Kes jangkitan HIV dalam kalangan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) semakin membimbangkan apabila seramai 222 pelajar IPT dikesan menghidap HIV pada tahun lalu, melibatkan mereka yang berusia seawal 18 hingga 19 tahun.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,091 kes jangkitan HIV yang direkodkan dalam kalangan pelajar IPT dalam tempoh lima tahun, bermula 2020 hingga 2024.
Gambar Hiasan
“Statistik ini menunjukkan aktiviti berisiko dalam kalangan remaja berlaku lebih awal daripada yang kita jangkakan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Meja Bulat Media Mengenai Pendekatan Pengurangan Kemudaratan 2025, baru-baru ini.
PrEP: Langkah Awal Cegah Penularan HIV
Untuk membendung situasi ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan inisiatif Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) di beberapa fasiliti kesihatan terpilih. PrEP ialah ubat pencegahan yang diambil oleh individu berisiko tinggi untuk melindungi diri daripada jangkitan HIV.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni
“Pelaksanaan PrEP menunjukkan kesan positif dalam membendung penularan HIV, namun usaha kesedaran dan pendidikan masih perlu diperhebat terutama kepada golongan remaja,” jelas Datuk Lukanisman.
Cabaran: Remaja Susah Akses Ujian HIV
Dalam masa sama, terdapat kekangan besar apabila remaja bawah umur sukar mendapatkan ujian saringan atau rawatan HIV secara sukarela kerana mereka memerlukan kebenaran ibu bapa.
“Ada remaja yang ingin jalani ujian atau mendapatkan rawatan, tetapi segan untuk memaklumkan kepada keluarga. Ini menjadi antara cabaran utama yang sedang kita tangani,” ujar beliau.
Ads
Situasi ini menyebabkan ada remaja yang memilih untuk berdiam diri, sekaligus meningkatkan risiko penularan tanpa disedari.
Ramai Masih Tidak Dikesan, Saringan Diperhebat
Lebih membimbangkan, menurut Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Fazidah Yuswan, setakat tahun lalu, seramai 29,941 individu yang dijangkiti HIV masih belum dikenal pasti.
“Kita sedang memperhebat saringan komuniti dan memperluas penggunaan kit ujian kendiri HIV, terutama bagi mereka yang malu atau takut tampil ke fasiliti kesihatan,” katanya.
Kit ujian kendiri HIV kini boleh didapati melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis AIDS Malaysia, sebagai alternatif untuk golongan berisiko melakukan saringan sendiri secara sulit.
Ads
Kesedaran Bermula Dengan Remaja
Kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar IPT jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan pengetahuan remaja mengenai pencegahan penyakit ini.
HIV bukan hanya isu kesihatan, tetapi juga melibatkan soal tanggungjawab, kesedaran diri dan keberanian untuk mendapatkan bantuan.
Sebagai remaja, kita harus bijak membuat keputusan dan sentiasa utamakan keselamatan diri. Elakkan tingkah laku berisiko, dapatkan maklumat sahih dan jangan sesekali malu untuk menjalani ujian saringan jika perlu.
Ads
Mencegah lebih baik daripada menyesal. Lindungi diri, jaga masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar dan namanya bagi melakukan kegiatan scam atau penipuan
Mia yang berkongsi hal itu menerusi akaun Tiktok miliknya semalam berkata pihak berkenaan menggodam emel dan juga akaun media sosial seperti X, Telegram dan Youtube.
Kredit: Mia Sara Nasuha
“Saya tak boleh nak akses emel, Twitter (X), Telegram dan YouTube. Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi,” katanya.
Beberapa tangkap layar mesej perbualan mangsa-mangsa scammer yang menggunakan nama pelakon itu juga turut dikongsikan.
Kredit: Mia Sara Nasuha
Mia Sara juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej tersebut secara peribadi. Jelasnya lagi, pihak scammer tersebut menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.
“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter (X) dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.” – Mia Sara
“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia juga menerima aduan daripada beberapa pengikut di media sosial mengenai kegiatan tersebut. Disebabkan itu, Mia memohon maaf kepada semua mangsa scammer berkenaan memandangkan hal ini terjadi diluar kawalannya.
Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat agar orang ramai tidak tertipu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya rindukan walid, umi dan adik-adik… tapi mereka semua dah tiada.”
Itulah luahan penuh pilu daripada Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya mangsa terselamat dalam tragedi menyayat hati yang mengorbankan enam ahli keluarganya dalam kemalangan di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini.
Kini bergelar yatim piatu, Putri Qisya kehilangan ibu, bapa serta empat orang adiknya serentak dalam kejadian tersebut. Diakini tinggal bersama datuk, nenek dan keluarga terdekat di Kampung Bohor Karang.
“Saya selalu tolong umi jaga adik-adik. Sekarang saya kena kuat dan teruskan hidup,” ujarnya.
Untuk rekod, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, kereta Proton Iswara yang dinaiki keluarga Qisya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok.
Keenam-enam mangsa yang terkorban ialah ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar yang baru berusia enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bersempena ulang tahun ke-21 kedai runcit barangan rumah mampu milik terkemuka di Malaysia membuka cawangan baru yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Cawangan terbaru yang terletak di pusat membeli belah di tengah bandar itu mengetengahkan konsep Eco-Plus yang memberi pengalaman membeli belah terbaik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata, ini merupakan cawangan ketiga Eco-Plus selepas konsep berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di lokasi lain.
“Konsep ini direka untuk menawarkan masyarakat di kawasan bandar membuat pembelian barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri dan makanan pada harga tetap bermula dari RM2.40, RM6 dan RM10.”
“Pembukaan cawangan ke-300 ini memberi makna yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-Shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” katanya semasa majlis perasmian Eco-Plus NU Sentral pada 10 Oktober, semalam.
Ujarnya lagi, peningkatan kos sara hidup telah menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, namun syarikat Eco-Shop kekal komited untuk meringankan beban dengan menawarkan produk yang boleh didapati pada harga mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, fakta menarik mengenai Eco-Plus cawangan NU Sentral, Jessica berkata, kedai itu memiliki keluasan lebih 1,300 meter persegi dilengkapi dengan kaunter pembayaran sendiri.
“Dengan kaedah pembayaran sedemikian, ia amat sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian pantas dan cekap,” tambahnya.
Selain itu, Eco-Plus turut menawarkan lebih 10,000 produk dan pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan seperti makanan, kelengkapan cucian, alat tulis, penjagaan haiwan peliharaan dan sebagainya hanya di cawangan berkenaan.
Sehubungan itu, mengulas mengenai perancangan syarikat pada masa hadapan, Jessica memaklumkan bahawa pihaknya memiliki perancangan untuk mengembangkan jenama kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara.
Akhir sekali, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Eco-Shop untuk menikmati ganjaran dan faedah yang bakal meningkatkan pengalaman membeli-belah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!