Nak travel tapi hutang PTPTN tak bayar? Awas, mungkin disekat! Itulah antara isu hangat yang kembali diperkatakan selepas kerajaan memaklumkan sedang meneliti cadangan untuk mengenakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang enggan membayar pinjaman walaupun berkemampuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menjelaskan perkara ini masih di peringkat kajian dan belum ada keputusan muktamad setakat ini. Namun, jika langkah tersebut dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan besar kepada anak muda, terutamanya yang mempunyai perancangan untuk melancong, bekerja atau melanjutkan pelajaran di luar negara.

Nak Travel Tapi Hutang PTPTN Tak Bayar? Awas, Mungkin Disekat!
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud – fotoBERNAMA

“Sekatan keluar negara sedang dipertimbangkan, namun buat masa ini tiada sebarang keputusan lagi. Kami mungkin akan meneliti perkara ini semula, tetapi belum ada ketetapan mengenainya,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) di Dewan Rakyat.

Langkah ini dicadangkan bagi mengekang masalah peminjam tegar PTPTN yang culas membayar balik pinjaman walaupun mampu. Bukan rahsia lagi, ramai graduan universiti menampung kos pengajian melalui pinjaman PTPTN. Tapi sayangnya, ada yang memilih untuk ‘buat tak tahu’ bila tiba masa melangsaikan hutang. Kalau sekatan perjalanan benar-benar dilaksanakan, jangan terkejut jika ada yang terkandas di lapangan terbang gara-gara hutang pendidikan yang masih tertunggak.

Nak Travel Tapi Hutang PTPTN Tak Bayar? Awas, Mungkin Disekat!

Ads

Dalam perkembangan lain, isu pengecualian bayaran balik pinjaman untuk graduan kelas pertama turut dibangkitkan. Mustapha menjelaskan bahawa permohonan untuk pengecualian ini akan dibuka semula mulai 1 September setelah laman web PTPTN selesai diselenggara. Sejak diperkenalkan pada 2001, skim ini telah memberi manfaat kepada lebih 133,000 peminjam dengan jumlah keseluruhan RM2.9 bilion.

Bagi korang yang sedang belajar atau baru bergelar graduan, ini masanya untuk ambil serius soal kewangan. Hutang PTPTN bukan sekadar tanggungjawab individu, tapi juga memberi kesan kepada peluang orang lain untuk menikmati bantuan pendidikan pada masa depan.

Ads

👉 Tip Ringkas Urus Hutang PTPTN untuk Anak Muda:

  • Semak baki pinjaman secara berkala di portal PTPTN.

  • Tetapkan bayaran ansuran tetap setiap bulan walaupun kecil.

  • Gunakan kemudahan auto-debit atau potongan gaji supaya tak lupa.

  • Kalau ada masalah kewangan, mohon penjadualan semula bayaran.

Ingat, melancong itu memang seronok. Tapi sebelum impian terbang ke luar negara tercapai, pastikan hutang PTPTN korang tidak menjadi penghalang.

Ads

Sumber: Berita Harian

BACA LAGI : PM Umum Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Graduan Sarjana Muda Kelas Pertama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads