Ikutkan dua tahun lagi, Malaysia akan mencapai tahap negara maju seperti yang pernah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui agenda Wawasan 2020.
Jika diihat kepada infrastruktur dengan segala kemudahan diberikan kepada rakyat seperti kemudahan pengangkutan, kediaman, jalan raya yang menghubungkan utara dan selatan, tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh mencapai wawasan seperti diilhamkan.
Namun, ukuran mentaliti dan pembangunan ternyata jauh berbeza. Bagaikan ada satu sempadan untuk rakyat di negara ini untuk terus belajar dan menerima “hak orang tetap hak orang” sebaliknya sesetengahnya menerima ungkapan ini, “hak orang hak aku, hak aku tetap hak aku”.
Ketuk aje dengan batu, GPS pun dah tak boleh kesan
Semenjak Remaja mendedahkan bagaimana basikal oBike ini terlalu mudah dicuri dengan hanya perlu mengetuknya dengan batu bagi menghilangkan jejak sistem pengesan GPS, rata-rata netizen mengutuk tindakan mentaliti kelas ketiga rakyat Malaysia.
Kata mereka, kemudahan sudah disediakan namun tidak tahu menghargainya. Kita sebagai sebuah negara yang Islam menjadi agama rasminya sesekali patut berasa malu jika perbandingan dibuat dengan rakyat Jepun kerana pernah timbul cerita, di Jepun barangan yang tertinggal, tidak akan diusik. Jika seminggu kita datang ke tempat barang tertinggal, barangan itu tetap dikedudukannya.
Ads
Baca komen-komen netizen mengenai isu ini
Ads
Ramai yang mengecam malah mendedahkan, di Pantai Batu Buruk, basikal ini juga bersepah. Di Putrajaya juga sama, begitu juga lain-lain kawasan. Tapi apa yang membuat mereka geram, pendatang asing seperti bangla, Indon juga sangat selamba membawa basikal oBike tanpa rasa bersalah.
Malah isu oBike ini turut mendapat perhatian dari ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mana katanya semua masalah gejala sosial ini, berbalik kepada isu kesenjangan ekonomi.
“Jenayah domestik berlaku kerana isu sara diri dan perkara yang sering saya bangkitkan di Parlimen berkenaan kemelut miskin bandar.
“Pembangunan tak terkawal, akses minimum terhadap pendidikan dan kesihatan yang juga terpaksa ditanggung oleh penduduk Kerinchi akhirnya menjurus segelintir antara mereka dalam keterlibatan jenayah.
“Kerana itu pihak berkuasa harus tegas. Tidak ada dwi-standard dalam jenayah kecurian dan rompakan. Siasatan dan dakwaan dari rakyat, sehinggalah kepada pemimpin teratas sekalipun harus dijalankan secara konsisten dan menyeluruh.
Apa kata, mulai hari ini, jika benar ada kekurangan di kalangan anak-anak remaja ini, beranikanlah menegur dengan pendekatan berhemah. Buat ibu bapa yang tahu anak-anak mereka terlibat dalam kecurian basikal ini, tegur dan kalau perlu roton, rotanlah kerana Rasulullah sendiri mengakui pada usia anak 7-14 tahun adalah peringkat paling mencabar dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu menjadi kawan baik untuk memahami apa yang golongan remaja ini perlukan. Jika niat kita baik, insya Allah, semuanya akan menjadi baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin pengumuman boleh merentas dearah baru-baru ini tidak dilepaskan oleh rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan dalam negeri, tidak kurang juga yang bercuti di pantai setelah lama berkurung di rumah.
Berenang dan bermain pasir memang mempunyai keistimewaan tersendiri. Tapi hati-hati dengan haiwan berbisa di pantai terutamanya obor-obor. Memang nampak cantik seperti jeli tapi haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut!
Sumber Gambar : Pexel.com
Baru-baru ini, dua remaja lelaki telah dikejarkan ke hospital selepas dipercayai disengat obor-obor kotak semasa berenang di pantai Sungai Miri yang popular.
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai yang memiliki pemandangan matahari jatuh sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi dan segera dikejarkan ke Hospital Labuan untuk rawatan serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut, Profesor Madya Dr B A Venmathi Maran daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata cuaca kering dan panas telah menyebabkan spesies ini bertambah banyak dari sekarang hingga bulan Jun.
