Suatu ketika dahulu, Stadium Shah Alam pernah menjadi antara kebanggaan dan mercu tanda sukan tanah air, termasuk bola sepak. Namun kini stadium berkapasiti 80,372 tempat duduk dan mulai digunakan pada 1994 itu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baharu komplek sukan baharu di tapak yang sama.

Stadium Shah Alam Dulu ‘Rumah’ Harimau Malaya, Kini Usang Dimamah Usia. Ini Faktanya
Foto Via Google

Malah, menurut laporan Astro Awani semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan semula itu juga akan membabitkan Stadium Melawati sebelum tindakan selanjutnya diumumkan tidak lama lagi.

Malah pada Rabu lepas, sebuah agensi media melaporkan gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants itu didakwa akan diroboh dan digantikan dengan sebuah stadium baharu yang lebih kecil.

Apa-apa pun, disini Remaja kongsikan beberapa fakta tentang stadium kebanggaan rakyat Selangor terutamanya Shah Alam ini.

IKLAN

Stadium Shah Alam Dulu ‘Rumah’ Harimau Malaya, Kini Usang Dimamah Usia. Ini Faktanya

Fakta Stadium Shah Alam 

IKLAN
  • Stadium tersebut telah dibina bermula pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada bulan Julai tahun 1994.
  • Pernah menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dengan menelan kos bernilai RM 460 Juta.
  • Sebahagian pampasan Kerajaan Pusat kepada negeri Selangor kerana menyerahkan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.
  • Stadium itu mempunyai keluasan 155, 000 meter serta mampu memuatkan kapasiti sebanyak 80, 000 penonton.
  • Mempunyai kira-kira 5,500 tempat letak kereta di sekeliling stadium. Mengambil kira faktor keluasan tersebut menjadikan ianya stadium kedua terbesar di Malaysia selepas Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Sering kali ditafsirkan bahawa Stadium Shah Alam itu digunakan hanya untuk perlawanan bola sepak. Sebenarnya, ianya juga turut mempunyai kemudahan-kemudahan lain terutamanya untuk aktiviti olahraga. Disebabkan itu, Stadium Shah Alam turut dianggap sebagai stadium serbaguna.
  • Memiliki enam tingkat di dalamnya. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia.
  • Direka dengan mengambil inspirasi daripada bentuk penyu bagi menonjolkan identiti nasional tersendiri.
  • Mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan.
  • Sebahagian stadium ini pernah menjadi kampus Fakulti Seni Persembahan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum kampus satelit Puncak Perdana universiti itu disiapkan.
  • Pada tahun 2011, sebanyak RM 3.4 Juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Selangor bagi mengubahsuai stadium dengan menaik taraf beberapa komponen utama stadium.
  • Pada tahun 2014 pula, sebanyak RM 2.4 Juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja menaik taraf fasa kedua.
  • Sejak Disember 2015, beberapa kali Stadium Shah Alam telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
  • Stadium Shah Alam sekali lagi menjalani pengubahsuaian pada tahun 2016 yang telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) antara Selangor F.C. dan Kedah.

Hmmm…sayangnya kalau hendak dirobohkan mercu tanda Shah Alam ini..huhu

Sumber: PeristiwaDewan SelangorUtusan Malaysia, Goal, Astro Awani

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI