lupa ikuti episod ke-13 pada malam ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI