Bagi korang yang mempunyai perancangan untuk ke bandaraya Bangkok di Thailand, pastinya korang akan teruja dengan perkhabaran baharu ini.
Mulai 28 Jun 2023 esok, syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline akan mula menawarkan laluan penerbangan antarabangsa ke destinasi pertamanya, Bangkok Thailand.
Sumber Foto Hiasan: PEXELS
Laluan tersebut akan beroperasi di dua buah lapangan terbang di Bangkok; iaitu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 28 Jun dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 1 Julai kelak.
Sekaligus, MYAirline menjadi syarikat penerbangan pertama dari Malaysia yang beroperasi di dua buah lapangan terbang berbeza di Bangkok.
Kongsi Rayner Teo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline sewaktu ditemui dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, laluan antarabangsa ke Bangkok ini akan bermula dengan satu penerbangan sehari. Secara berperingkat, jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada empat penerbangan sehari.
Ads
Sebagai info, jenama MYAirline yang diperkenalkan menerusi penerbangan sulungnya pada 1 Disember 2022 telahpun menerima respon positif sepanjang hampir tujuh bulan ia beroperasi.
Buktinya, ia meraih pencapaian satu juta penumpang pada awal bulan Jun dan semalam baharu sahaja menerima sijil kelayakan udara bagi pesawat kelapannya yang akan digunakan bagi laluan Bangkok, esok.
Tambah Rayner lagi, MyAirline sedang merancang untuk memperluaskan rangkaian penerbangan ke bahagian lain di Thailand seperti Phuket, Krabi dan Chiang Mai selain ke negara serantau seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Buat masa ini, MyAirline menawarkan penerbangan domestik ke sembilan destinasi popular dalam negara iaitu ke Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Miri; kesemuanya dihubungkan dari Kuala Lumpur.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila kedua-dua qari dan qariah negara berjaya merangkul gelaran juara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung pada malam Ahad, semalam.
Bagi kategori qari, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (27) membuktikan kehebatan bacaan dan penghayatan beliau apabila dinobatkan sebagai johan dengan markah 97.01 peratus selepas mengatasi pencabar dari Indonesia, Ahmad Azroi Hasibuan (95.13 peratus) dan wakil Turkiye, Muhammed Yahya Yildizhan (93.88 peratus) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pada masa yang sama, qariah negara, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (31) turut mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 95.88 peratus markah, mengetepikan peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) di tempat kedua dan peserta Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus) di tempat ketiga.
Kredit foto: Bernama
Dalam pada itu, kejuaraan kedua-dua wakil negara ini diraikan dalam majlis penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Sementara itu, untuk kategori hafazan lelaki, peserta Jerman, Usamah Barghouth muncul juara dengan markah 98.25 peratus, manakala Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori hafazan wanita pula menyaksikan peserta Syria, Tasneem Arian Omar dinobatkan sebagai juara dengan 97.5 peratus, diikuti wakil Malaysia, Putri Auni Khadijah di tempat kedua (96.75 peratus) dan Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus) di tempat ketiga.
Kredit foto: IKIM
Sekadar info, setiap johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40,000, barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan serta sijil penghargaan.
Melalui tema ‘Membangun Ummah MADANI’ MTHQA ke-65 kali ini telah menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 negara sekaligus menjadi platform persaudaraan dan perkongsian ilmu yang terus mengangkat martabat Al-Quran di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minuman 3 in 1 menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana ia mudah disediakan dan boleh dibawa kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil.
Minuman 3 in 1 sering dipromosikan sebagai minuman untuk tenaga, cepat, mudah dan pantas, mengandungi vitamin dan khasiat tambahan, fiber, kalsium dan ada juga yang mengeluarkan minuman segera ini bersama kandungan kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan macam-macam lagi.
Namun begitu, menurut Public Health Malaysia, sebenarnya jika ada minuman yang dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambah tenaga, vitamin atau khasiat, tetapi kandungannya amat SEDIKIT sekali.
Gambar hiasan
Ia tidak memberikan kesan dalam penjagaan kesihatan, sebalikya ia mengandungi kandungan gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
Selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Antara minuman 3 in 1 yang menjadi pilihan ramai adalah Nescafe. Oleh yang demikian, seorang dietitian yang dikenali sebagai Mohd Khairul Azuan telah pun meletakkan aturan minuman sachet kopi ini. Beliau membuat perbandingan mengikut label nutrisi masing-masing.
Jadi, korang boleh pilih mengikut keperluan dan rajinkan membaca label.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, korang disarankan untuk memilih minuman yang rendah kalori.
Pesakit kencing manis pula tidak digalakkan minum, tetapi kalau nak minum juga, pilih yang rendah gula.
Untuk mengurangkan lemak, pilih yang rendah lemak.
Secara keseluruhan, Nescafe Blend & Blew boleh dikatakan seimbang untuk peminat minuman 3 in 1. Latte caramel bolehlah diminum untuk hari yang terlalu stress, dan yang lain-lain itu perlu fikir sendiri bila nak minum.
Kalau boleh, elakkan minum minuman sachet ini, tetapi jika memang nak minum juga, kurangkan dan pilihlah mengikut apa yang telah diajar oleh dietitian ini.
“Tak tahan la makan ubi kayu nanti kena serang angin badan dan sakit kepala”
Selalu dengar kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara dan petua untuk elak kan diri daripada kena angin da sakit kepala kesan daripada makan makanan berangin terutamanya ubi kayu. Tak kesah la ubi ke pucuk dia ke.
Selain cendawan, ubi kayu juga mengandungi toksin semulajadi yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Jadi, berikut merupakan cara untuk membuang toksin berbahaya itu.
TOKSIN DALAM UBI KAYU BOLEH MENYEBABKAN KOMA
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, Linamarin adalah sejenis toksin semulajadi yang terkandung dalam tumbuhan pokok ubi kayu. Toksin ini akan membebaskan Hidrogen Sianida (HCN) yang boleh menghalang penggunaan oksigen di didalam sel badan lalu menyebabkan toksin kepada manusia.
Gambar : Public Health Malaysia
Sebab itu lah korang rasa kurang selesa selepas makan ubi kayu, bukan sebab angin. Tapi,
sebenarnya toksin ini adalah sebahagian dari mekanisma pertanan tumbuhan dari serangan binatang dan serangga.
Untuk membuang bahan toksin berbahaya ini:
Buang kulit ubi kayu (kulit ubi kayu paling bertoksin!) – ini dapat mengurangkan 50% toksin
Rendam ubi kayu semalaman – ini dapat mengurangan 90% toksin
Potong ubi dengan saiz yang kecil
Dalam kuantiti yang banyak, bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah saraf, lumpuh dan kematian. Sesiapa yang ada masalah Hati , ubi kayu perlu diproses dengan betul untuk mengelakkan mudarat.
Tapi, kalau korang nak tahu ubi kayu ini sebenarnya mahal daripada segi khasiatnya.
Antara kelebihan rahsia yang paling tinggi ada dalam ubi kayu ialah kanji rintang. Pakar antioksidan, Dr Suri Roowi berkata, kanji rintang bertindak sebagai serat. Ia tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa ke usus besar dan diuraikan oleh bakteria di dalam usus berkenaan.
Maksudnya, pengambilan kanji rintang atau ubi kayu ini menjadikan individu kurang berisiko obesiti kerana keupayaannya mengawal berat badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Malah, individu yang kerap makan ubi kayu kurang risiko kencing manis. Menarik kan?
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.