Pertandingan Miss Universe 2023 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi menyaksikan wakil Nicaragua bergelar juara edisi ke-72 pertandingan tersebut.

Merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, acara yang diadakan di El Salvador itu berlangsung gemilang dengan barisan menteri, selebriti serta penyokong tegar yang memenuhi arena.

Ini antara 10 momen menarik yang berlaku di pentas finale.

IKLAN

Nicaragua Juara Miss Universe 2023, Ini 10 Momen Menarik Di Pentas Finale

  1. Juara Miss Universe 2023 yang mewakili Nicaragua, Shyennis Palacios mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama dari negaranya yang berjaya memenangi pertandingan itu.
  1. Wakil Thailand, Antonia Porsild yang merupakan juara Miss Supranational 2019 sebelum ini memberikan saingan sengit dan mengakhiri pertandingan berada di kedudukan naib juara.
  1. Camila Avella yang mewakili Colombia merupakan seorang isteri dan ibu beranak satu pertama menyertai pertandingan ini. Di berjaya mara sehingga ke kedudukan top 5.

Nicaragua Juara Miss Universe 2023, Ini 10 Momen Menarik Di Pentas Finale

IKLAN
  1. Wakil Pakistan, Erica Robin membuat kejutan apabila berjaya tembus ke kedudukan separuh akhir. Ini merupakan kali pertama Pakista bertandingan di pertandingan Miss Universe.
  1. Bagi menghormati negaranya yang mana majoriti merupakan beragama Islam, wakil Pakistan menggayakan burkini bagi sesi pakaian renang dan tidak menampakkan susuk tubuhnya.
  1. Plus size girl of the competition, Jane Dipika Garret yang mewakili Nepal membuktikan bahawa saiz tubuh bukanlah halangan apabila dia berjaya membawa negaranya mara ke peringkat separuh akhir.

Nicaragua Juara Miss Universe 2023, Ini 10 Momen Menarik Di Pentas Finale

  1. Wakil Portugal, Marina Machete menjadi wanita transgender pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Sebelum ini pada tahun 2018, Angela Ponce dari Sepanyol merupakan wanita transgender pertama yang bertanding namun tidak bejaya ke separuh akhir.
  1. Ndoun Issie Marie Princesse menjadi wakil Cameroon pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Miss Universe.
Nicaragua Juara Miss Universe 2023, Ini 10 Momen Menarik Di Pentas Finale
Serena Lee dan persalinan kebaya songket untuk sesi kostum nasional.
  1. Wakil Malaysia, Serena Lee gagal mara ke peringkat separuh akhir menjadikan ini tahun ke 53 wakil negara kita tidak berjaya memecah kemarau unplaced.
  1. Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir, wakil Angola, Ana Coimbra berjaya memenangi anugerah dalam kategori Voice of Change menyaksikan kerja-kerja kebajikannya memberi impak besar.

Edisi kali ini menyaksikan lebih 85 wakil dari seluruh pelusuk dunia bertanding. Dalam pengumuman terkini, Mexico bakal menjadi tuan rumah edisi ke-73 Miss Universe tahun hadapan.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI