Adakah Touch N Go sudah tidak relevan digunakan pada masa kini?
Pelbagai rungutan dan keluh kesah pengguna Touch ‘n Go memgenai sistem ini. Ia bukanlah suatu isu yang baharu. Sistem ini sudah berlangsung lama sehingga tujuan utamanya yang sepatutnya menyenangkan hidup pengguna khususnya masyarakat Malaysia, tetapi kini sudah bertukar menjadi beban sehingga tahap menyusahkan.
Bukan setakat menjadi perbualan hangat dan bagaikan ‘menyusahkan’ rakyat marhaen. Terbaharu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku yang juga bekas calon Parlimen Masjid Tanah, Mutalib Uthman tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Touch ‘n Go yang didakwa wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu.
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, beliau mencoretkan 10 sebab mengapa Touch ‘n Go wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Banyak-banyak monopoli, monopoli Touch n Go lah perkara nombor wahid, kerajaan perpaduan PMX wajib hapuskan,” tulisnya sebelum menyenaraikan 10 sebab kenapa Touch N Go wajib dihapuskan.
Ads
Ini adalah 10 sebab yang disenaraikan oleh Mutalib Uthman menerusi entri Facebook miliknya:
Buat lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) konon untuk melancarkan trafik tetapi lorong RFID paling sesam. Lorong RFID ini pula sensor kurang menyenangkan, lambat detect. Kena mengundur 3 hingga 4 kali baru lepas.
Kad Touch n Go versi bodoh, tidak boleh tambah nilai atas talian.
Lebuhraya PLUS tidak boleh pakai TnG Wallet. Lebuhraya sahaja boleh dan kenapa di lebuhraya ini boleh pakai TnG sahaja? Kenapa Anthony Loke / Nanta Linggi, kenapa?
Bila tambah nilai TnG Wallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar tol guna Smart Tag).
Kad Touch n Go NFC manjang (selalu) tidak ada bekalan, kau cetak 5 lain (helai) sebulan sahaja kah?
Untuk tambah kad TnG itu, pergi kaunter tambah nilai, servis offline, pergi kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh pakai. Tambah nilai di pam minyak, ada cas perkhidmatan 50 sen.
Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
Bila baki kurang. muka jurutol kemain langsi dan kita cakap “nak tambah nilai sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Habis itu kau buka tol bahagian tepi jadah apa? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan lane. Kita bukanya tidak aware nak tambah nilai, tetapi kau rujuk perkara nombor 6.
Mahu tambah nilai kad TnG di stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai tunai. Kau hidup zaman bila jenis bawa tunai banyak-banyak…
Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada tarikh luput dan nak refund sebab kad sudah luput ini macam minta sedekah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa setuju selain ruangan tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet lain mengenai sistem yang dikatakan ‘menyusahkan’ pengguna jalan raya. Majoriti pengguna menyifatkan sistem ini tidak cekap dan gagal mengikut peredaran zaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kedai serbaneka kegemaran masyarakat Malaysia, FamilyMart sekali lagi telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mewujudkan vending machine serbaguna kepada pelanggan.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di laman Facebook rasmi FamilyMart Malaysia, kiosk pintar itu telah pun diperkenalkan di Shell Karak Highway 2.
Antara pilihan makanan yang boleh didapati di vending machine ini ialah onigiri, sandwic, pemanis mulut dan banyak lagi produk FamilyMart lain yang korang selalu beli sebelum ini. Jangan risau, setiap produk makanan yang dijual adalah segar, baru dihasilkan dan diedarkan pada setiap hari.
Bukan setakat itu, kiosk pintar ini juga menggunakan sistem automatik di mana pegguna boleh membeli tanpa sentuhan, tanpa pembayaran tunai dan hanya menerima kredit, kad debit atau pembayaran e-dompet. Ia direka untuk gaya hidup yang lebih selesa, memudahkan pengguna dan selamat; seiring dengan norma baharu yang kita lalui sekarang.
Sebelum ini, FamilyMart pernah membuka cawangan pertama drive-thru di Klang. Dengan pengenalan kiosk pintar ini, ia dilihat sebagai satu lagi usaha mereka untuk memberi kemudahan maksima kepada pelanggan. Diharap lebih banyak kiosk pintar yang akan disediakan di kawasan lain.
Kadang-kadang, satu ucapan penuh keikhlasan sudah cukup untuk menyentuh hati ramai orang.
Itulah yang berlaku baru-baru ini ketika Majlis Istiadat Konvokesyen ke-23 Universiti Malaysia Terengganu (UMT), apabila ucapan wakil graduan tular di media sosial dan meruntun hati warganet.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi UMT, seorang wakil graduan tampil menyampaikan ucapan khas buat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam nada sebak, pemuda itu meluahkan rasa syukur dan penghargaan yang mendalam atas pengorbanan mereka.
“Walaupun saya dibesarkan dalam suasana yang serba sederhana, mama dan ayah tidak pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk berhenti berharap.
“Kejayaan ini bukan sekadar milik saya, tetapi milik mama dan ayah. Atas segala kasih, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam hidup saya… mama dan ayah, terima kasih untuk segalanya,” ucapnya.
Ucapan tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila kelihatan air mata turut mengalir di pipi ibu dan bapa pemuda itu sebaik mendengarnya.
Malah, suasana di dewan turut menjadi sebak apabila para graduan lain serta tenaga pengajar dilihat menitiskan air mata mengenangkan jasa ibu bapa masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui turut tersentuh dengan kata-kata penuh makna itu. Ramai mendoakan agar pemuda berkenaan serta semua graduan yang diraikan terus menjadi anak yang soleh dan insan berguna buat masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak syarikat besar mahupun mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Kini PKP 2.0 menyaksikan dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Sumber Gambar : Autonews.com
Melalui laporan Nikkei Asia, Toyota menghentikan dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.
“Keputusan untuk membuka semula kilang Toyota akan diputuskan kemudian.
“Bagi kilang Honda pula, sebuah kilang membuat kenderaan dua roda manakala kilang lain menghasilkan kenderaan empat roda dan kilang itu merancang untuk menangguhkan operasi sehinga 26 Januari depan,” lapor portal berita berkenaan pada Jumaat.
Sumber Gambar : Autofreaks.com
Untuk info, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, berada di belakang Thailand dan Indonesia. Kadar pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari-November tahun lalu turun sebanyak 19 peratus kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Hm, boleh tahan mencabar juga tahun 2021 walaupun baru bermula, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti. Macam mana la nasib pekerja Honda dan Toyota ni…huhu
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...