Hanya dengan satu hantaran video di TikTok sahaja, gadis bernama Sumner Stroh telah menjadi topik nombor satu yang diperkatakan di seluruh dunia.
Ini gara-gara pengakuan berani mati Sumner yang mendakwa vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine telah berlaku curang bersamanya di saat isteri Adam, Behati Prisloo sedang hamil dengan anak ketiga mereka.
Sehingga kini, video tersebut masih ada di akaun Sumner dan telah ditonton lebih daripada 2 juta kali dalam masa tiga jam sahaja.
Sumner StrohBehati Prisloo dan Adam Levine.
Katanya dalam video tersebut, “Pada waktu itu saya masih muda, saya masih naif dan jujurnya, saya rasakan telah dieksploitasi. Saya terasa mudah untuk dimanipulasi. Moral saya juga secara tidak sedar ditolak ke tepi.
“Saya sedar apa yang saya lakukan ini (mendedahkan perkara sebenar) akan membuatkan orang cuba menokok tambah dengan andaian yang tidak benar. Tapi sekurang-kurangnya, kebenaran yang sudah keluar ini boleh memberikan kebaikan,” katanya.
Persoalannya, dari mana datangnya Sumner dan mengapa seluruh dunia boleh pantas mempercayai dakwaannya itu.
Jom lihat lima fakta mengenainya.
Ads
01
Model Instagram dan pempengaruh berusia 23 tahun ini berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan merupakan graduan jurusan perniagaan dan pengiklanan dari University of Texas pada tahun 2020.
02
Memiliki lebih daripada 300,000 pengikut di Instagram, mungkin korang akan terkejut apabila mendapat tahu Sumner juga memiliki akaun OnlyFans. Di TikTok pula, Sumner mempunyai ratusan ribu lagi pengikut.
Manakala kelibatnya di YouTube sekadar menerusi kandungan kehidupan sebagai seorang model selain video tutorial solekan dan fesyen.
03
Selain bergelar seorang model, Sumner juga dilaporkan bekerja di syarikat barangan kemas milik kakaknya, Baylen Stroh bernama Strung by Stroh.
Ads
Di sana, dia menggunakan pengalaman pendidikannya dalam bidang perniagaan untuk membantu dari aspek pemasaran.
04
Walaupun sukar untuk dipercayai, Sumner menjelaskan dia tiada niat untuk menjadi sebutan seluruh dunia dek dakwaan ini. Seboleh mungkin, dia ingin menyelesaikan masalah ini secara peribadi kerana memahami impilikasi di sebalik pendedahannya.
Kata Sumner, punca utama dia memuat naik video TikTok itu pada hari ini adalah kerana dia enggan berita ini dikeluarkan oleh media tabloid terlebih dahulu.
Ads
“OK serious question. I’m having another baby and if it’s w boy I really wanna name it Sumner. You OK with that? Dead serious.”
Adam Levine menerusi DM di Instagram
Ini memandangkan salah seorang rakan yang dipercayainya telah cuba untuk menjual tangkap layar perbualannya bersama Adam Levine kepada tabloid.
*
Buat masa ini, syarikat pengurusan Sumner iaitu The Verge Agency tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tambahan. Begitu juga Adam Levine dan Behati Prisloo yang masih berdiam diri tentang video tular itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan penyanyi, Rizky Febian dan Mahalini Raharja baru sahaja mengikat tali pernikahan pada 10 Mei lalu dan walaupun baru sahaja berkahwin sudah pasti ada yang ingin tahu berapa orang anak yang diinginkan oleh pasangan pengantin baru itu.
Pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu nampaknya mengungkapkan hasrat untuk memiliki 12 orang anak ketika ditemubual SL Media selepas menjalankan proses akad nikah Jumaat lalu.
Ketika ditanya oleh hos SL Media berapa jumlah anak yang diinginkan oleh mereka. Mahalini sempat menunjukkan jari dua (2) sebagai hint tetapi Rizky sengaja mengatakan bahawa dirinya ingin memiliki 12 orang cahaya mata.
“Kalau punya anak, mahunya berapa?”, tanya hos SL Media.
“11 (anak) sama pemain ganti 1,” ujar Rizky Febian sambil ketawa dan dipukul Mahalini.
Bukan sahaja Mahalini yang terkejut mendengar jawapan daripada suaminya. Malah hos tersebut juga terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak sulung pelawak, Sule itu.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah gurauan dan Rizky sempat membetulkan semula dengan menjawab, “tidak, 2 saja cukup”.
Kredit: Instagram rizkyfbian
Dalam masa yang sama, hos tersebut juga sempat menyarankan mereka untuk memiliki empat (4) anak.
“Rizky 2, Lini 2. Kalau ditambah jadi 4 (anak)”, ujar hos tersebut dan Mahalini langsung menidakkan ia dengan melambaikan tangan sebagai tanda ‘tidak’.
Apa pun, tidak kisahlah berapa orang anak yang mereka mahukan. Sebaiknya, mereka nikmati dulu saat indah sebagai pengantin baru dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah korang, seorang daripada enam pesakit kesihatan mental di seluruh dunia berusia dari 10 hingga 19 tahun. Ini bermakna, remaja mewakili 17 peratus penduduk dunia yang berdepan isu kesihatan mental dan jumlah itu jujurnya amat membimbangkan.
Kalau hendak ceritakan mengenai sebab kepada isu ini dalam kalangan remaja, memang panjang. Kali ini bersempena sambutan Hari Kesedaran Mental Sedunia pada 10 Oktober lalu, REMAJA ingin menyentuh pula mengenai simptom yang boleh korang lihat pada seorang pesakit kesihatan mental.
Jangan pernah lari daripada mereka. Hakikatnya, mereka memerlukan bantuan dan kita sebagai kenalan yang sihat perlu sedar akan keperluan mereka itu.
Jangan hanya ‘sedar’ setiap kali tiba 10 Oktober pada setiap tahun saja. Awasi, kenali dan rapati mereka yang mempunyai lima simptom ini.
Paranoia Melampau
Semua orang hadir dengan perasaan paranoia dalam diri mereka. Namun, jika seseorang sering berdepan perasaan demikian pada setiap waktu dan pada setiap hari, dia mungkin sedang berdepan petanda kecil kesihatan mental terganggu. Golongan ini juga sering menghadapi perasaan anxiety yang kerap dan tidak mudah untuk menenangkan diri.
Kehilangan seseorang yang kita sayangi sebagai contoh boleh membuatkan diri kita berdepan perasaan sedih dan murung untuk satu ketika. Itu adalah perasaan normal seorang manusia. Bak kata orang, time will heal all kinds of sadness. Dari semasa ke semasa, perasaan itu akan pulih dan kita mulai boleh mengharungi hidup seperti biasa. Namun jika kita perhatikan seseorang itu tidak mahu mengajak dirinya untuk meninggalkan segala kesedihan tersebut, ia sebenarnya amat berbahaya untuk kesihatan mental mereka. Emosi yang dipendam itu boleh membawa kepada keadaan sedih yang melarat.
Perubahan Mood
Selalu kan kita lihat simptom yang satu ini dalam drama atau filem. Ia bukanlah satu cereka buatan, ia sebenarnya berkait rapat dengan realiti seseorang yang menghidap masalah kesihatan mental. Mood mereka boleh berubah sekelip mata sehingga orang di sekeliling pun pelik dan bingung bagaimana untuk menenteramkan si dia.
Menjauhkan Diri
Seorang pesakit kesihatan mental tidak bermakna si dia gila. Setiap penyakit yang wujud di dunia ini terbahagi kepada beberapa peringka iaitu daripada permulaan hinggalah kritikal. Selalunya, pesakit yang suka menjauhkan diri daripada pergaulan bebas dengan orang ramai ini adalah pada peringkat permulaan. Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena dan mereka tidak pasti jika orang di sekeliling memahaminya. Sebab itulah mereka lebih gemarkan meminggirkan diri dan memendam perasaan. Lagipun, dirinya mudah letih jika bergaul secara eksesif.
Perubahan Drastik Corak Pemakanan & Tidur
Buatlah apa saja, si dia pasti merasakan tidak kena. Bila mulai letih, langkah mudah adalah untuk tidur. Namun si dia sukar untuk tidur. Begitu juga dengan selera makannya yang semakin menurun. Sebab itulah ramai yang mengambil solusi mudah dengan mengambil ubat tidur dan ubat kenyang. Bagi solusi jangka pendek, ya itu mungkin boleh membantu. Namun jika tidak mendapatkan rawatan segera daripada pakar dan kekal bergantung harap pada ubat-ubatan, simptom kesihatan mental merudum ini tidak akan pulih dengan segera.
Kami pasti, mana-mana kenalan korang yang mengalami salah satu daripada simptom ini ingin pulih seperti dahulu kala. Bukan hanya mereka yang perlu berusaha. Kita sebagai kenalan juga perlulah memainkan peranan dalam mempermudahkan lagi usaha mereka itu.
Kanda pujaan Malaya, Remy Ishak akhirnya membuka mulut tentang status hubungannya dengan bekas tunang yang dikhabarkan telah putus.
Amboi..
“Apabila orang dah berkata saya single, saya anggap itu sebagai kesilapan saya..”
Walaupun perlu berdepan dengan rakan media ketika memaklumkan berita putus tunang tersebut, Remy dilihat masih kekal gentleman dengan kata-kata yang dikeluarkan dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sebab itulah, kami rasakan perlunya 4 sifat gentleman ini pada seorang lelaki jikalau (kalau, okay. KALAU) berdepan dengan situasi break up.
Semasa tidak pasti dengan arah tuju relationship, lelaki (dan perempuan) seharusnya berpaling kepada bantuan Tuhan terlebih dahulu. Remy melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripadanya dan enggan terjebak dalam emosi.
Apa yang kita selalu nampak adalah remaja yang terlalu menggunakan emosi, memuat naik status meroyan, memekik di hadapan pasangan kerana ‘relationship’ yang diidamkan tak ke mana.
Why not korang berserah kepada Tuhan dan cuba mendapat petunjukNya, Dia kan selalu mendengar.
02
Mengaku Kelemahan
Mana ada orang yang sempurna. Girlfriend korang tak sempurna, korang pun tak.
Jadi apabila timbul masalah dalam relationship, sebaiknya korang lihat ke dalam diri sendiri dan belajar untuk menerima kelemahan masing-masing.
“Sebagai manusia saya cuba memperbaiki diri, ada benda yang saya pernah terlepas pandang. Saya mungkin terlalu fokus pada diri sendiri yang kurang perhatian pada orang lain,” katanya.
Ketika ditemui semalam, Remy berkata bahawa tanggungjawab seorang lelaki terhadap perempuan yang disayanginya adalah amat besar. Tak kiralah sama ada sudah sah bernikah, bertunang atau tengah couple pun, bila lelaki memilih seorang perempuan sebagai ‘the one’, korang harus faham tanggungjawab yang korang pikul. Anak dara orang oi!
“Saya terpaksa melepaskan dia selepas tempoh 2 tahun kerana tak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik jika saya lepaskan.”
04
Tak Mahu Buka Aib
Bila dah dilanda emosi break up, baik lelaki atau perempuan pasti akan mempunyai tendency untuk menceritakan segala kelemahan pasangan kepada keluarga, kawan dan paling teruk, di media sosial. Untuk apa? Untuk melepaskan kekecewaan peribadi?
Remy tetap tidak mahu menceritakan isu yang dihadapi oleh dia dan bekas tunang walaupun tidak lagi bersama. Segala kesilapan diri dan pasangan juga ditutup oleh Remy kemas walaupun pertanyaan datang dari rakan media.