Baru berusia 28 tahun, tetapi Sara Geurts yang juga merupakan seorang model kelihatan jauh lebih tua dari usianya kerana menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak dan sendi ototnya lemah akibat penyakit tersebut, ia langsung tidak menjadi halangan buatnya untuk terus menjadi seorang model.
Keyakinan tinggi yang ada pada dirinya membuatkan gadis ini sentiasa berfikiran positif dan tidak malu untuk memuat naik gambar di media sosial untuk tatapan umum.
Mempunyai lebih daripada 80 ribu pengikut di laman Instagramnya, Sara mengakui sejak kebelakangan ini kesihatannya semakin merosot. Dia tidak lalu makan sehingga berat badannya hilang kira-kira 6 kilogram.
Menurutnya lagi, ketika di sekolah dulu, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastic yang berlaku pada anggota badannya kerana tidak mahu menjadi mangsa buli.
Tetapi, setelah berusia 22 tahun, Sara mula terfikir sampai bila dia harus menyembunyikan masalah kesihatannya ini. sehinggalah pada 2015, gadis yang berasal dari Minneapolis, Minnesota ini memuat naik gambar di Tumblr page ‘Love Your Lines’.
Ads
Respon yang diterima sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu like gambar tersebut.
Nah, tidak semua netizen yang kerjanya hanya tahu mengata dan menghina. Masih ramai lagi manusia yang berhati mulia dan supportive.
Kita tidak perlu malu dengan segala kekurangan yang ada. Sebaliknya, bersyukur dan ingatlah bahawa ada lagi individu yang bernasib kurang baik daripada kita.
Susulan perlepasan mahkota oleh bekas juara Miss Grand International (MGI) 2024, Rachel Gupta yang mendawa dirinya teraniaya dan tidak mencapai kesepakatan dengan pihak organisasi MGI, tumpuan kini terarah kepada penyandang gelaran naib juara Miss Grand International 2024, CJ Opiaza yang disebut-sebut bakal mengambil alih posisi kejuaraan itu.
Bekas juara Miss Grand International 2024 dari India, Rachel Gupta (kiri) bersama naib juara dari Filipina, CJ Opiaza.
CJ atau nama penuhnya, Christine Juliane Opiaza merupakan salah seorang figura popular dari Filipina yang berpengalaman luas dalam dunia ratu cantik global.
CJ, 26 pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan berprestij lain termasuklah pertandingan Miss Universe Philippines 2023 di mana CJ terpaksa tunduk kepada juara edisi tersebut, Michelle Dee dan menamatkan saingan di kedudukan naib juara.
Pengalaman di Miss Universe Philippines 2023 itu tidak sesekali memadamkan keinginannya untuk mewakili negara Filipina di pentas antarabangsa dan akhirnya, CJ memenangi takhta Miss Grand Philippines 2024.
Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
CJ Dapat Sokongan Rakan-Rakan Miss Grand International #TeamCJ!
Selepas perkhabaran ‘bombshell’ yang dilakukan oleh Rachel Gupta dan pemilik organisasi Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil semalam; nama CJ sekali lagi menjadi sebutan.
Ramai meramalkan CJ akan mengambil alih tugas yang digalas oleh bekas juara, Rachel Gupta. Sama ada ramalan itu tepat atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan oleh Nawat dan pihak MGI sendiri.
Apa yang pasti, CJ telah menerima ‘restu’ daripada teman seperjuangan MGI 2024 dan daripada ratu-ratu cantik Filipina untuk menggalas tanggungjawab sebagai juara baharu MGI.
Miss Universe Philippines 2023, Michelle Dee bersama Miss Grand Philippines 2024, CJ Opiaza
Tinjauan REMAJA terhadap entri terbaru di Instagram CJ mendapati; ribuan netizen termasuklah ratu-ratu cantik Filipina telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buatnya.
Ini termasuklah Hannah Arnold (Top 15 Miss International 2022), Roxie Smith (juara Miss Earth Philippines 2020), Jubilee Therese Acosta (Naib Juara Miss Grand Philippines 2024), Katrina Llegado (juara Miss Supranational Philippines 2026) dan Samantha Bernardo (Naib Juara Miss Grand International 2020 dari Filipina).
Turut merestui CJ ialah juara Miss Universe Philippines 2023 dan rakan seperjuangannya, Michelle Dee!
Turut merestui pemilihan CJ adalah rakan seperjuangannya sewaktu berada di Thailand tahun lalu untuk Miss Grand International 2024. Ini termasuklah Melisha Lin (Miss Grand Malaysia 2024), Nova Liana (Miss Grand Indonesia 2024), Safiétou Kabengele (Miss Grand France 2024), Anisah Rahmat (Miss Grand Singapore 2024) dan paling mencuri perhatian wakil sensasi daripada Myanmar. Thae Su Nyein.
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, “Sebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.”
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.
Setelah lebih dua minggu berkampung di Kuching, Sarawak. Akhirnya Miss Tourism International 2022/23 telah berjaya menemui juara baharu. Marima Suphatra Kliangprom yang mewakili Thailand berjaya mengalahkan 39 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Dalam majlis gilang gemilang yang diadakan dia Raia Hotel & Convention Centre itu, acara dimulakan dengan persembahan tarian kostum nasional oleh setiap peserta. Masing-masing tampil unik dalam kostum yang melambangkan budaya negara masing-masing.
Dari 40 peserta, mereka kemudiannya dikecilkan kepada 10 peserta terbaik sahaja. Dalam sesi soal jawab, kesemua 10 peserta akhir diberikan soalan yang sama. Mereka ditanya tentang mengenai isu bagaimana untuk mempromosikan pelancongan mapan antara negara.
Selaku juara, Marima memberikan jawapan yang cukup menarik dan relevan dengan landskap sosial masa kini. Ujarnya, “Idea saya tentang mempromosikan pelancongan mapan adalah menerusi kuasa media sosial di semua platform. Untuk mempromosikan agro pelancongan.
“Sebagai contoh di negara saya kebanyakan penduduknya berkecimpung dalam sektor agrikultur. Jadi saya mahu semua untuk merasai pengalaman itu bersama rakyat tempatan dan belajar tentang agrikultur. Kerana saya percaya cara terbaik untuk pelancongan mapan adalah untuk mengekalkan dan merasai apa yang ada di dalam negara itu.”
Selain Marima yang bergelar juara, pemenang tempat kedua jatuh kepada wakil Venezuela, Laura Zabaleta dan tempat ketiga pula di menangi oleh wakil Filipina, Maria Angelica Pantaliano. Selain mereka, tujuh lagi wakil negara yang berjaya menembus ke jajaran top 10 adalah Singapura, Amerika Syarikat, New Zealand, Malaysia, Burundi, Australia dan Rusia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA. Wakil Malaysia, Phoebe Ong berada di kedudukan ketujuh dan dia menerima gelaran Miss South East Asia Tourism Ambassadress.
Walaupun tidak berjaya ke peringkat top 10, Vietnam telah dinobatkan sebagai pemenang Best in National Costume, wakil negara tersebut, Nguyen Thi Nga telah menampilkan rekaan busana berkonsepkan Ao Dai yang disertakan dengan elemen kebudayaan dan muzik negara tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!