Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Semua pesertanya mengimpikan untuk memegang takhta tersebut kerana ia mampu mengubah kehidupan mereka. Namun bukan semua yang bernasib baik.
Ahad lalu, Miss Universe telahpun memahkotakan pemenang yang ke 71 dan ia menjadi milik wakil Amerika Syarikat (USA), R’Bonney Gabriel. Kemenangannya itu menjadikan negara tersebut memiliki sembilan wakil bergelar Miss Universe.
Sejak tahun 1952, wakil USA sentiasa berjaya menjadi salah seorang peserta semifinalis. Namun tahukah anda, dalam kejayaan yang diraih itu terdapat empat wakil USA yang tidak mendapat sebarang tempat sekaligus tidak bergelar semifinalis.
BARBARA PETERSON
Merupakan Miss USA 1976, Barbara Peterson gagal bergelar semifinalis dan dia menjadi peserta pertama dari negara tersebut yang gagal mara ke peringkat yang seterusnya. Kini pada usia 70 tahun dia mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja amal.
Ads
KIMBERLEY PRESSLER
Memenangi gelaran Miss USA pada usia 22 tahun, Kimberley menjadi Miss USA kedua yang gagal mara sebagai semifinalis. Kini dia merupakan seorang pengacara dan juga wartawan sukan untuk saluran televisyen FOX.
Kemenangan Shauntay pada tahun 2002 menjadikan dia sebagai Miss USA ke 50 dan wakil USA ketiga yang gagal mendapat sebarang tempat. Dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico, dia kalah kepada Oksana Federova yang sehingga kini dianggap sebagai Miss Uniiverse paling cantik dalam sejarah pertandingan itu. Selepas pertandingan dia aktif sebagai pelakon.
RIMA FAKIH
Ads
Wanita berketurunan Lebanon ini ketika kemenangannya menjadi individu beragama Islam pertama yang memenangi gelaran Miss USA. Kemenangannya ketika itu mencipta pelbagai reaksi. Walaupun begitu nasib Rima tidak terlalu cerah apabila dia menjadi wakil keempat Amerika Syarikat yang gagal mendapat tempat di pentas Miss Universe. Rima kini sudah berkahwin dengan jutawan dan memiliki tiga orang cahaya mata.
Kenapa agaknya mereka tidak berjaya ya? Sedangkan pertandingan itu sering dikaitkan dengan USA kerana pemilik pertandingan ketika itu sebelum ini merupakan warganegara Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita pemergian pengasas jenama fesyen Off-White, Virgil Abloh di Chicago pada pagi ini telah mengejutkan dunia fesyen.
Pada usia 41 tahun, Virgil yang juga merupakan Pengarah Artistik di rumah fesyen Louis Vuitton telah meninggal dunia pada 28 November (waktu di Amerika Syarikat) setelah bergelut dengan kanser jenis Cardiac Angiosarcoma selama dua tahun kebelakangan ini secara senyap. Ini kerana Virgil masih aktif mengeluarkan koleksi baharu untuk Off-White dan Louis Vuitton biarpun beliau sedang berdepan isu kesihatan.
Menurut satu kenyataan rasmi d akaun Instagram-nya, kanser yang dihidapinya adalah sejenis kanser yang dikatakan jarang ditemui dan menyerang mana-mana mangsanya secara agresif.
Kami bersedih untuk mengumumkan pemergian insan yang disayangi Vigil Abloh; seorang bapa, suami, anak, abang dan kawan yang sangat setia. Beliau telah meninggalkan isteri tercintanya, Shannon Abloh, anak-anaknya Lowe Abloh & Grey Abloh, kakaknya Edwina Abloh, ibu-bapanya Nee & Eunice Abloh dan ramai rakan serta rakan sekerja yang dikasihi.
Selama lebih dua tahun ini, Virgil dengan beraninya telah melawan sejenis kanser yang jarang berlaku dan agresif, Cardiac Angiosarcoma. Beliau memilih untuk mengharungi ‘pertempuran’ ini secara peribadi sejak ia dikenal pasti pada tahun 2019. Beliau menjalani pelbagai rawatan yang mencabar sambil terus menerajui beberapa institusi penting yang merangkumi cabang fesyen, seni dan budaya.
Sepanjang waktu itu; etika kerjanya, dan keyakinannya (untuk terus berkerja) tidak pernah goyah. Virgil didorong oleh dedikasinya terhadap minatnya dan misinya untuk membuka peluang kepada ramai orang demi kesaksamaan dalam dunia seni dan rekaan.
Beliau sering berkata, “Setiap perkara yang saya lakukan adalah untuk versi diri saya yang berusia 17 tahun,” dan mempercayai kuasa bidang seni yang mampu memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.
Kami berterima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan dan kasih sayang; dan kami meminta sedikit ruang privasi untuk kami berduka dan meraikan kehidupan Virgil.
Sedikit info mengenai Virgil, pereka fesyen tersebut telah dilahirkan di Rockford, Illinois di Amerika Syarikat dan merupakan anak kepada dua orang pendatang warganegara Ghana. Ibu bapanya, Nee dan Eunice Abloh telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada era 1970-an setelah berkahwin di Ghana dan melahirkan Virgil pada 30 September 1980.
Selain Virgil, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Edwina Abloh.
