Tiket konsert siri jelajah dunia band rock popular England, Muse yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia pada 29 Julai depan, mula dijual hari ini.
Penganjurnya, Hello Universe mengumumkan Konsert Will of The People akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi kenyataan media, Hello Universe berkata, pertukaran lokasi berikutan kemudahan terkini dan kapasiti besar, sekali gus memberikan keselesaan kepada peminat.
Ads
Justeru itu, peminat kumpulan tersebut boleh mengharapkan pengalaman menyeronokkan di salah satu lokasi ikonik di rantau ini.
Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang dikemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar pembeli.
Ads
Mereka akan dapat menggunakan tiket baharu ini untuk masuk ke acara di lokasi baharu. Lokasi tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.
Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu.
Tiket Konsert Will of The People boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my, jam 11 pagi.
Muse yang popular menerusi lagu Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out itu pernah mengadakan konsert sulung di Stadium Negara pada 2007.
Kali terakhir kumpulan dianggotai oleh Matthew Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard itu mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari siri jelajah Konsert Simulation Theory.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lima personaliti pilihan REMAJA meninggalkan sebentar lambakan kerja hakiki di ibu kota untuk menikmati alam kurniaan Tuhan yang tersergam indah tidak terusik di pulau lagenda, Pulau Langkawi dalam persalinan Head-To-Toe daripada GUESS.
Jika ditebak pertanyaan mengenai satu perkara yang sentiasa berlegar di minda Che Puan Syamim Farid, Yusof Hashim aka Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman selama ini, surprisingly, masing-masing akan memberikan jawapan tunggal yang sama – hendak bercuti!
Che Puan Syamim Farid(Dari Kiri): Fazziq Muqris, Ucop & Atiq AzmanShaza Bae
Bukannya tidak mampu untuk merancang percutian peribadi, namun kekangan masa dek kerja harian sebagai pelakon, pengacara, penyampai radio, pempengaruh media sosial dan usahawan yang mereka miliki sedikit sebanyak menipiskan peluang yang ada buat mereka berlima memanjakan badan serta minda dengan bercuti.
Justeru, peluang yang dihidangkan oleh jenama pakaian dan aksesori terkemuka, GUESS untuk membawa mereka merantau ke Langkawi baru-baru ini umpama satu pelawaan yang sukar ditolak sama sekali.
Eksplorasi selama tiga hari dua malam yang mereka lalui sejak berada di lapangan terbang bermula dengan langkah kanan yang amat positif, bermakna dan juga stylish!
Ditemui dalam persalinan GUESS yang berselera gaya mudah serta travel-friendly, chemistry yang tercetus di antara geng ini jelas terasa tanpa perlu dibuat-buat. Pertanyaan dibalas jawapan, teguran disapa kembali dengan senyuman. Kebebasan dalam perbualan yang wujud antara personaliti media & seni hiburan tanah air ini juga seakan mencerminkan kebebasan stail dalam mereka berpakaian.
Che Puan Syamim Farid dengan padanan blaus floral, seluar denim putih dan tas tangan Corina Top Zip Shoulder Bag yang menyerlahkan lagi personaliti manisnya, sedangkan Fazziq selesa dalam stail denim on denim. Masing-masing selesa dalam elemen sendiri dan mereka bebas menjadi diri yang sebenar; lalu membuatkan penulis terfikir pada diri ini, we get off to a good start!
Menapak sahaja di Langkawi, kami cukup berbesar hati untuk apabila kunjungan ke sana diterima dengan hati terbuka di sudut makan petang House of Celebrations oleh dua hotel penginapan eksklusif yang tidak lagi memerlukan sebarang pengenalan. Thanks to Westin Langkawi & The St. Regis Langkawi, our stay there just got pampered to the max!
House of Celebrations, St. Regis Langkawi
The Westin Langkawi
Pantai Grill, St. Regis Langkawi
@remaja.my Island Getaway with GUESS X Remaja D-1 is definitely exciting! Selain dapat relaks bersama @shazabae_ @syamimfarid @therajaatiqullah @servemoreyusof @fazziqmuqris di hotel penginapan kami @westinlangkawi, we also get to truly enjoy our moments together at House of Celebrations St Regis Langkawi & Pantai Grill, St Regis Langkawi. ☘️💚 @Guess @majalahremaja #LoveGUESS#GUESSMY#GUESSWatches#GUESSHandbags#MajalahRemaja♬ Imminent Work – DJ BAI
Hari Kedua: Kembara Dekatkan Diri & Hati Kepada Ciptaan Terindah
Himpunan persalinan GUESS musim ini begitu hampir dengan dambaan fesyenista di bumi tropika seperti Malaysia. Bukan lagi sebuah jenama yang hanya bergantung pada populariti ceraian denim semata, GUESS kini membuka lembaran yang lebih luas dalam soal pemilihan corak, siluet pakaian, paten dan permainan fabrik demi gambaran ideal buat si pemakai.
