
Bagi peminat setia siri kartun Pokemon, mesti korang excited bila dapat tahu Nestle telah pun berkolaborasi bersama siri animasi popular Pokemon, Pikachu dalam melancarkan produk aiskrim terbaru mereka.

Menampilkan ais krim perisa pecan dengan kacang badam yang disaluti sos coklat, Drumstick Pika Pika Cone ini nampak eksklusif dengan balutan packaging kuning keemasan bersama imej Pikachu.

Ramai yang sudah mencuba ais krim terbaru ini dan rata-ratanya memberikan reaksi positif.

Korang macam mana, dah rasa ke? Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi Kes COVID-19 Dicatatkan Di 1 Utama, Kakitangan Komugi Sah Positif

Kompleks beli-belah 1 Utama sekali lagi mencatatkan kes positif COVID-19 apabila seorang kakitangan di premis Komugi disahkan positif COVID-19.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak pengurusan premis terbabit dalam laman Facebook mereka. Kakitangan itu disuruh untuk tidak datang bekerja pada 2 November 2020, setelah menunjukkan gejala.

Premis cawangan 1 Utama itu juga ditutup serta merta dan semua makanan dan bungkusan yang terdedah terus dibuang. Selain itu, setiap orang yang berhubung dengan kakitangan terbabit telah dikenal pasti dan dikuarantin serta menjalankan ujian swab jika perlu.
Semua pelanggan yang mengunjungi Komugi 1 Utama pada 1 dan 2 November 2020 akan dihubungi oleh pegawai kesihatan dari KKM jika diperlukan. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 03-6140 2430 atau e-mel kepada customerservice@komugi.com.my jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Bila dengar berita seperti ini, rasanya memang lebih baik jika kita duduk di rumah sahaja dan berhenti berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang. Jika perlu pun, pastikan patuhi SOP yang ditetapkan dan jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka.
Paling penting, jangan pula korang lupa untuk scan MySejahtera atau tulis nama dan nombor telefon pada setiap premis yang dikunjungi. Disebabkan seperti perkara-perkara inilah akan memudahkan KKM untuk menghubungi kontak rapat.
Stay home & stay safe guys!
Sumber: Komugi Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernikahan Rizky Febian, Mahalini Tidak Sah Selepas 6 Bulan Bersama

PELIK tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada pasangan selebriti popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini.
ARTIKEL BERKAITAN : Mahalini Sah Milik Rizky Febian, Sedondon Berbusana Ikut Adat Sunda -“Alhamdulillah, Sah!”
Akibat tidak penuhi salah satu rukun nikah, perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia terkenal ini diputuskan tidak sah oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Menurut portal Kapan Lagi, jurucakap Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana berkata, wali yang menikahkan pasangan ini bukan wali yang berhak dan itulah yang menjadi sebab pihak majlis hakim mengambil keputusan tersebut.
“Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi.
“Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak,” katanya kepada media, hari ini.
Menurut Suryana, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.
“Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya
“Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim,” ujarnya.

Menurut Suryana lagi, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.
Dua Jenis Wali
Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, yakni wali nasab dan wali hakim iaitu wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan.
Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.
Namun, dalam kasus Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.
“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” ulasnya.
Suryana menjelaskan, menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.

Nikah Sekali Lagi
Kini Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.
Terdahulu, pasangan terbabit bernikah pada awal pagi Jumaat pada 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Untuk info, Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama Hindu memeluk agma Islam sebelum mereka berkahwin.
BACA : Mahalini Sah Peluk Islam, Bakal Disatukan Bersama Rizky Febian Esok
Sumber: Kapan Lagi, Tribunnews, X
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stadium Shah Alam Dulu ‘Rumah’ Harimau Malaya, Kini Usang Dimamah Usia. Ini Faktanya

Suatu ketika dahulu, Stadium Shah Alam pernah menjadi antara kebanggaan dan mercu tanda sukan tanah air, termasuk bola sepak. Namun kini stadium berkapasiti 80,372 tempat duduk dan mulai digunakan pada 1994 itu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baharu komplek sukan baharu di tapak yang sama.

Malah, menurut laporan Astro Awani semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan semula itu juga akan membabitkan Stadium Melawati sebelum tindakan selanjutnya diumumkan tidak lama lagi.
Malah pada Rabu lepas, sebuah agensi media melaporkan gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants itu didakwa akan diroboh dan digantikan dengan sebuah stadium baharu yang lebih kecil.
Apa-apa pun, disini Remaja kongsikan beberapa fakta tentang stadium kebanggaan rakyat Selangor terutamanya Shah Alam ini.

Fakta Stadium Shah Alam
- Stadium tersebut telah dibina bermula pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada bulan Julai tahun 1994.
- Pernah menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dengan menelan kos bernilai RM 460 Juta.
- Sebahagian pampasan Kerajaan Pusat kepada negeri Selangor kerana menyerahkan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.
- Stadium itu mempunyai keluasan 155, 000 meter serta mampu memuatkan kapasiti sebanyak 80, 000 penonton.
- Mempunyai kira-kira 5,500 tempat letak kereta di sekeliling stadium. Mengambil kira faktor keluasan tersebut menjadikan ianya stadium kedua terbesar di Malaysia selepas Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Sering kali ditafsirkan bahawa Stadium Shah Alam itu digunakan hanya untuk perlawanan bola sepak. Sebenarnya, ianya juga turut mempunyai kemudahan-kemudahan lain terutamanya untuk aktiviti olahraga. Disebabkan itu, Stadium Shah Alam turut dianggap sebagai stadium serbaguna.
- Memiliki enam tingkat di dalamnya. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia.
- Direka dengan mengambil inspirasi daripada bentuk penyu bagi menonjolkan identiti nasional tersendiri.
- Mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan.
- Sebahagian stadium ini pernah menjadi kampus Fakulti Seni Persembahan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum kampus satelit Puncak Perdana universiti itu disiapkan.
- Pada tahun 2011, sebanyak RM 3.4 Juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Selangor bagi mengubahsuai stadium dengan menaik taraf beberapa komponen utama stadium.
- Pada tahun 2014 pula, sebanyak RM 2.4 Juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja menaik taraf fasa kedua.
- Sejak Disember 2015, beberapa kali Stadium Shah Alam telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
- Stadium Shah Alam sekali lagi menjalani pengubahsuaian pada tahun 2016 yang telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) antara Selangor F.C. dan Kedah.
Hmmm…sayangnya kalau hendak dirobohkan mercu tanda Shah Alam ini..huhu
Sumber: Peristiwa, Dewan Selangor, Utusan Malaysia, Goal, Astro Awani
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

