Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat Wany & suami! 

Penyanyi bersuara merdu, Wany Hasrita selamat melahirkan puteri sulungnya pada jam 7.14 petang, di pusat perubatan, pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu popular Menahan Rindu itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Wany Hasrita Buka Mulut, Hamil 6 Bulan

“Semoga Jadi Anak Solehah, Pengerat Cinta Ibu & Bapa” -Wany Hasrita Selamat Timang Puteri Sulung

Di ruangan kapsyen, Wany menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan bayi perempuan yang baru dilahirkan semalam itu secara normal.

IKLAN

Selain itu, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu turut menitipkan harapan agar puterinya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami tercinta.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07.14pm secara normal.

“Semoga Jadi Anak Solehah, Pengerat Cinta Ibu & Bapa” -Wany Hasrita Selamat Timang Puteri Sulung

IKLAN

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.

“Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu lebiu,” coretnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan agar bayi itu diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang soleh.

IKLAN

“Semoga Jadi Anak Solehah, Pengerat Cinta Ibu & Bapa” -Wany Hasrita Selamat Timang Puteri Sulung

Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Wany Hasrita

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI