Ibaratnya seperti satu tradisi untuk empat orang ahli kumpulan Blackpink untuk ‘terbang’ ke kota Paris setiap kali tibanya Minggu Fesyen Paris bagi musim bunga dan musim luruh.
Bagi Blinks tegar di luar sana, pastinya korang sudah dapat mengagak ahli Blacpink mana yang akan muncul di pertunjukan fesyen serta acara jenama yang mana satu. Ini kerana setiap seorang mewakili jenama berbeza bagi mengukuhkan lagi imej Blackpink sebagai antara selebriti antarabangsa paling stail buat masa ini.
Sebagai contoh, Jennie akan ke acara Chanel, Jisoo pula boleh dijangka meraikan jenama Dior. Rose sudah sinonim dengan jenama Yves Saint Laurent manakala Lisa pula merupakan wajah jenama Celine dan Bvlgari.
Malang sekali pada musim lalu, mereka hanya boleh memeriahkan pertunjukan secara maya. Sebab itulah, dengan kelonggaran yang diterima Blackpink sekarang memandangkan situasi pandemik di seluruh dunia mulai berada pada tahap yang lebih terkawal, mereka dapat ke Paris pada minggu ini untuk memeriahkan Minggu Fesyen di sana.
Jisoo dan Rosé menjadi ahli terawal untuk tiba; masing-masing untuk menghadiri pertunjukan fesyen Dior dan Saint Laurent. Ia diikuti oleh Jennie untuk menghadiri acara Chanel pada malam ini.
Akhir sekali siang tadi, trio tersebut telah disertai oleh ahli yang baru melancarkan dua lagu solonya iaitu Lisa. Khabarnya, Lisa akan tampil di pertunjukan fesyen Miu Miu atau Celine.
Jom lihat penampilan mereka di Minggu Fesyen Paris pada tahun ini.
Ads
JISOO
Sebagai duta antarabangsa Dior, Jisoo hadir bagi menonton pertunjukan fesyen Spring Summer 2022 dalam persalinan dress sutera pendek daripada koleksi Cruise 2022 oleh Dior bersama tas mikro Lady Dior terbaru. Tamat saja acara tersebut, Jisoo terus bertukar kepada padanan seluar pendek dan hoodie daripada koleksi kapsul Dior Chez Moi.
Seperti biasa, acara fesyen Saint Laurent mengambil tempat berdekatan dengan Menara Eiffle di Paris. Kali ini, Rosé kekal dengan pemilihan warna hitam (sinonim dengan jenama Saint Laurent) tapi kali ini dalam potongan mini dress dengan but tinggi dan rantai – semuanya daripada koleksi jenama tersebut.
Penyanyi Solo ini mempunyai lebih masa sebelum menghadiri acara fesyen Chanel. Lalu, dia sempat mengelilingi bandar Paris bersama Jisoo dalam persalinan Chanel head-to-toe. Khabarnya ramai yang kini berminat dengan kardigan yang disarungkannya itu. Terbaru pada malam ini, Jennie membuat kemunculan pertunjukan utama Chanel dalam persalinan two-piece serba merah oleh Chanel dan dilengkapi tas labuh juga dalam warna merah.
Malang sekali bagi Lisa yang sudahpun berada di Paris apabila dia dikatakan ‘tidak dibenarkan’ menghadiri acara tertutup yang dianjurkan oleh Bvlgari pada malam ini. Menurut CEO Bvlgari iaitu JC Babin menerusi Instagram, Lisa tidak hadir ke acara ETAM Live Show 2021 setelah agensinya iaitu YG Entertainment tidak membenarkannya atas alasan risiko COVID-19. Biarpun langkah pencegahan itu perlu, namun ramai merasakan Lisa akan sedih memandangkan ahli Blackpink lain telahpun mula menghadiri acara penting masing-masing.
Lisa juga dilaporkan tidak dapat menghadiri satu lagi acara yang disediakan Bvlgari walaupun dia berada di Eropah sekarang. Disebabkan ketidakhadiran itu, Lisa juga terlepas peluang daripada penggambaran menarik bersama selebriti terkenal seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti bagi kempen Bvlgari 2021/2022.
