Selebriti wanita terkenal, Neelofa telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Januari 2022, jam 3.44 petang di sebuah hospital di ibu negara.

Baru sebentar tadi, Neelofa telah memuat naik hantaran di IG storynya dengan mengumumkan nama putera sulung mereka, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris. Berita gembira ini turut dikongsi oleh suaminya, Haris Ismail menerusi sebuah kenyataan media.

Neelofa Selamat Lahirkan Putera Sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

IKLAN

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,”

IKLAN
Neelofa Selamat Lahirkan Putera Sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris
Instagram: @neelofa

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,”

IKLAN

Neelofa dan Haris Ismail selamat diijab kabul pada 27 Mac tahun lalu dan kini kedua pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Haris, semoga anak yang dilahirkan ini membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang baik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI