Sumber gambar: via instagram Kamala Harris

Walaupun Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan idea demokrasi sejak beratus tahun dahulu, namun tahukah anda bahawa tidak pernah ada wanita yang menjawat jawatan sebagai Presiden ataupun naib Presiden negara kuasa besar dunia itu.

Negara kita Malaysia terlebih dahulu mengorak langkah sebelum ini dengan Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi timbalan perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah pemerintahan Malaysia. Biarpun hanya berada dalam jawatan selama kurang dua tahun pelantikan beliau memberi impak kepada suara wanita di parlimen terutamanya.

IKLAN

Kini dengan kemenangan Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 semalam, sekaligus menempatkan Kamala Harris sebagai naib Presiden negara itu. Siapakah wanita yang lebih suka dipanggil dengan nama Kamala berbanding gelaran Mrs Harris ini?

IKLAN
IKLAN
  1. Nama penuhnya ialah Kamala Devi Harris. Berketurunan India di sebelah ibunya dan American-Jamaica di sebelah bapanya.
Naib Presiden Wanita Pertama Amerika Syarikat. Siapakah Kamala Harris?
Kamala bersama mendiang ibunya. Sumber gambar: via nbcnews.com
  1. Dilahirkan pada 20 Oktober 1964, wanita berusia 56 tahun ini dibesarkan oleh ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 7 tahun.
  1. Ketika di tahun pertama persekolahannya dia diiring kesekolah kerana tahun tersebut merupakan tahun kedua program integrasi pelajar berkulit hitam di sekolah pelajar berkulit putih. Beliau bergerak dari kawasan rumahnya yang majoritinya berkulit hitam dan komuniti bergaji sederhana rendah ke sekolah yang terletak di kawasan kulit putih yang kaya.
  1. Kerap mengunjungi negara India Ketika kecil, beliau sangat dipengaruhi oleh datulknya yang merupakan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang berjuang memerdekakan negara tersebut. Neneknya pula merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan wanita miskin dan memdidik mereka tentang kawalan kelahiran.
  1. Beliau merupakan graduan dari Howard University dalam jurusan sains politik dan ekonomi.
Naib Presiden Wanita Pertama Amerika Syarikat. Siapakah Kamala Harris?
Kamala bersama adiknya, Maya Harris. Sumber gambar: via oprahmag.com
  1. Ketika mengikuti pengajian bidang undang-undang di San Francisco. Beliau tinggal bersama adiknya, Maya Harris dan menjaga anak saudaranya.
  1. Keluarga beliau pada mulanya ragu akan pilihan kerjaya yang ingin beliau ceburi. Kerana Ketika itu pendakwa raya dilihat sebagai individu yang memiliki sejarah yang tidak menyenangkan.
  1. Ibunya, Shyamala Gopalan merupakan seorang seorang seorang saintis bio-perubatan manakala bapanya pula, Donald Harris merupakan seorang ahli ekonomi dan profesor emeritus di Stanford University.
  1. Adiknya, Maya Harris merupakan seorang peguam lulusan Stanford University dan merupakan penyokong kuatnya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Sumber: politico.com, townandcountymag.com & oprahmag.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI