Bibir yang mungil dan seksi memang menjadi idaman semua. Tapi wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian yang pelik iaitu untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.
Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz bibirnya yang sebelum ini.
Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.
Ads
Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya menyatakan itu tidak cukup lagi.
Ads
Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.
Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.
Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.
Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.
Ish…ni macam dah ‘sakit’ je bunyi wanita ni. Kalau korang teringin tak bibir mungil macam ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat individu mengambil minuman bertenaga. Alasannya bagi mengembalikan kesegaran tubuh akibat rasa letih dan tenaga yang sudah dikeluarkan selepas melakukan aktiviti.
Tanpa mengetahui apa ada di sebalik minuman diambil, ramai yang main sebat minum tanpa ketahui apa risiko kepada kesihatan diri.
Baca perkongsian dari fb Public Health Malaysia risiko di sebalik pengambilan minuman bertenaga dan apa risikonya ke atas anak muda jika selalu mengamalkannya.
Seorang lelaki yang berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Pesakit tersebut TIDAK memiliki sebarang masalah kesihatan dan tidak merokok. Pemeriksaan mendapati degupan jantungnya berdengup kencang dengan kadar 130- 140 denyutan seminit (normal 60-100 denyutan seminit)
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Minum air putih sangat baik untuk kesihatan
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Banyak bintang-bintang sukan digunakan untuk melariskan perniagaan dengan bayaran sangat lumayan
MENGAPAKAH MINUMAN TENAGA MEMBERI RISIKO KEPADA KESIHATAN?
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
KESIMPULAN
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
.
Selebriti muda dari benua Asia semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen antarabangsa. Selepas satu-persatu selebriti daripada negara seperti Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China malah dari Malaysia juga yang semakin galak mendapat jemputan sebagai penghias barisan hadapan pertunjukan fesyen, ada juga yang telah dilamar oleh jenama antarabangsa untuk menghiasi kempen fesyen mereka.
Ini termasuklah ahli grup Blackpink, EXO, BTS dan ramai lagi.
Terbaru, sebuah grup yang dicetuskan oleh JYP Entertainment kini telahpun mencipta kolaborasi bersama jenama gergasi fesyen iaitu H&M. Mereka ialah NiziU yang berasal dari Jepun.
Dalam dua hari saja lagi, NiziU bakal melancarkan koleksi baharyu H&M*hearts*NiziU dan menampilkan lapan daripada sembilan orang ahlinya dalam kempen tersebut.
Cuma kami tertanya-tanya, siapakah NiziU ini sebenarnya dan bagaimana mereka boleh terpilih oleh H&M.
Selepas terlibat dalam program realiti mencari K-Pop idol baharu berjudul Nizi Project, NiziU telah melakukan debut pada tahun lalu menerusi single mereka, “Step and a Step”.
Berkenaan dengan pemilihan mereka sebagai muse dalam kolaborasi ini, kesemua ahli NiziU bersetuju bahawa semua orang boleh mengharungi hari dengan lebih baik menerusi fesyen.
Mereka ingin pemakai koleksi H&M*hearts*NiziU ini untuk mempunyai mood yang lebih ceria dengan stail yang mereka perkenalkan dan sinonim dengan identiti NiziU sebagai sebuah grup.
Untuk pengetahaun, koleksi ini kebanyakannya menampilkan pakaian berwarna pastel dan neutral untuk menyuntik elemen retro bagi musim bunga akan datang.
REMAJA juga menggemari cetakan ala 90-an seperti checkered dan warna-warna ceria yang menaikkan semangat si pemakai.
H&M*hearts*NiziU akan mula menemui pembeli di Malaysia di stor dan juga secara atas talian dan dijual dalam rangkaian arga RM44.95 hinggalah RM157.95.
Malam tadi telah berlangsungnya pertandingan Miss Indonesia 2022 menyaksikan wakil Sulawesi Utara, Audrey Vanessa dinobat sebagai juara sekaligus bakal mewakili negaranya ke pertandingan Miss World 2022.
Audrey berjaya mengalahkan 36 peserta lain untuk memiliki mahkota dambaan ramai gadis itu. Dari 37 peserta keseluruhan, Audery berjaya melangkah masuk ke peringkat 15 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai barisan top 5 untuk melalui sesi soal jawab bersama juri.
Akhirnya, dia berdiri di kedudukan dua terbaik bersama rakan pesaing asal Bali. Ternyata tuah mengiringinya dan diumumkan sebagai juara. Seiring dengan kemenangannya dia menerima hadiah berupa mahkota, trofi dan juga selempang.
Dalam sesi soal jawab, gadis berusia 22 tahun ini ditanya mengenai hal beauty with a purpose yang selama ini menjadi salah satu misi utama organisasi Miss World.
Jawabnya, “Untuk menjadi Miss Indonesia ada tujuan utama yang lebih besar melangkaui jawatan itu sendiri. Ia tentang membasa berkat kepada orang lain, untuk menginspirasikan, membawa perubahan positif kepada dunia, ia juga tentang menjawab keinginan hati dan tentang kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab.
“Dan saya akan bersuara untuk mereka yang berputus asa dan menebarkan cinta. Kerana saya percaya tak semua boleh melakukan perkara hebat tetapi semua orang boleh melakukan hal kecil dengan cinta yang besar.”
Sedikit maklumat mengenai Audrey, dia merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perbankan dan kewangan.
Sebelum menyertai Miss Indonesia, Audrey sememangnya aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan alam sekitar. Dia bersama rakan-rakannya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan yang diberi nama Reeformers.
Organisasi tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga terumbu karang selain turut membentu menghidupkan potensi ekonomi yang dimiliki oleh nelayan tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming akhirnya umum pembukaan restoran Rembayung, projek RM4 juta yang dibina dari tapak kosong di Kampung Baru. Pelaburan terbesar dalam kerjayanya ini mencetuskan keterujaan besar dalam dunia F&B.