Mudah untuk dipadu padan, jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini turut tidak ketinggalan menawarkan aksesori berupa jam tangan dan beg pelbagai bentuk serta rekaan; baik untuk pemakai lelaki mahupun perempuan.
Hari kedua kami di Langkawi menawarkan peluang untuk Che Puan Syamim Farid, Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman menggayakan dua persalinan berbeza; bersesuaian dengan kembara aktiviti yang dirancang.
Keheningan laluan sungai berlatarkan pohon paya bakau asli di Kubang Badak dipecahkan oleh bunyi enjin bot kami. Kami bukan sekadar di sini bagi menikmati penorama menghijau dalam persalinan seluar denim dan baju T daripada GUESS, bahkan ia lebih daripada itu.
Menerusi trip ringkas namun padat informasi bersama Jungle Walla Tour di sana, mereka mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan kepentingan menambah baik ekosistem alam semulajadi terutamanya ekosistem paya bakau.
Fun Fact! Keberadaan paya bakau di sekitar laluan sungai sebelum pemandangan terbuka indah menghadap laut Andaman sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting untuk melindungi manusia, haiwan dan alam semula jadi yang berada di Langkawi. Seakan penghalang kepada apa-apa bentuk ‘serangan alam’ seperti tsunami misalnya, tidak hairanlah keharmonian darat Langkawi tidak sesekali terancam.
Lima personaliti tersebut turut memperolehi peluang berbakti semula kepada bumi apabila masing-masing terlibat dalam usaha menanam tunas baharu paya bakau di kawasan yang dikhaskan.
Percikan keemasan mentari yang terpacak nun jauh kaki langit pada permukaan laut memberi gambaran sudah tiba masanya bagi kami menjengah naik ke kapal layar.
Sedari melangkah di kompaun Royal Langkawi Yacht Club & Marina, mata terus terarah kepada persalinan mereka berlima. Fresh & iconically GUESS, setiap satu daripadanya terletak indah pada tubuh masing-masing khas untuk merasai pengalaman pelayaran penuh riang dan tidak dapat dilupakan.
“Persalinan hari ini saya akui sedikit seksi namun masih menyelesakan buat saya. Ia sebenarnya adalah gaya two-piece dengan bahagian atas dan kain sarungnya. Bersama jam tangan berbentuk segi tiga ikonik jenama GUESS dan beg bertekstur tenunan juga daripada GUESS ini, it just works. It works for this scenery and for this experience on the yacht,” ujar Shaza Bae.
“Sebenarnya, ini adalah pengalaman pertama saya peragakan kemeja dan celana pendek seperti ini. Orang kata, imej GUESS saja hari ini bersesuaian dengan imej beach boy. Jam tangan emas ini pun memang nice! Saya memang tak terfikir sebelum ini untuk memadankan jam tangan sebegini bagi menaiki kapal pelayaran,” kata Atiq Azman pula.
Bagi pelakon dan personaliti media sosial, Ucop pula, ini merupakan salah satu kembara fesyen dan gaya hidup bersama jenama antarabangsa seperti GUESS yang pernah disertainya. Peluang untuk bersama-sama personaliti lain menikmati momen matahari terbenam sambil bergembira dengan sesi merakam foto serta video terus disimpan dalam memori sebagai antara kenangan terindah pada tahun ini.
@remaja.my GUESS & Remaja raikan lima personaliti pilihan @servemoreyusof @shazabae_ @syamimfarid @fazziqmuqris & @therajaatiqullah di atas kapal layar mengelilingi pulau lagenda, Langkawi. ⚓️🧡🛟 Tampil eksklusif serba-serbu dalam persalinan, aksesori jam tangan serta beg GUESS, perjalanan bertambah lengkap dengan panorama menelusuri lautan keemasan. ✨ @Guess @majalahremaja #LoveGUESS#GUESSMY#GUESSWatches#GUESSHandbags#MajalahRemaja♬ original sound – Remaja
Hari Ketiga: Serlah Bakat Kraf Terpendam
Biarpun hati mengenangkan momen perlu mengucapkan selamat tinggal kepada percutian GUESS X REMAJA pada hari ketiga ini, Che Puan Syamim Farid, Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman tetap bersemangat bagi menyertai sesi menyediakan kraf berbentuk gelang tangan ‘Batiq Paracord’ bersama Ash Majid Langkawi.
Jenama aksesori tersebut kini telahpun berjaya melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa termasuklah di benua Eropah. Justeru peluang mempelajari teknik menyediakan gelang tangan handmade ini berdasarkan warna kegemaran lima personaliti pilihan kami ini tidak dilepaskan begitu sahaja.
Ternyata, kraf ciptaan mereka itu tambah lebih menyerlah apabila dipadankan dengan koleksi jam tangan GUESS yang bukan hanya molek dipadankan dengan persalinan percutian mereka; malahan menampilkan eksklusiviti pada nilai yang berpatutan.
Rangkaian aksesori jam tangan, bag, tas tangan serta pola pakaian yang diperagakan sewaktu eksplorasi ‘Island Getaway’ ini turut boleh korang miliki. Selain dijual di butik-butik fizikal GUESS di seluruh negara, koleksi jam tangan GUESS boleh juga didapati daripada peruncit-peruncit sah.
Manakala, koleksi beg tangan GUESS pula boleh didapati di gedung terpilih seperti AEON, Pacific, Parkson dan SOGO.
Korang juga boleh mendapatkan koleksi GUESS secara dalam talian di guess.my (URL embed: https://www.guess.my/) selagi stok masih ada.
@remaja.my Last day🚨GUESS & Remaja di Langkawi bersama lima selebriti GUESS Malaysia yang gempak @servemoreyusof @shazabae_ @syamimfarid @fazziqmuqris & @therajaatiqullah yang sempat belajar cara buat handmade aksesori bracelet bersama @byashmajid Fakta menarik, Ash Majid & Suami berpindah ke Langkawi 5 tahun lalu untuk memulakan bisnes handmade aksesori yang dipasarkan ke seluruh dunia!🗺️ Tak lupa 5 personaliti pilihan yang tampak kemas dan bergaya bersama aksesori GUESS termasuk jam dan bag yang sesuai dengan karakter masing-masing @Guess @majalahremaja #LoveGUESS#GUESSMY#GUESSWatches#GUESSHandbags#MajalahRemaja♬ FonQ – Michiel van Zundert
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tan Sri Michelle Yeoh berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood yang diadakan di Teater Dolby di Los Angeles.
Beliau juga menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar.
Menampilkan lakonan cemerlang, Michelle berjaya mengalahkan empat calon lain untuk kategori itu yang terdiri daripada Cate Blanchett (Tár), Andrea Riseborough (To Leslie), Ana de Armas (Blonde) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Terdahulu, dua lagi pelakon yang berlakon bersama Michelle dalam filem tersebut, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan masing-masing menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Wanita dan Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki.
Dengan kemenangan tersebut, ia menjadi satu momen yang hebat untuk wanita berusia 61 tahun ini dengan kemenangan berterusan pada majlis anugerah yang paling diidamkan. Beliau sebelum ini memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem, Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globes baru-baru ini.
Bulan lalu, Michelle menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild 2023 untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai dari kalangan orang muda terlalu mengambil mudah waktu bangun dari tidur. Rata-ratanya akan tidur lewat sama ada keluar lepak dengan kawan-kawan, membelek-belek dalam tempoh berjam-jam atau paling tidak menonton tv.
Biasanya bila matahari sudah tegak di atas kepala, barulah hendak bangun. Bangun pun kerana lapar atau sudah kena bebel dengan mak ayah. Sudah tentulah solat Subuh akan tertinggal jika sudah bangun meninggi diri sedangkan pagi adalah permulaan rezeki yang sangat dituntut.
Bagi golongan remaja dan anak muda baik lelaki mahu pun perempuan yang liat sangat nak bangun pagi dan solat Subuh ini, Ustaz Abu Hurairah Asifa berkongsi tip paling mudah bagaimana mudahnya nak bangun pagi.
Rupanya taklah susah sangat, apa yang penting ialah tinggalkan sikap buruk dan barulah hidup kita akan lebih mendapat keberkatan Allah. Kalau selama ini kita tertanya-tanya kenapa Allah kurang beri rezeki, susah sangat nak dapat kerja, tak boleh masuk apa cikgu ajar, duit tak banyak pun di tangan serta bermacam-macam masalah lain, solat Subuh adalah jawapan kepada segala-galanya.
Baca perkongsian dari Ustaz Abu Hurairah Asifa ini.
Tips nak bangun subuh awal.
Tido awal. Lepas pukul 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.
Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.
Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.
Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.
Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.
Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.
Solat mengajar hati manusia untuk sentiasa rasa bersyukur dengan segala nikmat di rasai di dunia ini
Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.
Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.
Kalau subuh kita pukul tujuh, mampu kah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?
Mampu nak hadapi ujian?
Mampu nak hadapi kecaman?
Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.