“Obor-obor kotak adalah telus dan sukar dilihat di dalam air, sengatannya boleh mengakibatkan serangan jantung dan pernafasan terhenti selain kesakitan yang tidak tertanggung, oleh itu, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa perenang tidak menyedari kehadiran haiwan itu sehinggalah mereka disengat,” katanya.
“Jika anda disengat, letakkan cuka di tempat luka selama 30 hingga 45 saat untuk menyahaktifkan nematosista yang tidak habis dikeluarkan pada tentakel (obor-obor), jangan gosok.
Malah, situasi ini turut berlaku di pantai Terengganu, apabila orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan ‘by-the wind sailors’ yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas.
Sumber : Bernama / Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekumpulan pakar bedah di India mempercayai bahawa mereka telah berjaya membuang tumor terbesar yang pernah direkodkan. Menurut laporan media tempatan, pembedahan dan prosedur pembuangan tumor tersebut dilaporkan mengambil masa selama 7 jam.
Pesakit berkenaan yang merupakan penjual kain berusia 31 tahun bernama Santlal Pal memiliki ketumbunhan yang luar biasa besar di bahagian belakang kepalanya.
Tumor atau ketumbuhan tersebut berjaya dikeluarkan di BYL Nai Charitable Hospital di Mumbai pada 14 Februari yang lalu. Ia seberat 1.9 kilogram dan rekod sebelum ini yang pernah dicatatkan ialah 1.4 kilogram.
Ketua pasukan pembedahan, Profesor Trimurti Nadkarni berkata, “saiz tumor yang mempunyai saiz gergasi seperti ini amat jarang berlaku dan memberikan cabaran yang sangat tinggi kepada kami. Sepanjang pembedahan tersebut Santlal kehilangan banyak darah, namun dengan kecekapan pasukan perubatan dia dapat diselamatkan”.
Keadaan Santlal Pal sebelum pembedahan dilakukan. Foto: SWNS
Sebanyak 11 unit darah diperlukan sepanjang pembedahan dan Santlal memerlukan abntuan mesin pernafasan selama tiga hari sebelum dia kembali stabil.
Sebelum pembedahan tersebut dilakukan, Santlal menderita akibat tumor tersebut yang menyebabkan dia hampir kehilangan deria melihat di kedua belah mata. Selain itu, dia juga sangat sukar untuk melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.
Kondisinya selepas tumor seberat 1.9 kg berjaya dikeluarkan daripada kepalanya. Foto: SWNS
Inilah kecanggihan dunia perubatan sekarang.Di Malaysia juga kita sudah punya kelengkapan perubatan yang bertaraf dunia. Dam diharapkan kisah ini boleh memberikan inspirasi khususnya buat korang yang bericta-cita menjadi pakar bedah.
Kredit foto: SWNS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi banjir bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi haiwan perliharaan turut menerima nasib yang sama malah lebih membimbangkan lagi kerana khuatir jika ada yang terlepas pandang akan kewujudan mereka.
Ramai pengguna di Twitter telah berkongsi gambar dan sikap prihatin mereka terhadap haiwan peliharaan seperti kucing yang turut menjadi mangsa banjir. Kita sebagai manusia pun struggle untuk menyelamatkan diri dan keluarga, inikan pula haiwan.
Semoga anak2 kucing ni dapat jumpa balik tuan dia selepas banjir… Terima kasih kepada org yg telah selamatkan ank2 bulus ni… Pray for mangsa banjir 😢😢 pic.twitter.com/jMLtTJTvLu
— KHALIFAH MEDIA NETWORKS 🐱 (@KhalifahMedia) January 4, 2021
Turut mendapat perhatian, gambar kucing yang lemas tular di media sosial.
Kalau ikutkan memang tak sanggup nak lihat gambar-gambar yang viral di media sosial. Namun begitu, kita juga perlu beri kesedaran atau pun mengingatkan pihak berwajib agar tidak terlepas pandang untuk menyelamatkan haiwan-haiwan ini.
Semoga kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir ini dipermudahkan.
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!