Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Ads
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut Pulau Belitung, mungkin masih ramai yang tidak kenal dengan pulau yang terletak di Indonesia ini. Tapi, ada yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pastinya Belitung menjadi antara yang segar dalam ingatan.
Belitung digambarkan sebagai sebuah pulau di Sumatera yang terkenal kerana biji timahnya dan bagi yang pernah ke sana, pelbagai gelaran diberikan seperti ‘Next Bali’ dan ‘Maldives Indonesia’.
Begitu juga dengan Alif Muhaimin, Hero Remaja 2017 yang berpeluang untuk menikmati keindahan Pulau Belitung mengakui bahawa berkunjung ke destinasi tersebut merupakan antara pengalaman manis buatnya sepanjang memilih percutian ke pulau.
Jom kita lihat antara 6 tempat menarik yang korang boleh pergi sekiranya berkunjung ke Pulau Belitung.
SD Muhammadiyah Gantong – SD Laskar Pelangi
Terletak di Belitung Timur, ia bukanlah sekolah sebenar di mana Andrea Hirata, novelis Laskar Pelangi itu belajar. Namun, ia sekadar replika sekolah. Masuk saja ke dalam satu-satunya kelas yang ada, kamu akan terbayang dalam kisah Laskar Pelangi yang satu masa dahulu pernah menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia. Bilik kelasnya yang using hanya berlantaikan pasir pantai dan beratap zink menggambarkan betapa daifnya sekolah kampung tersebut.
Dermaga Kirana
Lokasinya betul-betul terletak di hadapan Replika SD Muhammadiyah Gantong. Dinamakan Dermaga Kirana kerana jambatannya menghubungkan kawasan tersebut hingga ke tengah Danau Kirana. Ada banyak binaan berupa ‘keong’ atau dalam bahasa Melayunya, siput yang diperbuat daripada rotan di atas lantai dermaga. Di sini juga boleh menjadi port terbaik untuk kamu merakam foto memori. Ada juga yang mencadangkan untuk datang ke sini pada waktu petang jika mahu melihat pemandangan matahari terbenam.
Tanjung Pendam
Dikenali sebagai pantai tengah kota kerana terletak di kota Tanjung Pandan, Belitung. Kalau mahu ke sini, datang pada waktu petang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Lebih meriah pada waktu malam, kalau kamu nak cari kopi Kong Djie Belitung, ada satu restoran di pantai ini menyediakan minuman kopi tersebut dan menjual serbuk kopi yang belum dibancuh. Bolehlah kalau nak buat ole-ole balik Malaysia.
Danau kaolin
Terletak di Tajung Pandan juga, danau ini terhasil dari perlombongan kaolin, sejenis bahan mineral berwarna putih yang digunakan dalam perusahaan kertas, makanan, kosmetik dan ubat gigi. Dari jauh, kamu akan terpesona dengan keindahan kawasannya yang berwarna putih bersih dan airnya yang biru jika cuaca baik. Waktu hari hujan atau mendung pula, air di danau ini akan kelihatan seperti kehijau-hijauan.
Rumah adat Belitung
Rumah tradisional masyarakat Belitung ini terletak disebelah rumah tok penghulu dan masuk saja ke dalam kawan rumah, kamu perlu menaiki anak tangga ke ruang tamu. Bilangan anak tangga sesebuah rumah lama di Belitung menggambarkan darjat ketinggian keluarga tersebut. Semakin tinggi tangga, semakin tinggi darjatnya.
Island hopping
Kalau dah ke pulau, tak sah rasanya jika tidak melakukan aktiviti island hopping. Di sekitar Belitung masih banyak pulau-pulau kecil yang masih cantik dan terpelihara. Lokasi pertama untuk aktiviti ini adalah singgah sebentar ke Tanjung Tinggi yang terletak kira-kira 30 minit dari tempat penginapan. Disini, tiada aktiviti berenang dan hanya menjadi port untuk mengambil gambar. Pantainya agak luas, nak ke tempat ‘port’ bergambar yang cantik perlu melalui kawasan batu-batu besar.
Seterusnya, bermulanya aktiviti island hopping dari Pantai Tanjung Kelayang. Jangan risau, banyak kemudahan di tempat ini seperti bilik air untuk membilas badan selepas aktiviti dan juga surau turut disediakan disini.
Bot disediakan untuk pengunjung bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain. Setiap bot boleh memuatkan sehingga 15 orang penumpang. Destinasi pertama, melihat Pulau Garuda dari jauh kerana tiada tempat untuk bot berlabuh. Sekitar pulau dipenuhi dengan batu karang.
Kemudian, rencananya terus ke Pulau Lengkuas. Nama pulau ini katanya daripada ‘Light house’ tetapi disebabkan masyarakat disana tidak berapa fasih berbahasa Inggeris, lama kelamaan mereka menyebut ‘Light house’ menjadi Lengkuas. Kalau kamu mampu untuk mendaki anak tangga, boleh naik ke atas light house tersebut untuk menikmati pemandangan seluruh pulau. Serious cantik sangat!
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pulau Kepayang. Dinasihatkan untuk tidak membawa telefon bimbit kerana kamu harus menapak ke dalam Gua Kelayang dan masuk ke dalam air hingga ke paras dada. Gua ini terbina daripada batu-batu besar berwarna yang tersusun dan di dalam bahagian gua ombaknya agak kuat, jadi hati-hati semasa melakukan aktiviti ini.
Lebih menarik lagi, di Pulau Kepayang ini terdapat tempat perlindungan penyu yang dijalankan oleh kumpulan pencinta haiwan yang menjadikan pulau ini sebagai destinasi eco-friendly. Kamu juga berpeluang untuk melepaskan penyu ke laut jika berkesempatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan aksi kontroversi kumpulan alternatif rock Inggeris, The 1975 bersempena acara Good Vibes Festival 2023 sehingga ia terpaksa dihentikan di tengah-tengah slot persembahan mereka, Kementerian Komunikasi dan Digital bersetuju dengan penggunaan suis pemati atau kill switch bagi konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Menurut menterinya, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil kepada media hari ini, keputusan itu dibuat semasa perbincangan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert.
“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu (Coldplay) sangat menyokong Palestin.
“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” kata Fahmi sewaktu ditemui pemberita di Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar Dalam Era 5G di Kuala Lumpur.
Apakah Itu Suis Pemati?
Sebagai info, suis pemati adalah alat yang boleh menghentikan sesuatu acara konsert secara tiba-tiba sekiranya penganjurannya melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Di Malaysia, tentunya budaya tidak senonoh seperti bercium, membawa botol minuman arak dan menghisap rokok seperti yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Julai lalu adalah antara perkara yang dilarang sama sekali.
Bukan itu sahaja, REMAJA juga difahamkan bahawa penghibur di Malaysia tidak kiralah penghibur tempatan mahupun antarabangsa tidak dibenarkan melaungkan sebarang slogan atau pendapat yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia mahupun berpakaian di luar garis panduan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yeke orang kata mewarnai rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Bintang Hollywood sama ada pelakon, penyanyi atau ikon fesyen terkenal akan sentiasa menjadi perhatian dunia. Populariti mereka yang menjangkau skala global membuatkan apa sahaja gaya yang ditonjolkan pasti akan mendapat perhatian media dan peminat.
Selain fesyen pakaian, gaya rambut selebriti Hollywood juga sering diperhatikan. Kali ini timbul pula trend mewarnakan rambut ala ‘chunky highlights’ yang menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer.
Warna ‘chunky highlight’ kelihatan seperti warna honeycomb keemasan dengan highlight di garisan rambut depan. Satu yang menarik dengan stail ini membuatkan muka besar dan bulat kamu kelihatan kecil, memberi kelainan pada penampilan.