Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.
Namun, baru-baru ini sebuah halaman Facebook Taste Atlas yang berpangkalan di luar negara telah memilih Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang Shanghai dan Tortang Talong – masing-masing dari Filipina – sebagai antara makanan terbaik di rantau Asia Tenggara berbanding nasi lemak.
Foto Via Facebook Taste Atlas
Seriously???
Dalam undian tersebut, nasi lemak hanya mengumpul markah 3.9 dan berada di kedudukan “OK” bersama-sama dengan Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.
Ads
Manakala, Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang Shanghai dan Tortang Talong – masing-masing dari Filipina – sebagai antara makanan terbaik dan “best” di rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kekalahan Nasi Lemak yang hanya diundi di kedudukan ‘OK’ telah membuatkan sebahagian rakyat Malaysia merasa tidak senang. Mereka mendakwa bahawa pihak Taste Atlas mungkin tidak pernah merasa Nasi Lemak yang sebenar.
Ads
Salah seorang pengguna Facebook yang berasal dari luar negara turut keliru bagaimana proses undian itu dibuat sedangkan dia merasakan bahawa Nasi Lemak sepatutnya berada di antara kedudukan terbaik makanan di Asia Tenggara.
Tapi nak buat macam mana kan, tekak orang lain-lain…nak marah pun tak boleh..hehe
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibarat tidak pernah serik dengan insiden lampau yang pernah berlaku dalam negara, masih ada remaja belasan tahun yang tidak mempedulikan nyawa pengguna jalan raya dengan memandu dalam keadaan mabuk.
Terbaru, seorang remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan model Honda Civic telahpun bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Viva sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, manakala anak dan isteri mangsa cedera (salah seorangnya parah).
Dalam kejadian sekitar jam 11.45 malam di Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar dekat Kampar, Perak itu, kereta Honda Civic yang dipandu remaja terbabit bersama seorang penumpang berusia 29 tahun itu telah memasuki laluan Perodua Viva dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan bertembung.
Remaja yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan penumpangnya itu tidak cedera. Begitupun, lain pula nasibnya dengan tiga mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Viva.
Mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42 cedera di dada dan disahkan maut di tempat kejadian. Manakala anak mangsa bersuai tiga tahhun mengalami pendarahan dalam di kepala dan isterinya pula mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Ipoh Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, remaja berkenaan kini ditahan untuk membantu siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kampar mengesahkan punca kematian disebabkan ‘polytrauma sekunder akibat kemalangan’.
*
Disebabkan tiada rasa tanggungjawab sebagai seorang pengguna jalan raya, nyawa tidak bersalah yang menjadi mangsa. Mungkin sudah tiba masanya untuk hukuman yang lebih berat menanti pemandu di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia'. Inilah buku yang baru dilancarkan oleh penulisnya, Kean Wong.
Memaparkan wajah kanak-kanak pada lambang bulan dan bintang, wajah wanita di hadapan selain harimau yang memijak buaya, gambar hadapan kulit buku ini didakwa menyamai lambang jata negara (simbol kedaulatan negara) yang digunakan pakai di passport Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan individu memegangnya.
Buat anak muda, dalam erti kata mudah, jata negara adalah lambang kedaulatan dan satu negara merdeka.
Sebaik buku ini dilancarkan oleh penulisnya, wujud respon mempersoalkan mengenai maksud di sebalik buku ini dilancarkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara (sumber Berita Harian).
Bukan hanya Dr Asyraf Wajdi, tetapi bantahan turut disuarakan oleh Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Adi Ikmal Isa yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan (sumber MalaysiaGazatte).
Hal yang sama disuarakan oleh Dr Ahmad Sanusi yang mengulas isu ini di laman fbnya yang bertanya adakah ini penghinaan pada jata negara?
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Ini hukuman menanti kalau hina Jata Negara
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
Bacalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai buku ini.
Penghinaan Pada Jata Negara?
=========
1. Kalau dahulu timbul isu Jalur Gemilang dikibarkan terbalik, hari ini timbul pula aduan yang mengadu tentang isu Jata Negara seakan dipermainkan. Dalam sebuah buku yang disunting oleh Kean Wong, muka hadapan buku tersebut seakan mempamerkan Jata Negara yang telah diubah.
2. Gambar yang mirip Jata Negara itu menyelitkan watak seorang kanak-kanak yang berbogel pada bulan dan bintang. Pada hakikatnya, menurut Jabatan Penerangan Negara, bulan dan bintang pada Jata Negara ini adalah simbolik kepada Agama Islam. Malaysia mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan buat negara ini.
3. Gambar tersebut turut mengubah Cogan Negara yang dinukilkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi. Ruang Cogan telah diubah menjadi gambar buaya merah. Begitu juga gambar harimau disisinya dipamerkan dengan penampilan yang berbeza.
4. Biarpun kita tidak memahami tujuan sebenar pelukis atau penulis atau penerbit yang memaparkan gambar mirip Jata Negara ini pada buku ini, namun kita mestilah mendidik rakyat agar menghormati simbol rasmi negara.
5. Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dalam peruntukan undang-undang turut menyebutkan tentang larangan menggunakan Lambang Negara dengan kaedah yang tidak wajar dalam Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
6. Sekiranya pelukis atau penulis atau penerbit memang berniat untuk menghina Jata Negara, maka kumpulan seperti ini seharusnya boleh dikenakan tindakan. Mereka bukan sahaja menghina Jata Negara, bahkan mengubah simbol Agama Islam yang dipaterikan dalam lambang rasmi negara ini.
7. Ingatkan kepada warga Muslim bahawa Rasulullah memilih sahabat yang hebat yang berperanan menjaga lambang rasmi Islam. Mereka yang memegang bendera rasmi adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid dalam perang Uhud.
8. Malah begitu pentingnya simbol rasmi ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia. 9. Masyarakat mestilah dididik menghormati lambang rasmi Negara. Ia sebagai langkah membina kesetiaan dan penghormatan buat tanah air tercinta. Janganlah bersikap seperti segelintir kita yang merendahkan simbol negara, mengibarkan jalur gemilang secara terbalik bahkan merendahkan tulisan jawi yang menjadi identiti negara.
10. Kumpulan yang menghina lambang rasmi negara tidak layak dianggap sebagai warganegara. Mereka tidak menghormati perjuangan dan usaha datuk nenek dahulu dalam mendapatkan kedaulatan negara ini.
“Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak 2023 selepas mengumpul 53 gol ketika menentang Al-Ittihad.
“Dia mengatasi Kylian Mbappe dan Harry Kane yang masing-masing menjaringkan 52 gol,” menurut Al-Ittihad di X, seperti dilaporkan Agensi Anadolu.
Bintang Bayern Munich Kane dan bintang Paris Saint-Germain Mbappe mengumpul 52 gol manakala Erling Haaland yang beraksi dengan Manchester City meledak 50 jaringan.
Dengan Bayern Munich atau PSG tidak beraksi sehingga tahun baru bermakna kedua-dua pemain itu tidak dapat mengejar Ronaldo manakala Haaland dijangka terus tersisih baki dua perlawanan City susulan masih dalam proses pemulihan kecederaan kaki.
Wah memang terbaik lah Ronaldo! Tahniah REMAJA ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...