Selebriti wanita terkenal, Neelofa telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Januari 2022, jam 3.44 petang di sebuah hospital di ibu negara.
Baru sebentar tadi, Neelofa telah memuat naik hantaran di IG storynya dengan mengumumkan nama putera sulung mereka, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris. Berita gembira ini turut dikongsi oleh suaminya, Haris Ismail menerusi sebuah kenyataan media.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
IKLAN
“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,”
IKLAN
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,”
IKLAN
Neelofa dan Haris Ismail selamat diijab kabul pada 27 Mac tahun lalu dan kini kedua pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Haris, semoga anak yang dilahirkan ini membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita perhatikan ‘air tangan’ pengarah berbakat besar tanah air, Syafiq Yusof ini sudah pastinya dia akan membawa sesuatu kelainan dalam setiap hasil karya seninya.
Menerusi naskhah aksi terbaharunya berjudul Special Force: Anarchy, pengarah ini mencari kelainan tersendiri dengan mengetengahkan aktres wanita, Puteri Aishah sebagai watak utama dalam drama tersebut.
“Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018.
“Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita.
“Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, pengarah filem Abang Long Fadil itu berkongsi dia turut berdepan beberapa cabaran apabila mahu menghasilkan drama yang memiliki latar belakang negara berbeza.
“Agak sukar untuk mengubah menjadi sesebuah negara lain. Disebabkan penggambaran dijalankan di ibu kota, jadi banyak logo dan bangunan ikonik Malaysia dapat dilihat. Banyak rakaman nampak seperti di Kuala Lumpur.
“Jadi, apa yang kami lakukan menggunakan kesan khas visual (VFX) untuk mengubah suasana. Itulah cabaran saya ketika proses suntingan. Kami perlu buat seperti berada di negara berbeza kerana mahu mengelakkan daripada sebarang isu sensitif,” katanya lagi.
Sekadar informasi, drama aksi ini mengisahkan Iman lakonan Puteri Aishah seorang pegawai polis yang berani menempuh cabaran menghadapi sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap.
Ia bagi merungkai misteri dan pelan mereka untuk merompak Bank Negara dalam sebuah negara fiksyen bernama Tenggara. Ia telah mula ditayangkan pada 14 Januari menerusi penstriman Disney+ Hotstar.
Drama terbitan Skop Productions ini menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk M Nasir, Hasnul Rahmat, Elizabeth Tan, Alvin Wong, Johan As’ari, Yusuf Bahrin, Fify Azmi, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka.
Berikut antara gambar selebriti Hollywood bersama anak perempuan mereka yang korang boleh lihat dengan jelas sekali kecantikan yang diwarisi daripada siapa.
Nampak macam adik beradik pun ada. Betul tak?
1. Miley Cyrus & Tish Cyrus
2. Suri Cruise & Katie Holmes
3. Kendall Jenner & Kris Jenner
4. Leni Klum & Heidi Klum
5. Sailor Brinkley & Christie Brinkley
6. Violet Affleck & Jennifer Garner
7. Rumer Willis & Demi Moore
8. Kaia Gerber & Cindy Crawford
9. Valentina Pinault & Salma Hayek
10. Lourdess Leon & Madonna
Amacam gaiss, cun kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Viral baru-baru ini apabila seorang rakyat Malaysia, iaitu Farah kini menjadi perhatian dunia apabila berjaya mencipta tudung pakai buang pertama khusus untuk doktor muslim di United Kingdom (UK).
Menerusi laporan Metro UK, tudung jenis pakai berkenaan dicipta selepas tudung dipakai oleh kebanyakkan doktor di Hospital Royal Derby sebelum ini tidak sesuai dan bersih selepas beberapa jam digunakan.
Terbaru, hasil sambutan positif ke atas hijab pakai buang di United Kingdom, Dr Farah Shaheera Roslan sudah menerima lebih enam cadangan daripada institusi berprestij tempatan untuk bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek itu.
Menariknya, Hospital Oxford University antara enam yang mengemukakan cadangan, doktor muda berusia 26 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata projek itu masih di peringkat awal, dari segi menangani jurang dasar dan sistem.
Idea mencadangkan tudung pakai buang di OT ini bermula apabila beliau bertugas bergilir-gilir di beberapa hospital di Wilayah Timur Midland, dan menyedari dasar berbeza ketika di dewan bedah (OT), yang secara amnya, prosedur standard adalah memakai pakaian bersih bagi mengelak jangkitan kuman.
Sebagai doktor pelatih tahun kedua (Tahun asasi ke-2), Farah berkata apabila keadaan itu berlaku, ia adalah kehilangan peluang pembelajaran dalam bidang yang paling diminatinya – pembedahan.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun tidak ada tudung hijab khusus untuk doktor Islam di OT, kakitangan hospital sering membantunya mencari bahan yang sesuai untuk menutup rambut dan leher, mengikut tuntutan Islam.
Tidak Putus Asa
Dalam usahanya mencari penyelesaian kekal, dan disokong sepenuhnya oleh pengarah program itu, Farah mula menghantar e-mel dan berhubung dengan syarikat pembekal perubatan di Malaysia.
Namun, kos penghantaran membatasi usahanya. Farah tidak berputus asa, sebaliknya memberi tumpuan kepada syarikat di UK.
“Saya mula berhubung dengan kira-kira lima syarikat tempatan, dan sebuah syarikat membalas dan mula menghantar bahan-bahan tudung ke rumah, Saya memilih bahan yang legap, mudah bernafas, boleh diguna semula dan mudah dipakai,” katanya.
Inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan di UK dan Malaysia. Farah berharap projek itu dapat memberi manfaat bukan sahaja doktor Islam di luar negara tetapi di Malaysia.
“Tidak, ini bukan untuk tujuan membuat keuntungan walaupun saya menerima komen bahawa saya boleh membuat keuntungan,” katanya, sambil menyatakan bahawa beliau mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk melakukan penyelidikan untuk hijab berkenaan.
Farah menerima anugerah dan sijil bagi Doktor Tahun Asas (2019) dari Nottingham University Hospital dan menyempurnakan Peperiksaan Keahlian Surgical Royal Colleges Great Britain dan Ireland, yang diikutinya semasa menjadi doktor pelatih.
Melangkah ke dekad baharu, Farah mahu membantu lebih ramai doktor dan pelajar Islam yang sukar memakai hijab di OT.
Pada masa ini, katanya sudah ada perubahan pasif, dengan hospital bersedia untuk menggunakan idea itu di hospital, selain terdapat juga tindakan aktif, dengan membuat perubahan kepada dasar.
Farah berkata, beliau juga berbincang dengan Persatuan Perubatan Islam Britain, dan hasil perbincangan itu berkemungkinan menjurus kepada matlamat yang lebih tinggi, yang berpotensi mempengaruhi dasar kod pakaian dalam amalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Apapun tahniah diucapkan kepada Farah kerana berjaya membuka mata dunia terhadap kebolehan rakyat Malaysia. Kebanggaan Malaysia, itu mungkin gelaran selayaknya diberi kepada Dr Farah Roslan.
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...