Baru-baru ini, pasukan karate Labuan mencuri perhatian selepas berjaya mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa apabila membawa pulang dua pingat emas dalam Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa ke-24 Universal Shotokan Karate Union (USKU) di Takanabe, Miyazaki, Jepun.
Memetik laporan Bernama, barisan jaguh karate Labuan yang beraksi penuh semangat juang itu terdiri daripada beberapa atlet berbakat yang turun beraksi sepanjang kejohanan yang berlangsung dari 27 hingga 29 Mac lalu, membuktikan keupayaan mereka bersaing di peringkat global.
Secara keseluruhan, skuad Labuan berjaya mengutip dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa dalam kejohanan berprestij itu, sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Jepun.
Ads
Pingat emas pertama berjaya diraih menerusi acara kata berpasukan wanita senior yang dibarisi oleh Syarulniza Abdul Jamil, Nur Aleesya Dayana Asmadie dan Nur Ariesya Dayana Asmadie selepas mempamerkan persembahan yang cukup kemas dan bertenaga.
Momentum kecemerlangan itu diteruskan apabila Martina Anne Jipaun, Hazimah Jamil dan Syarulniza sekali lagi mencuri tumpuan dalam acara kumite berpasukan wanita senior untuk menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Labuan.
Dalam pada itu, Syarulniza dan Nur Aleesya turut menyerlah dalam acara individu masing-masing apabila Syarulniza membawa pulang pingat perak dalam kumite serta gangsa dalam kata, manakala Nur Aleesya pula meraih perak dalam kata dan gangsa dalam kumite bagi kategori junior bawah 15 tahun.
Sumbangan pingat gangsa turut diperoleh menerusi aksi Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi dalam acara kata lelaki bawah 10 tahun, yang juga melengkapkan pencapaian cemerlang pasukan Labuan di kejohanan tersebut.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Karate Labuan, Renshi Aswadee Taba, beliau memuji prestasi anak buahnya dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil dedikasi tinggi serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang latihan.
Tegasnya, bersaing di Jepun dan membawa pulang pingat merupakan satu kebanggaan buat Labuan serta membuktikan atlet tempatan mampu berdiri sebaris dengan pesaing di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Malaysia ke atas Singapura semalam memberikan satu kegembiraan kepada peminat bola sepak negara yang tidak putus-putus memberi sokongan. Dengan jumlah gol 4 berbalas 1, ternyata skuad negara membuktikan yang mereka masih memiliki ‘taring’ berbisa.
Daripada empat gol yang dijaringkan, dua daripadanya merupakan hasil sepakan pemain berusia 24 tahun, Stuart Wilkin. Dia yang merupakan anak kacukan England dan Malaysia berjaya menjaringkan kedua-dua gol berkenaan berselang kurang empat minit sekaligus menarik perhatian ramai.
Jadi siapa sebenarnya pemain Harimau Malaya yang memakai jersi nombor lapan ini? Jom kita ikuti trivia mengenai dirinya.
Memiliki nama penuh Stuart John Wilkin, dia dilahirkan pada 12 Mac 1998 di England dan kini memegang kewarganegaraan Malaysia.
Menurut sumber, Stuart sebelum ini merupakan pelajar jurusan Komunikasi di Missouri State University dan dia merupakan salah seorang atlet bola sepak untuk kelab universiti berkenaan iaitu Missouri State Bears. Dia pernah diangkat sebagai Athlete of The Week.
Sebelum menyertai Missouri State Bears, dia pernah dipilih sebagai salah seorang pemain Southampton FC sebagai pemain remaja.
Jejaka kacak berketinggian 180cm ini berhijrah ke Malaysia pada 2021 apabila mendapat tawaran untuk menyertai pasukan JDT II.
Stuart kemudiannya dipinjamkan kepada Sabah FC. Namun begitu pada Disember 2022 dia telah mengumumkan di laman Facebook miliknya yang dirinya telah menjadi pemain tetap kelab berkenaan.
Sepanjang Piala AFF Mitsubishi 2022, Stuart telah berjaya menjaringkan tiga gol. Gol pertama ketika Malaysia menentang Laos dan dua gol lagi ketika Malaysia menentang Singapura.
Perlawanan Piala AFF Mitsubishi 2022 merupakan kali pertama dia dipanggil untuk menyertai pasukan Harimau Malaya setelah jurulatih Kim Pang-Gon tertarik dengan gaya permainannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Stuart Wilkin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam (MAPUM) berusaha membantu menyelesaikan setiap aduan yang diterima daripada mahasiswa yang tinggal di asrama. Ini termasuk dalam menaik taraf kemudahan internet, penggunaan peralatan elektronik dan waktu keluar masuk asrama.
Pengerusi MAPUM, Prof. Dr Mohd Sazili Shahibi semasa menghadiri Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2024 berkata, setiap aduan tidak akan diselesaikan dengan cara yang sama dan ia bergantung kepada keadaan universiti dan mahasiswa terbabit.
Beliau turut tidak menafikan ada kolej kediaman yang terpaksa berdepan masalah air membabitkan beberapa negeri.
Kredit: Sinar Harian
“Aduan itu bersifat subjektif, tetapi pihak universiti sentiasa melihat perkara itu dari aspek yang perlu dititikberatkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar”
“Perancangan dibuat dari masa ke masa untuk menghadapi kekangan berkenaan kerana turut membimbangkan ibu bapa”
“Pihak universiti biasanya akan membuat perbincangan dengan wakil kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hirman Awang berkata, KPT berusaha memastikan fasiliti yang disediakan dapat memberi keselesaan kepada mahasiswa dan sentiasa menyokong sebarang usaha yang dilakukan dalam memperkasakan pengurusan asrama atau kolej kediaman.
Kredit: UPM
“Seminar seperti ini banyak melibatkan amalan terbaik dan SPARK antara usaha untuk menangani masalah mahasiswa di asrama,” katanya.
Menurutnya, penganjuran SPARK merupakan salah satu usaha untuk menangani masalah mahasiswa di asrama kerana ia melibatkan pengetua asrama, felo dan juga mahasiswa itu sendiri.
Tambah beliau, sehingga 31 Disember 2023, purata keseluruhan yang tinggal di kolej kediaman ialah 57 peratus membabitkan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di seluruh negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu pasukan Auburn University meraih pingat emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), semalam.
Azeem yang juga merupakan pelajar di universiti berkenaan merakamkan masa terpantas 38.64 saat (s) bersama rakan sepasukan terdiri daripada Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi di kejohanan yang berlangsung di The Tom Jones Memorial, Florida itu.
Catatan masa tersebut sekaligus mengatasi saingan terdekat daripada Louisana State University dengan jurang masa 0.29s manakala University of Kentucky pula berada di tempat ketiga dengan catatan masa 39.96s.
Terdahulu pada bulan Mac, kuartet Auburn University termasuklah Azeem pernah meraih emas bagi acara sama dengan catatan masa 38.74s di Kejohanan Olahraga Yellow Jacket Invite di Atlanta.
Azeem, 19 bagaimanapun hanya mencatatkan 10.44s dalam acara 100m individu lelaki untuk menduduki tangga ke-22 daripada 75 peserta.
Keputusan ini sekaligus menghindarkan Azeem untuk mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang memerlukannya melepasi had kelayakan 10s ke bawah.
Sebagai info, Azeem sebelum ini mencipta rekod kebangsaan dengan catatan peribadi terbaiknya, 10.09s di Kejohanan Olahraya Bawah 20 Tahun Dunia pada Ogos 2022 di Colombia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!