Sayangnya!
Implikasinya, Blinks ‘mengamuk’ di platform Twitter dengan tanda pagar #YGLetLisaDoHerWork. Mereka beranggapan tidak adil untuk Lisa diperlakukan sedemikian sedangkan ahli lain dapat ke acara masing-masing.
Apapun, jangan risau kerana kami pasti Lisa akan munculkan diri juga di acara seterusnya seperti untuk jenama Celine. Dan Lisa juga pastinya gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan ibunya yang juga berada di sana setelah dua tahun tidak bertemu.
Dari sudut fesyen, kami gemarkan pemakaian ‘airport fashion’ Lisa yang memilih turtleneck hitam dan blazer hitam dengan piping putih serta butang emas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramadan sentiasa menjadi bulan yang dinantikan. Selama lebih 30 hari ini semua berlumba-lumba mahu menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak perkara positif demi memahami nilai yang ada di sebalik bulan suci ini.
Pastinya semua segi diambil kira termasuklah gaya berpakaian. Jika sebelum ini bagi yang tidak berhijab selesa memilih gaya yang berani, mungkin di bulan Ramadan mahu beralih kepada gaya yang lebih sopan di mata namun masih mahu tampil bergaya.
Gaya menarik tidak semestinya terdedah, ini yang sesuai diibaratkan dengan tampilan koleksi khas jenama Monki khusus untuk bulan Ramadan. Koleksi kapsul edisi terhad ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu meraikan gaya konvensional yang disuntik elemen moden dan sentuhan peribadi.
Jenama asal Sweeden ini mempamerkan warna-warna berani dan cetakan abstrak dan pilihan fabrik yang beralun. Koleksi ini turut mempersembahkan rekaan yang memiliki penegasan yang menjadikan setiap rekaan adalah item mesti ada untuk perayaan.
Warna yang difokuskan untuk koleksi ini ialah kuning dan merah jambu berserta dengan dua corak abstrak dalam warna pelengkap dan corak pokok palma. Setiap helaian direka bentuk untuk dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi dan pakaian untuk penampilan bersama yang lebih santai.
Selain itu, untuk idea lebih praktikal anda juga boleh memilih jumpsuit lengan pendek yang dilapis dengan pakaian dalam turtleneck jersi yang menarik. Gaya yang extra fashionable tidak semestinya terdedah, betul tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memilih produk mandian dan penjagaan rambut bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kita perlu memastikan bahan yang digunakan adalah terbaik.
Misalnya, produk penjagaan yang mengandungi bahan kimia boleh mengundang risiko alahan pada kulit, jadi disebabkan itu kita perlu peka dalam memilih barangan harian, terutamanya produk mandian.
Jenama Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini juga menggunakan wanigan yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.
Minyak biji bunga matahari organik menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.
Berikut kami cadangkan antara produk mereka yang korang wajib cuba.
1. Summerie Shampoo for Normal Hair
Diperkaya dengan vitamin B5, minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba emas yang melembabkan, syampu ini berfungsi untuk memberikan kilauan lembut dan berkilat sepanjang hari. Jika korang menggunakannya, sudah tentu ia memberi keselesaan yang maksima dengan haruman wangian yang menawan.
2. Summerie Conditioner for All Hair Types
Selepas mencuci rambut, jangan lupa untuk menggunakan Summerie Conditioner for All Hair Types yang akan menghidrat dan melembapkan rambut secara semula jadi. Produk ini juga dihasilkan daripada minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba.
3. Summerie Grapefruit Purifying Body Wash
Grapefruit Purifying Body Wash antara yang wajib untuk korang cuba kerana harumannya yang menawan pasti membuatkan korang rasa segar sepanjang hari. Ia memberi hidrasi dengan setiap penggunaan sementara kualiti limau gedang membantu menenangkan dan menghaluskan tekstur kulit. Keistimewaan tambahan Grapefruit Purifying Body Wash, ia membunuh 99.9% kuman.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Selain daripada kandungan yang selamat, produk Summerie ini juga mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.summerie.my ataupun Facebook: @Summeriemy & Instagram: @Summeriemy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tapi dalam pada kita sedap melayan mimpi dan merehatkan minda serta fizikal, kadangkala kita pernah juga terlajak tidur. Kajian juga ada mendapati terdapat persamaan di antara personaliti individu yang ditemu ramah oleh mereka berdasarkan kepada tabiat tidur.
Jadi, korang selalu bangun pukul berapa setiap hari? Mungkin ia ada kaitan dengan siapa diri kamu yang sebenar.
4 AM
Mereka yang bangun pada jam 4 pagi atau lebih awal TANPA sebab tertentu seperti ingin menunaikan solat pada malam hari kebiasaannya sedang mengalami minda yang bercelaru dan berada dalam keadaan stres. Kadangkala mereka tidak boleh lelap semula memasuki tidur.
Eloklah korang terus mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat sebelum solat Subuh. Tenang sikit hati nanti untuk berdepan hari yang baru.
5 AM
Mereka yang terjaga pada jam 5 pagi selalunya merupakan golongan yang cukup menepati masa. Mereka ini berpakaian sharp, tegas dalam melakukan keputusan dan juga bijak membahagikan beberapa jenis tugasan dalam satu waktu yang sama. Mereka inilah yang betul-betul sudah bersedia untuk kahwin!
Namun kadangkala sifat serius di tempat kerja atau di kuliah itu kelihatan sedikit over di kalangan kawan yang lain sehinggakan mereka takut untuk rapat dengan golongan ini. Sebenarnya dia cool je.
6 – 7 AM
Mereka yang terjaga pada jam 6 pagi adalah mereka yang khuatir sekiranya mereka melakukan apa-apa kesalahan. Mereka takut jika terlambat sampai ke kuliah atau ke pejabat.
Kadangkala, kita boleh melihat golongan ini selalu akan kekal dengan rutin yang sama je setiap kali kita bertemu mereka. Kalau minggu ini tengok wayang, minggu depan pun dia nak tengok wayang. So, koranglah yang perlu menjadi tukang cadangan kepadanya agar dia tak jadi membosankan.
Percaya tak, orang yang bangun pada jam 8 pagi ini selalunya merupakan orang yang tidak terurus sedikit kehidupannya. Bukan dirinya yang ingin dan ‘merelakan’ diri jadi sedemikian, tetapi dia sebenarnya kurang displin jika bergantung pada diri sendiri saja.
Selalunya, golongan ini memerlukan seseorang untuk menjadi penolong atau penasihat dalam kebanyakan perkara. Akan ada seorang yang mengatakan ‘buat itu’, ‘bangun cepat’ dan ‘bayar sekarang’ kepadanya selalu. Kalau tak, besar kemungkinan memang dia tak akan buat.
10 AM Ke Atas
Kalau 8 -9 pagi dikategorikan sebagai tak terurus, maksudnya yang lebih daripada jam 9 pagi memang malas azali ke?
Tak semestinya. Golongan yang bangun pada jam 10 pagi ini ini selalunya memang memilih untuk bangun pada waktu tersebut dengan alasan yang kukuh. Merekalah yang selalu bercengang mata melebihi tengah malam semalam untuk menyiapkan tugasan atau memikirkan idea kerana bukan senang untuk mendapat mood dan kreativiti.
Namun, kamu perlu berhati-hati dengan golongan ini. Selalunya mereka terdiri daripada orang yang suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan pendapat atau nasib orang lain. Kalau dibuat jadi GF atau BF ni, memanglah hidup korang akan ‘berwarna-warni’ dengan drama. Opps!
So apa pendapat korang, Fakta atau Auta semata?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecemerlangan dalam bidang akademik bukan satu-satunya ukuran kejayaan seseorang mahasiswa, sebaliknya penglibatan aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan turut menjadi nilai tambah yang mampu membawa...