Mesti ramai yang sudah kenal dengan Paddington iaitu si beruang berhati lembut yang selalu bawa marmalad orennya di mana sahaja dia berada. Selepas tujuh tahun sejak filem keduanya ‘Paddington 2’ berjaya memikat hati penonton, Paddington kini kembali dengan pengembaraan baru yang akan membawa anda melihat asal usul si comel ini ke tanah kelahirannya di Peru.
Jadi, untuk peminat Paddington meh REMAJAbawa anda menyelami kisah penuh misteri, tawa dan kehangatan kasih sayang keluarga menerusi Paddington in Peru!
Penggembaran hebat Paddington di Peru!
SINOPSIS
Kisah Paddington in Peru bermula dengan perjalanan Paddington dan keluarga Brown ke Peru untuk mengunjungi Aunt Lucy yang tinggal di Home for Retired Bears. Namun, apabila tiba di sana, mereka mendapati Aunt Lucy telah menghilang tanpa jejak.
Berbekalkan keberanian dan keharmonian antara keluarga, Paddington bersama Henry, Mary, Judy, dan Jonathan Brown memulakan misi mencari Aunt Lucy di hutan Amazon hingga ke pegunungan Peru bagi berjumpa semula bersama makcik tersayang.
Ads
KEHADIRAN BINTANG POPULAR
Dengan kehadiran Ben Whishaw yang mengisi kembali suara Paddington, beliau menghidupkan watak yang telah menjadi ikon yang popular dengan aksen British. Selain itu, Imelda Staunton juga kembali sebagai Aunt Lucy, manakala Hugh Bonneville dan Emily Mortimer memainkan peranan sebagai pasangan Henry dan Mary Brown.
Bukan setakat itu, filem ini juga memperkenalkan karakter baru yang menarik seperti pemenang Anugerah Oscar, Olivia Colman yang tampil sebagai Reverend Mother, iaitu seorang biarawati yang menguruskan Home for Retired Bears. Serta Antonio Banderas sebagai Hunter Cabot, seorang kapten bot sungai, bersama anak perempuannya Gina, dimainkan oleh pelakon baru, Carla Tous.
Ads
SENTUHAN PENGARAH BARU
Disutradarai oleh Dougal Wilsom yang menggantikan Paul King iaitu pengarah Paddington dan Paddington 2. Wilson terkenal menerusi iklan perayaan Hari Krismas yang dibintangi John Lewis, membawa pendekatan visual yang lebih segar disamping mengekalkan elemen humor dan kehangatan karakter utama Paddington. Bagaimanapun, Paul terlibat sebagai penerbit eksekutif sekaligus berperanan sebagai penulis filem bersama Simon Farnaby dan Mark Burton.
FILEM UNTUK SEMUA USIA
Filem Padding in Peru memaparkan sebuah kisah yang mampu menyentuh hati setiap generasi. Melalui pengembaraan baru yang lebih menakjubkan, watak-watak lucu, dan mesej bermakna, filem ini boleh ditonton oleh setiap peringkat umur. Jadi, sesuai sangat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Ads
Nah! Bagi anda yang memang #KakiMovie lepas ini bolehlah memulakan perjalanan penuh mencabar dengan menonton Paddington in Peru di mana-mana pawagam terdekat. Kalau nak tahu, filem si beruang manis ini sudah pun ditayangkan di layar perak sejak 16 Januari lalu! Oh! Jangan lupa untuk bawa marmalad oren bagi menambah kemanisan sambil menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19 kini bukan lagi cerita baharu.
Dalam situasi semasa ini, rakyat Malaysia sendiri diperintah agar tinggal di rumah bagi mengelakkan penularan bertukar lebih teruk. Ini termasuklah perintah yang dikeluarkan oleh Mufti agar solat Jumaat secara berjemaah di masjid seluruh negara dibatalkan.
Timbul persoalan apakah hukum bagi seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, memasuki hari ini?
Menurut Timbalan Mufti Terengganu iaitu Sahibul Fadilah Ahadi Othman kepada rakan media di BHarian, lelaki Islam Mukallaf (yakni dipertanggungjawabkan dengan kewajipan agama Islam) yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tidak menanggung dosa.
Ini memandangkan hokum harus bagi umat Islam mengelakkan diri daripada penularan wabak atau penyakit yang merbahaya.
“Bagaimanapun, dia wajib untuk menggantikannya dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
“Ketetapan hukum ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid), maka tidak sempurna solatnya melainkan disebabkan keuzuran.
“Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit, berdasarkan Hadis Riwayat Abu Daud,” jelas beliau.
Oleh itu, seharusnya kita tidak keliru dengan hukum tidak mengerjakan solat Jumaat sekerap 3 kali berturut-turut dalam kes ini.
Sementara itu, Masjidil Haram di kota Mekah juga sedang melakukan langkah berjaga-jaga, menurut arahan kerajaan Arab Saudi.
Mungkin ada yang tidak tahu sebelum selebriti K-pop pujaan mereka berjaya dalam bidang nyanyian, ada diantaranya yang memulakan kerjaya seni mereka dalam bidang lakonan sejak dari usia kanak-kanak lagi.
Peluang tersebut memberikan kelebihan kepada bintang K-pop untuk membiasakan diri beraksi di hadapan kamera sebelum mereka bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan tarian.
Jom kita lihat antara penyanyi K-pop yang memulakan kerjaya mereka sebagai pelakon kanak-kanak.
1. Hong-gi FT Island
Sebelum menjadi penyanyi utama dalam kumpulan FT Island, Hong-gi pernah membintangi dsiri berjudul Magic Kid Masuri, iaitu drama kanak-kanak tentang ahli sihir yang tinggal di Korea dan mereka bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan.
2. Haeryung BESTie
Malangnya, tidak ada video lakonan Haeryung ketika zaman kanak-kanaknya di YouTube. Namun, gambar yang diperoleh daripada allkpop ini menunjukkan kenangan lalu ketika gadis ini menjadi pelakon kanak-kanak.
3. Eunha G-Friend
Mungkin ada yang tidak tahu, sebelum Eunha menjadi sebahagian daripada kumpulan G-Friend, dia telah membuat kemunculan sebagai pelakon kanak-kanak. Korang lihat sendiri video, Eunha daripada kecil pun dah memang cantik. Hiks!
4. Binnie Oh My Girls
Binnie juga antara penyanyi K-pop yang memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak sebelum menyertai Oh My Girls.
5. Chanwoo iKON
Anak muda ini terkenal kerana memegang watak Lee Min Ho semasa kanak-kanak dalam Boys Over Flowers dan drama The Heirs. Chanwoo juga pernah berlakon dalam drama Great King Sejong.
6. Eunjung T-ara
Eunjung sebenarnya telah membintangi beberapa peranan yang berbeza sebelum menyertai T-ara.
7. Minwoo Boyfriend
Cuba lihat dan teka mana satu Minwoo? Hiks!
8. Sulli
Mendiang Sulli juga pernah menjadi pelakon kanak-kanak sebelum meneruskan kerjaya seninya dalam bidang nyanyian dan menyertai kumpulan f (x).
9. Taeyang BIGBANG
Sebelum wujudnya kumpulan BIGBANG, Taeyang memainkan peranan sebagai anak yang nakal dalam sebuah filem.