Eunice yang bekerja sebagai seorang tukang jahit telah mengajar Virgil untuk menggunakan mesin jahit. Hasil daripada pendedahan tersebut, Virgil telahpun mula mereka baju T-nya sendiri pada usia kanak-kanak.
Pada tahun 2012, Virgil telah mengubah landskap dunia fesyen setelah dia mengasaskan jenama mewah Itali, Off-White.
Setahun kemudian, Virgil mengukuhkan lagi impak jenama tersebut apabila beliau melantik Ye aka Kanye West sebagai rakan kreatifnya yang banyak memberikan inspirasi kepadanya. (Ye juga dipercayai merupakan salah seorang daripada insan yang mengetahui mengenai penyakit yang dihidapi oleh Virgil ini).
Setelah enam tahun melakar kejayaan bersama Off-White, Virgil telah mencipta sejarah apabila beliau menjadi pereka berdarah African-American pertama yang dilantik sebagai Pengarah Artistik untuk koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton. Bukan hanya itu, beliau juga menjadi salah seorang daripada segelintir kecil pereka fesyen berkulit hitam yang diberikan penghormatan tersebut.
Tribut Buat Virgil Abloh
Menerusi media sosial, ramai selebriti dan penggiat dunia fesyen yang meluahkan rasa dukacita mereka terhadap berita pemergian Virgil Abloh.
Marc Jabobs, salah seorang pereka fesyen yang pernah mengangkat jenama Louis Vuitton sebagai sebuah jenama terkemuka pada era millenial ini telah berkata, “Saya terkilan untuk mendengar berita ini. Saya ucapkan takziah kepada keluarganya dan mereka yang menyayanginya. Semoga dia tenang di sana. May you Rest In Peace & Power dear Virgil.”
Berikut merupakan beberapa lagi ucapan takziah yang dizahirkan oleh pereka fesyen terkenal dunia.
Kim Jones (Dior Men): “Saya sangat sedih untuk mendengar mengenai pemergian Virgil, salah seorang insan yang paling baik hati. Banyak masa kami dihabiskan mengembara di sekeliling dunia dan ‘lepak’ di bilik hotel; bekerja dan membelek majalah berbahasa Jepun dan ketawa serta berborak mengenai idea.”
Pierpaolo Piccioli (Valentino) : “Virgil. Kita bertemu disebabkan Jun beberapa tahun lalu. Saya ke sebuah acara di mana mereka sedang menjadi DJ dan kita kita berpisah setelah berjanji bahawa kita akan bertemu semula tidak lama lagi dan menyiapkan lagu kita bertiga. Semakin saya cuba mencari perkataan terbaik untuk mengekspresikan perasaan saya sekarang, semakin saya diingatkan semula kepada memori beliau sebagai seorang lelaki yang amat berbakat, seorang pereka, bapa, artis yang menghargai hidup dan kreatiiviti. Beliau mengubah ‘permainan’ dunia fesyen dan saya pasti semua itu akan kekal bersama kita semua.”
Alessandro Michele (Gucci): “Semoga kebaikan beliau dibalas semula dalam dunia seterusnya. Sehingga kita bertemu kembali.”
Donatella Versace (Versace) : “Virgil, saya tidak mempunyai kata-kata. Dunia telah kehilangan seorang bintang fesyen. Seorang pencipta yang akan dikenang dalam sejarah. Love Donatella.”
Victoria Beckham: “Seorang insan yang memberikan inspirasi dalam pelbagai cabang. Rest in peace Virgil. Saya mengirimkan kasih sayang kepada keluarga anda. Kami akan amat-amat merindui anda.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi Gym Pakai Dress?
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersedia untuk mempertingkatkan penampilan anda dengan menggayakan jenama pakaian wanita terkemuka, Love, Bonito, yang baru sahaja membuka kedai utama mereka buat pertama kali di Malaysia baru-baru ini.
Terletak di hab gaya hidup mewah, The Exchange TRX, kedai ini memenuhi ruang runcit premium yang berukuran 6,000 kaki persegi dan ia menjanjikan pengalaman membeli-belah yang selesa.
Untuk meraikan pembukaannya, Love, Bonito akan memberikan hadiah percuma kepada pelanggan yang membuat perbelanjaan minimum RM300 di cawangan baharu ini.
“Kami sering diberi sokongan oleh komuniti tempatan, dan kami ingin menguatkan lagi
usaha kami untuk memberikan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan-
pelanggan kami di Malaysia,” kata Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito.
Dilengkapi dengan ciri-ciri yang tiada tandingan, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman yang lebih memuaskan dengan pengenalan sistem nombor giliran elektronik, bilik persalinan serta ruang istirahat.
Kedai utama ini tersedia dengan kemudahan yang dilengkapi inovasi terkini dengan ciri-ciri
canggih termasuk sistem nombor giliran elektronik, pertama seumpamanya yang diaktifkan
dalam industri fesyen tempatan.
Dengan kemudahan ini, pelanggan kami boleh meneruskan aktiviti membeli-belah di kedai sambil menunggu giliran ke bilik persalinan tanpa perlu beratur panjang.
Untuk pengalaman yang lebih memuaskan, bilik persalinan yang disediakan mampu
berubah menjadi ruang yang lebih besar untuk membolehkan pelanggan mencuba pakaian
bersama-sama ibu atau rakan-rakan sambil mengekalkan privasi.
Selain itu, ruang istirahat juga tersedia bagi teman yang menanti. Lurve sangat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!